|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Seronok iols baca thread ni. Good job TT
And thank you for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 15-12-2020 11:28 AM
oh kirenye tangga dalam hutan ni kisah benar la ye? tapi mcm tak penah plak dengar orang malaysia ...
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1010728
Ni thread lama...tp tu la..dlm malaysia tktau la..tp rasa mcm pernah terbaca yg kisah misteri negeri perak
Nnti saya try cari |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 17-12-2020 02:13 PM
Kisah Dari H : Pengalaman Bob Si Tukang Cat I
H kongsi lagi satu citer pada aku, citer ni dia dap ...
Mujur laki tu tak pnjat atau p honggaq tangga tu...bob bernasib baik sungguh..
Bhya la buat keja sorg2 mcmtu |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-12-2020 02:08 AM
Terimakasih rajin tolong translate
Mantop fc...akak masuk kejap...byk sgt cerita....
Tq pada tt yg rajin terjemah... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 18-12-2020 03:21 PM
Kisah Backpackers di Eropah
Makcik aku pernah cerita pasal pengalaman dia melancong secara backpackers merentasi Eropah. Tapi cerita ni dah lama la masa ni makcik aku masih anak dara lagi (eh ye ke masih dara ). Boyfriend makcik aku beli sebuah bas lama, pastu bas tu diubahsuai jadi camper van, yang ada katil, dapur dan benda-benda lain la pegi mengembara ni. ni contoh camper van tapi ni jenis yang mahal la
Boyfriend makcik aku tu pernah je melancong secara solo, jadi untuk trip kali ni dia ajakla makcik aku ikut sekali. Makcik aku cerita, dia tak ingat kejadian ni kat negara yang mana satu, rasanye mungkin kt Perancis kot, tapi diorang berdua ni berenti la di kawasan pinggir hutan untuk bermalam. Tapi waktu tu hari masih petang lagi. Turun je makcik aku terperasan, ada orang susun ranting-ranting kecik jadi bentuk pangkah-pangkah atas tanah, bukan satu bukan dua tapi rasanya macam beribu-ribu jugaklah pangkah-pangkah kecil tu. Ranting-ranting tu disusun macam jadi penunjuk arah, jadi makcik aku dan boyfriend dia ikut lah sampai mana ranting-ranting tu disusun. Ranting-ranting tu disusun sampai depan pintu sebuah rumah kecil di dalam hutan tu. Agak-agak dalam 100m la jugak dari lokasi diorang letak van diorang.
Sampai rumah tu diorang terperasan dari celah-celah pokok berhampiran rumah tu ada seorang lelaki yang tengah berdiri peratikan diorang. Seingat makcik aku, lelaki tu muda lagi, pastu berambut hitam. Makcik aku dah tak sedap hati tengok lelaki tu tenung diorang lain macam je. Boyfriend dia pulak berfikiran positif, lelaki tu kan duduk sorang diri takde jiran dalam hutan ni mestilah lelaki tu rasa curiga kalau ada orang asing tiba-tiba datang rumah dia. Jadi boyfriend dia pun ajaklah makcik aku tu balik ke van diorang.
Sampai ke van diorang pun siap-siaplah apa yang patut, makan malam pastu nak setting katil dalam van tu. Pastu diorang pun lepak-lepak la kejap kat luar van tu menikmati pemandangan matahari terbenam. Masa ni diorang terperasan yang lelaki tu tengah berdiri, 10 kaki dalam pinggir hutan tu, berdiri tegak merenung diorang je. Sekali lagi makcik aku rasa risau dah. Tapi boyfriend dia pegi tegur pulak lelaki tu, tegur dari jauh la, tanya lelaki tu ok ke, tapi lelaki tu langsung tak balas apa. Boyfriend dia masih positif lagi dia bajet mungkin lelaki tu tak paham bahasa asing pastu jenis tak campur dengan orang.
