CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 13-12-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq very much tt....sila translate byk2.. suka sgt cerita misteri dr reddit...
Sesuai utk org yg tk rajin mcm saya..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2020 11:14 AM | Show all posts
Tq TT sangat2 mendabarkan dan menakutkan jugak tambah aku skrg tgh giler hiking dgn anak2. ..tapi cari bukit yg rendah2 dan risiko pun rendah sbb area tu ramai orang.
Aku dok terfikir sapela yg rajin nau usung tangga letak dalam hutan.
Tapi kalau rajin bersembang dgn ex-army..kdg2 dpt jgk cerita misteri. Kisah askar yg terjumpa rumah dalam hutan banat..rumah yg nampak bersih terjaga..ada pokok bunga keliling rumah..tapi takde tn rumah. Bila ada anggota yg berani masuk nak recce...masuk je rumah tak keluar dah. Anggota lain tak berani masuk. Tunggu 2-3 hari tak keluar2...terpaksa balik ke base isytihar hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 05:44 PM | Show all posts
best TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Skydiva replied at 12-12-2020 12:56 PM
Tenkiu tt.. suke style tt translate citer ni, bahasa santai sesuai dibaca utk light reading. {:thumb ...

Tq tq uols. I tak pandai sgt menulis ni so I tulis santai2 je. Kalau ada silap ejaan ke sorry tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bukanomi replied at 13-12-2020 06:40 AM
Hilang x jumpa kekal misteri kan. Apa jadi sebenarnya. Hidup atau mati kan. Mesti tinggal kesan mend ...

Kan? Tak boleh bayang perasaan orang tua kalau anak hilang tanpa kesan. Kalau kena culik dengan manusia pun dah sedih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 13-12-2020 07:52 AM
Kt us lg dasyat hntu dia rmai yg mati kanak2 lak tu

Rakyat US tak paham kot konsep makhluk halus macam orang Asia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-12-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 13-12-2020 08:29 AM
Tq very much tt....sila translate byk2.. suka sgt cerita misteri dr reddit...
Sesuai utk org yg tk  ...

Tq uols... Tapi I pun takdela translate semua. Mana yang I rasa seram dan misteri je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 13-12-2020 11:14 AM
Tq TT sangat2 mendabarkan dan menakutkan jugak tambah aku skrg tgh giler hiking dgn anak2. ..tapi ca ...

Kalau ikut kisah die ni, tangga tu cuma tangga je, takde rumah takde ape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai korang sorry lambat. Hari ni ramai pulak datang rumah tak sempat nak update. Tq ye sebab support I, sorry kalau translation I macam memeningkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 13-12-2020 06:21 PM

Kisah KD : Bila Penyelamat Pun Boleh Sesat

Kisah yang berlaku pada KD ni sebenarnya terjadi semasa KD masih lagi ‘rookie’, kalau dalam bahasa kita masih dalam tempoh percubaan lagi lah.  Waktu ni, KD dan team dia tengah belajar tentang asas-asas bentuk muka bumi beraras tinggi berpandukan sebuah peta yang sudah lengkap.  Lokasi kawasan yang dikaji tu di sebelah gunung.  Ok korang bayangkan macam ni, gunung kan ada puncak, jadi diorang cuma akan naik dan turun di cerun yg sama.  

Waktu tu waktu rehat tapi makan dalam hutan la, KD ni pegilah membuang hajat tapi sebab KD ni perempuan kan, jadi die buang hajat jauh skit dalam 50 ela dari tempat rehat diorang, 50 ela ni kira-kira 45m jugak la. Selesai je KD ni membuang hajat, dia pun balik la ke tempat rehat. Tapi baru 4-5 langkah, tetiba KD ni jadi bingung.  Dia tak sesat, tapi dia macam tiba-tiba tak ingat apa tujuan dia masuk hutan tu, dari mana dia datang.  Beberapa minit jugakla KD berdiri kt tempat tu dengan bengong-bengong sambil cuba nak ingat balik dari mana dia datang, tapi fikiran dia jadi lagi keliru. Akhirnya dia patah balik dan berjalan dalam hutan tu tanpa arah.   Makin lama KD berjalan dalam hutan tu, makin bingung fikiran KD.

Sebab kawasan ni kawasan gunung, jadi adalah salji skit. Jadi si KD ni pun berjalan dan berjalan dalam hutan tu sampai dia jadi kelaparan.  Sambil jalan dia carik-carik jugak apa yang boleh dimakan.  Kelaparan dia pun macam luar biasa sangat.  Tak pernah lah dalam seumur hidup dia kebuluran macam tu sekali padahal tadi baru je berenti makan tengahari.

