Kemelut Perak: Adun PAS tiba di Istana Kinta untuk mengadap Sultan
09/12/20 | 04:52 pm
Tiga Adun PAS, Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) tiba di Istana Kinta sekitar jam 4.20 petang tadi untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Semalam Razman berkata pihaknya membatalkan majlis menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini yang dijadual pada 3 petang atas arahan pucuk pimpinan parti.
Post time 9-12-2020 06:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Saarani Mohamad MB baharu Perak
Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
9 Disember 2020, 4:56 pm
PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) Parti Pribumi Bersatu (PPBM) dan PAS sepakat mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu Perak untuk diperkenankan Sultan Perak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung ketiga-tiga parti, satu perbincangan telah diadakan antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak.
“Perbincangan hari ini juga telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri.
“Ketiga-tiga parti turut bersepakat memperkukuhkan kerjasama antara parti dalam kerajaan Perikatan Nasional di Perak dan juga peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,” katanya hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan, Ahmad Zahid turut menyampaikan pernyataan maaf bagi ADUN-ADUN BN di negeri itu atas kekhilafan yang berlaku. – K! ONLINE