Makcik aku kali ni memang dah rasa takut dan risau, sampai merayu-rayu pada boyfriend jomlah kita pegi dari sini, tapi boyfriend dia taknak. Boyfriend dia kata takpe malam ni kita kunci pintu tingkap apa semua takde apelah orang tu pun tak buat apa kat kita. Malam tu, masa tu diorang dah bersiap nak masuk tidur, boyfriend dia perasan yang van diorang ada sedikit kerosakan. Tak pasti la rosak yang macam mana mungkin aircond tak jalan kot tapi boyfriend makcik aku tu terpaksa turun nak periksa enjin.
Enjin camper van diorang ni bukan kat depan macam kereta biasa, tapi kat belakang. Tapi tak sampai beberapa saat boyfriend makcik aku tu keluar, dia terus lari lompat masuk van dan tergesa-gesa start enjin van dan terus memandu masuk ke jalan besar. Makcik aku pun tanya 'eh pasai apa ni' tapi boyfriend makcik aku tak cakap apa cuma dia cakap yang diorang kene tinggalkan tempat ni. Boyfriend makcik aku tu berjam-jam lah jugak memandu tanpa berhenti kat mana-mana, pastu senyap je sepanjang memandu tu.
Bila hari dah hampir siang baru boyfriend makcik aku bukak cerita. Dia kata masa dia turun nak periksa enjin kat belakang tu, dia ternampak lelaki berambut hitam tu rupanya dah ada depan van diorang. Lelaki tu cuma renung boyfriend makcik aku dengan pandangan mata yang tajam, mata terbeliak dan senyum-senyum kat boyfriend makcik aku. Terkejut la dia. Makcik aku pun start la bebel-bebel macam makcik-makcik tulah orang dah suruh pegi awal tak nak nasib baik tak jadi apa apa bla bla bla... THE END.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam uols
hari I nak update banyak2 skit sebab weekend ni family I nak datang. So maybe I tak dpt nak sambung translate lagi. But hope uols enjoy baca cerita2 I ni ye
sorry pendek-pendek sebab cerita ni adalah yang diceritakan oleh redditor lain jadi maybe tak sedetail macam penyelamat tadi |
|
|
|
|
|
|
|
bob tak sangka kot yelah org putih mane caye benda2 mistik mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Dari Filipina : Diganggu Jin Nakal
Kat Filipina ni, kes orang ghaib tiba-tiba bukanlah sesuatu yang pelik. Kadang-kadang kat tempat ramai orang pun boleh hilang. Ikut kata orang tua-tua, kemungkinan orang yang hilang tu diganggu oleh jin nakal. Yang sorang ni name Tyanak, jin yang berupa macam bayi raksasa, sekor lagi namanya Dwende, rupanya macam orang kerdil.
Atuk aku cerita pengalaman dia diganggu oleh jin-jin tu. Pada suatu malam, atuk aku dan 2 lagi kawannya nak pegi ke pekan menaiki beca. Untuk ke pekan tu diorang kena lalu satu jambatan. Dah sampai ke jambatan tu diorang pun lintas la jambatan tu. Sepatutnya bila dah lalu ke jambatan tu sekejap je sampai dahla ke pekan. Tapi kali ni tidak.
Diorang macam tersesat kat mana ntah, tak jumpe-jumpe pun pekannya. Sebaliknya diorang masih lagi terperangkap dalam kebun-kebun tu. Padahal jalan tu takde simpang masuk mana-mana pun. Atuk aku dan kawan-kawannya ambil keputusan eh kita balik jelah kalau macam ni.
Diorang pun patah balik, dan terpaksa lintas jambatan tadi. Dah lintas tu sepatutnya diorang jumpa la kampung diorang. Tapi tak sampai-sampai pun. Berpeluh-peluhla atuk aku dan kawan-kawannya. Nak buat macam mana ni kalau terus je tak tau pulak mana dibawaknya? Jadi diorang ni pun ulang alik ulang alik jambatan tu sampai beberapa kali tapi diorang tetap tak masuk ke pekan atau kampung diorang.