Masa berjalan tu KD macam dah tak tau konsep masa, tak tau berapa lama dia berjalan, dah siang ke malam ke, dia cuma jalan dan jalan je.  Sampaila dia terdengar ada orang panggil nama dia.  Dia pun ikutlah arah suara tu, rupa-rupanya suara itu datang dari seorang penyelamat jugak.   Penyelamat tu terus berlari ke arah dia, tapi muka die nampak macam risau sangat. Penyelamat tu tanya KD ok ke tak, ape KD buat kat sini?  Ok kalau orang biasa yang sesat mestilah rasa happy kan bila diselamatkan, tapi tak. Tiba-tiba KD keluarkan pisau memburu dia.  Dalam otak KD masa tu dia nak makan nak makan nak makan je.  Kecut perut jugakla penyelamat tu, penyelamat tu jerit pada KD, cuba nak yakinkan KD yang dia takkan apa-apakan KD, pisau tu boleh simpan balik.  Bila kena tengking tu barulah KD macam tersentak, dan tersedar dari lamunan yang panjang dan kembali normal.

Dah tersedar tu KD pun dah boleh bercakap, KD pun tanyalah penyelamat tu.

‘Dah berapa lama aku sesat ni?’  Dalam fikiran KD die baru sesat setengah jam.  Tapi, penyelamat tu jawab, dia dah sesat selama 2 hari.  Bukan setakat sesat, KD rupanya dah berjalan merentasi 2 puncak tipu dan hampir-hampir dah nak sampai ke sebelah gunung lagi satu.  Kalau KD terus jugak berjalan tu, maksudnya KD akan berjalan 300 batu ke tengah-tengah hutan tebal dan KD mungkin takkan dijumpai sampai bila-bila.  Team pencarian pun sebenarnya dah give up dan diorang pun anggap KD mungkin dah arwah dalam hutan tu, jadi bayangkan la betapa terkejutnya team tu bila KD berjaya ditemui.

Sampai je ke HQ, KD dibawak ke hospital naik helikopter.  Di sana KD terpaksa melalui berbagai2 ujian klinikal, dan cuba mendapatkan jawapan pada perkara yg terjadi pada KD.  Tapi doktor pun give up, dan diorang beranggapkan KD ni mungkin mengalami kecelaruan mental buat seketika, mungkin KD kena sawan yg pelik sampai suis ingatan dalam otak dia ter’off’ sendiri.  

Sejak dari kejadian tu, KD taknak dah sorang-sorang dalam hutan.  Nak kencing ke nak ape ke mesti nak ajak orang lain temankan dia.  Ada jugak yang bising pasal ni, tapi KD kasi amaran pada team diorang , ‘ko nak tunggu aku kencing ke atau ko sanggup nak carik aku sesat sampai 2 hari ni?’

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 06:23 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 14-12-2020 02:23 PM

Pengalaman EW : Tangga Misteri Di Tengah Hutan 3

Kawan aku EW ni adalah bekas jurulatih untuk penyelamat-penyelamat hutan, tapi sekarang dia dah bekerja sebagai EMT.  EMT ni kalau kat malaysia, kite panggil first respondent.  Kalau ada kes-kes kecemasan macam kemalangan ke, EW la orang pertama yang akan turun dengan menaiki ambulans. Tapi kadang-kadang kalau ada operasi ke, EW rajin jugakla tolong jadi sukarelawan.  EW ni ada satu kelebihan, dia ni macam ada 6th sense kalau ada kes-kes melibatkan kehilangan budak ni.  Nama EW ni dah jadi legend la di kalangan penyelamat sebab keistimewaan die tu, tapi die ni tetap humble dan rendah diri orangnya.  Aku sempat makan-makan dengan dia dan dia pun kongsila satu cerita yang buat EW bersara terus dari kerjaya ni.

EW penah terlibat dalam satu operasi untuk mencari budak lelaki berumur 11 tahun bernama Joey, yang hilang ditepi sungai.  Pada asalnya team penyelamat pun sangka Joey mungkin dah jatuh dalam sungai dan dibawa arus, tapi bila bawak anjing pengesan, anjing tu bawak team tu masuk pulak ke bahagian hutan yang tebal.

