Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
34542
View
610
Reply

Janji bayar RM3,000 sebulan, usahawan kosmetik cuma bayar paling tinggi RM350 je

[Copy link]

Author: kiss_darr       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-12-2020 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kiss_darr at 4-12-2020 08:05 PM

dalam kontrak kata mcm2 nak bagi... siap nak bagi rumah ler, kereta ler... bayar bulan2 RM3,000 sebagai duta produk... hujung2 bayar RM350 jer... total keseluruhan pun tak sampai RM1,000...

sian kat Wani Comel. rasa mesti ramai dah tahu sapa usahawan kosmetik tu kan....

Paling Tinggi Saya Dapat Bayaran RM350 C Wani Comel Buat Tuntutan Terhadap Usahawan Kosmetik

Seorang gadis, Wani Comel atau Nurul Airawani Nazira Ibrahim bertindak membuat tuntutan terhadap seorang usahawan kosmetik popular berhubung pembabitannya sebagai duta produk usahawan berkenaan.


Menurut Wani, dia hanya mahu menuntut segala hak yang sepatutnya menjadi miliknya seperti telah tertulis di dalam kontrak yang telah dipersetui.


Apabila dilantik menjadi duta, pelbagai perkara yang telah dijanjikan seperti akan diberikan rumah, kereta serta dibayar sebanyak RM3,000 sebulan sepanjang menjadi duta.


Bagaimanapun, saya hanya dapat kurang RM1,000 secara keseluruhan. Paling tinggi saya pernah dapat RM350, itupun hanya bayaran untuk membuat content di media sosial sahaja, ujarnya.


Dia berkata demikian ketika ditemui semasa sidang akhbar khas berkenaan isu berkenaan hari ini.


Menurut Wani, dia telah didatangi pihak syarikat usahawan berkenaan baru-baru ini kerana tidak berpuas hati apabila dia mendapat bantuan daripada sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).


Ujarnya, apa yang lebih menyedihkan apabila kontrak tersebut telah dikoyak di hadapannya oleh wakil pihak syarikat kosmetik tersebut.


Mereka tidak berpuas hati apabila saya menerima bantuan daripada NGO berkenaan sehingga menuduh saya seorang yang tidak mengenang budi.


Selain itu, saya juga diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Kemudian saya telah membuat satu laporan polis kerana berasa diri saya seperti terancam, jelasnya.


Ujarnya, apabila menjadi duta produk, dia telah menjalani pembedahan potong usus yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat berkenaan.


Namun begitu, setelah pembedahan dia seperti tidak diendahkan dan laporan perubatan juga telah disimpan oleh pihak syarikat dan langsung tidak diberikan kepadanya.


Sehingga sekarang saya mengalami kesakitan di bahagian perut. Saya tidak boleh buat pemeriksaan susulan kerana laporan perubatan tiada di tangan saya.


Jadi, saya juga mahu menuntut laporan perubatan diberikan, selain tuntutan terhadap semua yang terdapat dalam kontrak, luahnya yang tidak dapat menahan air mata.


Sementara itu, peguam yang mewakili Wani iaitu Haziq Aizuddin Subhi menyatakan pihaknya telah meneliti kandungan kontrak perjanjian tersebut.


Menurutnya, berdasarkan penelitian ternyata kontak tersebut hanya memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja iaitu pihak syarikat.


Kita sudah menyerahkan surat tuntutan kepada pihak usahawan kosmetik itu untuk menyelesaikan segala tuntutan yang dibuat dalam masa tujuh hari menerusi perbincangan kedua-dua pihak.


Sekiranya tiada sebarang respons, kami tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sebagai jalan terakhir. C KopiPlanet.com


www.kopiplanet.com




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-12-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cicicumel at 5-12-2020 06:43 AM

------
-----((
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurutnya, berdasarkan penelitian ternyata kontak tersebut hanya memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja iaitu pihak syarikat.

Ni kes sign kontrak tak baca betul2 dulu ke? Dah jadi macam ni macam mana nak fight?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah nama ke apa nihh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni duta produk ape
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bertabahla dik. dunia kosmetik lokal ni ramai biawak hidup. rege tarap beverly hills padahal kilang timban kilo kat nilai.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Toklip ke Tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 4-12-2020 07:25 PM
bertabahla dik. dunia kosmetik lokal ni ramai biawak hidup. rege tarap beverly hills padahal kilang  ...

Syukriak bukan ambil dari Thailand ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:37 PM | Show all posts
ade jugak org masih pcaya BANTUAN founder ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mosti at 4-12-2020 08:41 PM

Apo la..kantoi lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak duit kelam mata....
dia ni ada progress dh hari tu..dh boleh bangun bagai...
sebenarnya dia harapkan duit ke harapkan boleh hidup normal?

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 4-12-2020 12:25 PM
bertabahla dik. dunia kosmetik lokal ni ramai biawak hidup. rege tarap beverly hills padahal kilang  ...

Mcm betul je info kak top..
Jangan sampai kantoi nama kilang tu plak
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya buat pembedahan usus. Tapi si tok lip akan claim kata makan ubat kurus keluaran company dia?  Kiranya membohong berjemaah la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
alip tercyduk.. buat bypass usus pastu nak cakap kurus sbb produk dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cissss ko penipuuuu toklip!!!! kate die makan produukkk ko. eh ko ni mmg penipu dr jual mask smpi produk kurus pon ko tipu. ko tau tak tak halal berniaga cmtu. hamjadddd
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg sebarkan je nama owner produk ni agar org taw y owner produk ni penipu dan penganiaya..baidewei,ai hrp xkan ada y bodoh beli produk kurus..jgn percaya kata2 testimony tu .
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Usahawan mana ni???
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:52 PM | Show all posts
dahsyatnya.. siap potong usus pastu claim makan produk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:55 PM | Show all posts
Business apa ni? Nak jual product, tapi menipu suruh model buat surgery.. Yeke product toklip?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 berkat tak duit dari produk overclaim ni? Duit tu la bagi anak bini makan,lepas tu nak nampak suci pegi la mekah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list