Bila dah asyik ulang alik tu, minyak motor pun macam dah nak habis. Jadi diorang pun terpaksa la berenti sekejap dan fikir macam mane nak lepas dari tempat ni. Ada salah sorang kawan ni cakap kalau taknak kena kacau dgn jin-jin nakal ni, diorang kena pakai baju terbalik. Terbalik macam ni, yang belah dalam tu kat luar.
Diorang bertiga pun ikut jelah idea tu walaupun macam tak masuk akal. Tapi, menjadik. Diorang pun melintas la jambatan tu dengan bacaan doa apa suma, dan akhirnya, diorang pun selamat la sampai ke kampung diorang.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thank you.. aku suka thread ni. Sebabnya kita sekurangnya dapat tau mcm mana orang di negara lain menghadapi perkara2 mistik seram dan aneh spt ini. Nampaknya mereka ini blur, walaupun ada yg anggapa ini merbahaya tetapi ada yang layan benda mcm ni untuk nak puaskan curiosity, last2 jadi mangsa. Tempat kita ni standardlah... kalau kena, biasanya orang biasa akan baca ayat walaupun masa baca tu berterabur bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah dari US : Pengalaman pelik di hutan Utah
Kawan aku ada tanah seluas 1500 ekar di Utah (jangan pelik ye dah US ni memang besar uols). Dalam kawasan tanah kawan aku tu ada la hutan sikit, jadi kitorang kadang-kadang akan berkhemah kat situ. Suatu hari tu, kitorang pun masuk hutan, jumpa tempat yang selesa untuk bina tempat berlindung skit, buat unggun api, masak-masak sikit pastu sembang-sembang la, pastu masuk tidur. tempat berlindung yang kitorang bina tu korang bayangkan macam ni la
Bila dah sampai tengah malam, tetiba kami rasa macam tak sedap hati. Aku yakin bukan aku sorang je rasa macam tu, kawan aku pun mcm rasa mcm tu jugak. Sebabnya, malam tu tiba-tiba jadi sunyi sepi. Bunyi cengkerik pun takde. Bagi sesiapa yang biasa masuk hutan ni, kalau hutan tiba-tiba jadi sunyi mcm tu serangga kecil pun tak berani nak bersuara, tu maksudnya ada dua je, ada haiwan pemangsa atau ada 'makhluk lain'.
Kami berdua terbangun bila kami sedar hujan dah turun. Tempat berlindung yang kami bina ni ok memang kukuh tapi tak cukup nak halang tempias, kalau duduk lama-lama kat situ nanti basah jugak. Jadi kitorang pun ambil keputusan, jomlah kita balik jugak malam ni. Walaupun tadi kitorang merentas hutan nak sampai tempat ni dalam 5 batu jugakla. Kitorang pun padam api, kemas-kemas dan mulalah angkat kaki nak balik.
Tapi keluar je kitorang dari khemah kecil kami tu, eh, tak hujan pulak. Tadi dengar macam bunyi hujan. Takde tanda-tanda hujan pun, tanah, daun-daun semua kering. Kalau hujan mesti ada embun-embun sikit kan. Tapi kitorang cuma sedapkan ati, alah biasa la tu cuaca Utah kan pelik sikit. Jadi, kitorang teruskan jugak perjalanan nak balik tu. Dalam 10 minit berjalan tu, kitorang terdengar bunyi yang pelik, cuma kitorang berdua ni dengar 2 benda yang berbeza.
Aku terdengar bunyi macam kayu api dibakar. Kayu ni kalau dibakar buat unggun kan ada bunyi 'pop' 'pop' sikit. Yang kawan aku pulak, dia dengar bunyi macam ada sayap berkibas di atas kepala dia. Macam ada burung besar yang terbang. Aku dan kawan aku pun saling berpandangan, walaupun sebenarnya masa ni aku tak tau yang dia dengar benda lain, kitorang dengan sendirinya pun bukak langkah lari laju-laju dalam hutan tu sampailah jumpa laluan hutan balik. 3 jam jugaklah kitorang berlari dalam hutan tu baru lah dapat keluar. Naik kereta je terus pegi McD.