Untuk pencarian kali ni, team EW gunakan kaedah petak atau grid.  Konsep die macam ni,  kawasan dalam petak tu akan dibahagikan dalam bentuk kotak-kotak, kemudian team penyelamat akan cari di setiap inci petak tu.  Tapi anjing pengesan yang dibawak tu berkelakuan pelik pulak, bukan pelik macam mana.  Mula-mula di petak A, anjing tu dapat kesan bau Joey, tapi masuk sempadan petak B je, dah takde.  Bawak pulak ke petak C, eh ada balik pulak kesan tu.  Korang bayangkan papan dam kan ada kotak merah dan hitam, ibaratnya anjing tu boleh kesan kat kotak merah je, kat kotak hitam je anjing tu dah tak dapat kesan.  Garu kepala jugak la team EW tu, takkan Joey ni main lompat-lompat kotak pulak kan

Ntah macam mane, EW tetiba ternampak tangga misteri kira-kira 50 ela dari tempat dia.  Naluri EW kuat mengatakan dia kena pegi ke tangga tu, walaupun partner dia tak kasi sebab tangga tu kan pantang yang paling pantang bila masuk hutan.  Tapi EW berkeras jugak, tapi partner dia cuma akan tunggu dari jauh je.

EW kata, tangga tu kecik je.  Tangga tu macam tangga untuk masuk ke bilik bawah tanah.  Sampai je kat tangga tu,  rupanya Joey tengah terbaring di anak tangga paling bawah.  Malangnya Joey dah meninggal, tapi Joey meninggal dunia dalam keadaan memeluk perut.  Macam orang yang sakit perut tak tahan sangat, mengerekot.  Tapi mayat Joey bersih tiada luka tiada darah.  EW rasa sedih sangat, sebab Joey baru je hilang beberapa jam, dan team dia pun confident Joey akan ditemui dalam keadaan selamat, tapi macam ni pengakhirannya.

Tapi tugas perlu dilaksanakan, EW pun hubungi team yang lain melalui walkie-talkie, yang mayat Joey dah ditemui.  Mayat Joey pun dibawak balik ke HQ.  Nampak je mayat Joey, memang meraung la ibubapa Joey.  Ibubapa dan team EW tak pasti apa punca kematian Joey, tapi mereka beranggapan, mungkin Joey termakan buah-buahan beracun.

Tragedi ini akhirnya buat EW rasa macam dah tak seronok nak jadi penyelamat lagi.  EW pun ada anak perempuan 2 orang, sebagai bapa EW tak boleh nak bayangkan macam mana rasanya kalau anak-anak EW mati macam tu.  

EW dah tawar hati dan dah taknak ambil tau pasal punca kematian Joey, tapi alih-alih koroner yang buat autopsi pada mayat Joey sendiri yang contact pejabat EW dan kongsi hasil post-mortem tu.  Koroner tu cerita, organ dalaman Joey berlubang-lubang macam ditebuk, tapi mustahil sebab pada kulit Joey tiada kesan tusukan langsung.  Dan lubang-lubang tu pun macam ditebuk dengan kemas,  macam korang punch kertas A4, macam tu lah.  Akhirnya kematian Joey terpaksa diklasifikasikan sebagai pendarahan dalaman organ.

Sejak tragedi tu, EW memang dah tak kasi anak-anak dia masuk hutan walaupun EW sendiri dah memang kerja dalam hutan.  Pada EW, hutan ini ada makhluk yang kita tak nampak, dan tak peduli kalau kita ni ada keluarga ke makbapak ke.  Kerana itulah EW dah hilang rasa minat dan cinta pada kerjaya sebagai penyelamat hutan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 09:24 PM | Show all posts
Teringat Nora Anne yang hilang di Negeri Sembilan.. mujur jumpa juga ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
wah...park dulu...tak sia2 masuk tengok ada thread baru ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 13-12-2020 06:14 PM
Rakyat US tak paham kot konsep makhluk halus macam orang Asia.

Tgk pada kwsn.. Depa ada juga percaya pada makhluk ghaib dan sihir..

Mostly org asli Amerika..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2020 11:29 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 13-12-2020 09:24 PM
Teringat Nora Anne yang hilang di Negeri Sembilan.. mujur jumpa juga ..

jumpe pun dah jadi mayat kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2020 11:30 AM | Show all posts
sarah82 replied at 14-12-2020 12:07 AM
wah...park dulu...tak sia2 masuk tengok ada thread baru ke tak.

tq tq uols.  i tak suke share kt fb sbb i jarang bukak fb hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-12-2020 11:30 AM
tq tq uols.  i tak suke share kt fb sbb i jarang bukak fb hehehe

iols tak ada fb...biasa baca kat ig atau sini saja.

berdasarkan citer2 iols baca kat IG...mmg ramai depa percaya tentang mahkluk ghaib/hantu/jin ni...kat youtube pun ada satu dokumentari tentang jalan paling berhantu kat US dan jln tu tak salah iols asalnya ritual site org asli amerika.

makhluk2 ghaib org asli amerika contoh mcm skinwalker pun katanya ramai omputeh yg pernah jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-12-2020 11:29 AM
jumpe pun dah jadi mayat kan?

