14 sekeluarga hilang tempat berteduh selepas tuan rumah menjual kediaman mereka.
Pasangan yang bakal menimang anak ke-13 Februari tahun depan terpaksa menerima hakikat mereka kini hidup merempat apabila rumah telah dijual oleh pemiliknya tanpa memberikan sebarang notis.
Foto : Daily Star
Menurut Daily Star, keluarga tersebut terpaksa tinggal di hotel Belfast, Ireland sejak dua bulan lalu dengan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Perumahan. Mereka menyewa satu tingkat hotel untuk menempatkan keluarga ini.
Memandangkan tuan rumah meminta mereka mengosongkan kediaman tanpa memberi mereka peluang waktu yang cukup untuk mencari kediaman baru, ibu kepada 12 anak, Tessa Donoughe kesal mereka hanya tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian itu.
"Kami tak dapat mencari rumah baru, jadi terpaksa meninggalkan segala barangan di rumah lama. Tiada peti ais, perabot, tilam dan segala-galanya."
Dalam masa sama, mereka mengalami kesukaran apabila tidak dapat memasak atau membasuh baju seperti biasa berikutan isu keselamatan di hotel.
"Memang hotel telah memberikan yang terbaik kepada kami sehingga menyediakan satu tingkat khas untuk kami, namun anak-anak agak takut tidur berseorangan di bilik, jadi mereka datang tidur bersama-sama kami."
Foto : Daily Star
Disebabkan mereka tidak boleh memasak, maka segala makanan terpaksa ditempah membuatkan belanja mereka bertambah berkali ganda dari kebiasaan.
"Menjelang Krismas, kami tidak dapat membuat persediaan untuk menyambutnya, kerana duit simpanan semakin kurang untuk menampung tempoh dua bulan ini. Pasti anak-anak paling sedih."
Apa yang dimahukan oleh keluarga ini ialah mendapat kediaman yang sesuai untuk keluarga besar mereka secepat mungkin.
Sementara itu, Agensi memberitahu media bahawa semuanya terkawal dan mereka akan menguruskan perayaan secara sederhana kepada Tessa sekeluarga. - CARI |