Kawan aku ada teori kenapa kitorang dengar bunyi-bunyi macam tu. Mungkin 'benda' tu sebenarnya nak kitorang pegi dari situ. Atau nak umpan kitorang pegi ke tempat lain pulak. Malam tu sejuk dan gelap, bila aku dengar bunyi api, mungkin 'benda' tu nak tarik aku pegi ke api. Yang kawan aku pulak ada bawak senapang, dia ada cakap jugak dia cadang nak tembak binatang yang besar dengan senapang tu. Jadi 'benda' tu buatlah bunyi burung yang besar untuk 'tarik' kawan aku tu dan nak pisahkan kitorang.
Tapi nasib baiklah jugak kami ni ikut naluri kami, kalau rasa ada benda pelik tu, cepat-cepatlah pergi dari situ. Kalau tak mungkin kami pulak jadi orang hilang....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 18-12-2020 05:04 PM
Thank you.. aku suka thread ni. Sebabnya kita sekurangnya dapat tau mcm mana orang di negara lain me ...
sebenarnya blur tu banyak menyelamatkan aku tau...ada kebaikan blur ni...tapi aku tak terlampau dense mcm si fendi dalam thread john buka. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 18-12-2020 09:48 PM
sebenarnya blur tu banyak menyelamatkan aku tau...ada kebaikan blur ni...tapi aku tak terlampau de ...
Fendi tu teruk sgt dense dia....
Sarah tak mau share ka kisah sarah...
|
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 19-12-2020 10:04 PM
Fendi tu teruk sgt dense dia....
Sarah tak mau share ka kisah sarah...
Hahahaha.. Biasa saja kisah sy.. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya penulisan tt..dah lama tak jumpa tred yg rase nak baca lagi dan lagi
tak sabar nak tunggu update dari tt |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Misteri di RV Park
Kisah yang berlaku pada aku ni berlaku masa aku kecik-kecik dulu. Dulu, tiap-tiap tahun aku dan family aku termasuklah pakcik makcik dan sedara mara lain akan bercamping sama-sama tapi kami takdelah camping pacak khemah tu, kami cuma camping guna RV je di satu taman yg memang khas untuk RV. korang bayangkan RV park tu macam ni
oleh sebab family aku ramai dah boleh dikatakan hampir semua ada ada RV utk camping tu (boleh rujuk posting2 sebelum ni rupa RV tu camne) dan tempat yang kitorang pilih tu agak terhad, jadi boleh dikatakan memang tempat tu kitorang satu family la yang conquer. Selalunya aktiviti yang kitorang buat kat RV park ni ber bbq, jalan-jalan tepi hutan, membawang sesama sendiri, boleh dikatakan aktiviti ni macam family reunion kitorang.
Untuk kisah aku ni, berlaku pada 2 tahun yang berlainan. Tahun pertama, masa tu aku berumur dalam 9 tahun macam tu, satu malam tu aku dan sepupu-sepupu yang lain main nyorok-nyorok. Kawasan RV tu memang takde tiang lampu, tapi tetap terang sebab keluarga aku pasang lampu van dan lampu sendiri masing-masing. Masa tu aku menyorok di belakang RV aku, kebetulan masa tu pulak mak aku tengah duduk atas kerusi malas membelakangi aku. Tapi mak aku tak perasan yang aku ada kat belakang dia. Aku taknak buat mak aku terkejut, jadi di belakang RV tu aku pun panggil lah mak aku secara berbisik , 'Mak mak'. Mak aku terperanjat la pulak. Nasib baik mak aku takde sakit jantung. Mak aku toleh belakang pastu nampak aku, muka mak aku macam pucat gila. 'Mak, orang nyorok sini tau mak jangan kantoikan orang'. Mak aku diam tak cakap ape angguk-angguk je
Tahun seterusnya, kitorang pegi balik ke tempat yang sama. Cuma kali ni aku terpaksa pakai cermin mata sebab disahkan rabun. Tapi masa pegi camping ni aku tak bawak pulak cermin mata. Kebetulan pulak aku kurang sihat, jadi memang sepanjang perkhemahan tu aku cuma duduk dalam RV je. Keluar sekali sekala sebab nak makan je. Hehehe. Malam pertama tu aku masuk tidur awal, tapi tiba-tiba ayah aku kejutkan aku dari tidur. Ayah aku tanya 'kamu memang dari tadi dalam RV je ke?'. Aku dalam mamai-mamai tu aku pun angguk jelah.