ye.. sedih mengenangkan keputusan bedah siasat.. meninggal sebab tak makan dalam tempoh yang panjang dan tekanan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2020 12:29 PM | Show all posts
Kisah Abang Bomba

Aku ada kenal seorang abang bomba yang pernah terlibat dengan sesi latihan bersama kami.  Abang bomba ni pun ceritalah pasal pengalaman die terlibat dalam satu operasi dalam hutan.  Dari laporan yang diterima, ada budak terperangkap atas pokok, dan team penyelamat hutan takde peralatan yang mencukupi untuk bawak budak tu turun. yelah kan penyelamat hutan ni banyak operasi cari orang hilang dalam hutan je.

Abang bomba ni memang dipanggil khas untuk operasi ni, sebab sebelum dia jadi bomba, memang keja dia ni potong pokok. Jadi setakat panjat-panjat ni no hal la.  Jadi abang bomba ni pun pegilah ke tempat tu bawak peralatan-peralatan memanjat dia yang lama.  Abang bomba ni sempat lagi bergurau dengan team penyelamat ni, dia rasa kelakar la sebab dia anggap ni kes budak nakal kot pandai panjat tapi tak berani nak turun.  Tapi, semua orang macam serius je masa tu dan abang bomba pun rasa macam ada benda lain terjadi ni tapi dia malas nak fikir banyak, dan dia pun jalankan lah tanggungjawab dia.

Dia pun mulalah panjat pokok tu, tapi makin naik makin dia rasa pelik, sebab tak mungkin budak ada kekuatan nak naik pokok ni.  Pokok ni jenis yang menirus kat atas,  dari bawah batangnya besar tapi makin tinggi batangnya makin kecik.  Korang bayangkan macam pokok krismas tu la ye.  Abang bomba ni rasa macam nak turun balik je sebab risau yang dahan-dahan pokok tu tak dapat nak tampung dia, tapi dia teruskan jugak bila dia ternampak sipi-sipi budak tu.  Budak tu pakai baju warna biru.

Abang bomba pun panggil lah budak tu, dia mintak budak tu turun perlahan-lahan ke arah dia, tapi budak tu senyap je. Dia pun kasiklah kata-kata perangsang untuk tenangkan budak tu, dalam fikiran dia mungkin budak ni takut kot tu yang senyap je.  Abang bomba tu pun berusahalah sedaya upaya nak sampai jugak ke budak tu

Tapi, sampai je ke kat budak tu, rupa-rupanya budak tu dah mati.  Dari keadaan mayat budak tu, abang bomba tu jangkakan yang budak ni dah mati sebelum dia ada kat atas tu lagi.  Kematian budak tu memang mengerikan sekali.  Usus-usus budak tu terkeluar ikut mulut, siap bergantung-gantung atas ranting-ranting kecil.  Isi perut budak tu pun habis terburai, keluar ikut lubang dubur budak tu.  Walaupun mayat tu pakai seluar, tapi nampak melendut di bahagian situ. Kedua-dua bola mata budak tu hilang,  dan mayat tu dah start dihurungi lalat.

Dengan keadaan mayat macam tu, keadaan pokok yang nak panjat sorang pun dah susah, memang takdelah abang bomba tu nak dukung mayat tu ke bawah.  Abang bomba tu pun tolak jelah mayat tu ke bawah.  Sebenarnya abang bomba tu boleh kehilangan kerja sebab buat macam tu, tapi nasib baik la, team penyelamat yang standby kat bawah tu tak bising pun.

Jejak je kaki ke tanah, abang bomba tu pegi jumpa kapten penyelamat yang ketuai operasi tu, abang bomba tu macam marah la jugak, korang ni dah memang tau ke budak tu jadi mayat sebab tu korang suruh aku yang naik?  Tapi kapten tu relaks je,  siap berterima kasih lagi pada abang bomba tu sebab bawak turun 'bahan bukti' tu.  Abang bomba tu rasa pelik dan sedikit terkilan, selamba je kapten tu panggil mayat tu 'bahan bukti', seolah-olah macam budak tu bukan manusia yg takde ibubapa.

Abang bomba tu dibawak keluar dari hutan tu oleh krew-krew penyelamat yang lain.  Abang bomba tu tanyalah jugak pada krew, kes ape ni, tapi krew-krew tu enggan berkata apa-apa.  Sampai sekarang, abang bomba tu masih tak dapat jawapan apa yang berlaku sebenarnya pada budak tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 02:18 PM | Show all posts
TQ TT tolong translatekan dengan ayat yang cantik cantik macam ni..

sayu hati bila baca kisah2 ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.722805 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list