Balik daripada RV tahun kedua ni, suatu hari tu aku dan makbapak aku duduk sembang-sembang. Ayah aku bukak cerita, 'kamu ingat tak ada satu malam tu ayah kejutkan kamu tidur' Ayah aku pun cerita, malam pertama tu, ayah aku dan pakcik aku tengah sembang-sembang kat luar sambil minum-minum, tetiba diorang ternampak aku jalan sorang-sorang menuju ke dalam hutan. Ayah aku panggil nama aku ulang-ulang tapi aku buat tak tau. Pakcik aku cakap, ah lantakla dia, dia nak pegi kencing kot. Lagipun taman RV tu takdela luas mana, hutan yang ada tu pun macam hutan kecik je. Tapi ayah aku tetap rasa pelik, ayah aku pun mintak izin nak naik RV jap nak amek ape ntah. Rupa-rupanya, aku tengah elok tidur berdengkur dalam RV tu. Sebab tu la ayah aku kejutkan aku.
Mak aku pun bukak cerita jugak, masa tahun sebelumnya tu, mak aku tengah perhatikan budak-budak main sorok-sorok masa tu. pastu mak aku nampak aku tengah menyorok bawah sebuah RV lain. Aku siap lambai-lambai lagi kat mak aku, pastu letak jari telunjuk ke bibir, tanda rahsia jangan beritau sape2. Mak aku gelihati je tengok aku masa tu. Tetiba aku tegur dari belakang pulak, memang terkejut la mak aku masa tu. Bila tengok balik ke bawah RV tu, 'aku' dah takde. Jadi sape pulak yang mak aku nampak bawah RV tu?
Tahun berikutnya, makbapak aku cadangkan pegi lah tempat lain pulak, alasannya sebab asyik tempat yang sama je tiap-tiap tahun. Padahal ada sebab lain kenapa ....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Satu Malam di Appalachian Trail
Appalachian Trail, atau kalau kat US dipanggil AT adalah sebuah laluan pendakian yang paling panjang kt dunia. Panjangnya kira-kira 3500 km dan tempat ni memang destinasi yang paling digemari oleh pencinta alam sekitar dan pendaki tegar. Jadi bila boyfriend aku ajak kitorang pegi merentas AT ni memang aku seronok sangatla sampai beli kasut baru.
Kalau ikutkan aku bukanlah aktif sangat aktiviti dalam hutan ni, tapi bila orang dah ajak, best jugak boleh rasa pengalaman lalu AT ni. Tapi kami takdelah buat keje gila nak rentas sampai 3500km ni. Cukuplah kalau kami jelajah beberapa tempat menarik je dalam AT tu, bermalam semalam dua dalam hutan. Oklah tu untuk beginner macam aku. Kalau ikut maps kt atas tu, yang bertanda P tu parking lot atau pintu masuk yang ada kat AT tu.
Hari yang ditunggukan dah tiba, aku dan boyfriend aku memulakan perjalanan kami merentas AT. Sambil-sambil berjalan tu sambil tangkap gambar dan menikmati pemandangan alam sekitar, orang kata jalan sepak daun la. Seharian jugak kami berjalan merentas hutan dan mendaki bukit-bukit kecil, dan akhirnya kitorang pun sampailah ke satu tapak perkhemahan. Sebab laluan yang kitorang lalu ni memang bukan laluan yang popular, pulak tu pun bukan waktu cuti sekolah, jadi awalnya cuma kami berdua je kat tapak tu. Cuma kat tapak tu macam ada satu pondok kecil yang memang dibina khas untuk pengunjung, kalau orang kita panggil wakaf la.
kami memang cadang nak tido dalam wakaf tu je untuk malam tu, tambahan pulak hari pun dah makin senja, tak payah dah susah-susah nak bukak khemah. Jadi kami pun pegilah ronda-ronda kawasan sekitar tu je, sambung selfie lagi. Tak lama lepas tu, datanglah pulak seorang hiker lelaki, hiker solo kot ke tapak kami tu pastu terus menonong masuk wakaf tu dan terus buat macam rumah sendiri. Aku dan boyfriend aku macam tak puas hati lah jugak, dahla tempat tidur kitorang kena sailang, yang sailang tu datang-datang je tak kasi salam ke sapa kitorang ke. Tapi kitorang malas dah nak rosakkan mood bercuti jadi kami pun redha jelah.
Malam tu walaupun kami bertiga je kat tempat tu, tapi masing-masing buat kerja sendiri. Lelaki tu pun tak sembang apa ngan kami. Masak pun sendiri, dan akhirnya malam tu aku dan boyfriend aku pun masuk tidur awal dalam satu khemah. Ntah macam mana, aku rasa waktu dah tengah malam kot, kami terjaga. Bukan terjaga sebab apa, sebab kami terdengar bunyi macam ada orang tengah jalan kat belukar tak jauh dari khemah kami. Dalam fikiran kami masa tu, eh ni mesti beruang ni.
Aku dan boyfriend aku dah kecut sebab kami tak bawak senjata. Jadi kitorang pun senyap kaku jelah dalam khemah tu. Lama jugak bunyi belukar tu, tapi yang herannya bunyi tu macam laju sangat berjalan. Dia macam ni, kejap bunyi tu datang dari belah kanan, pastu berenti kejap, pastu bunyi tu melompat pulak ke belah kiri. Tapi takde bunyi dari kanan ke kiri tu. Kitorang memang tak silap dengar sebab malam tu senyap sunyi je, bunyi cengkerik pun takde.
Kami cuma mengharapkan semoga lelaki yang tadi tu jelah, kalau betul beruang harap-harap lelaki tu boleh halau. Sebab dia tidur tak pakai khemah mesti dia boleh intai tengok apa benda. Tapi lelaki tu pun senyap je. Aku dah tak mampu nak berfikir positif, aku terfikir jugak betul ke lelaki tadi tu 'lelaki' atau makhluk lain? Dia sendiri pun langsung tak cakap apa dengan kami tadi. Lagipun betul ke makhluk kat luar tu beruang, kalau beruang kenapa takde bunyi mendengus ke,kenapa cuma main kat semak je.
Masa tu aku dan boyfriend aku cuma mampu berdiam diri jelah dalam khemah. Walaupun malam tu gelap tapi aku dapat rasakan yang boyfriend aku pun tengah terjaga sebab selalunya dia tidur berdengkur. Tiba-tiba bunyi belukar tu senyap sebaliknya kitorang dengar bunyi tapak kaki pulak, dan bunyi tu menuju ke ke arah kami. Dalam kesunyian malam tu memang kuat sangat bunyi derapan tapak kaki tu menuju ke arah kami, bunyi daun-daun kering dipijak. Argh memang berdebar-debar betul kami malam tu.
Tambah lagi berdebar bila bunyi tapak kaki tu akhirnya berhenti jugak, dengan jarak yang aku kira macam 10 meter je dari khemah kami. Bunyi tu berhenti macam tu je. Lagi berdebar-debar la kitorang berdua. Aku pun terfikir ni lelaki tadi ke saja nak main-mainkan kitorang. Kami tunggu jugak bunyi tapak kaki tu nak pegi mana pulak lepas ni tapi bunyi tu berhenti setakat tadi je. Tunggu punya tunggu sampai kitorang tertido
Esok pagi tu, memang pagi-pagi la kami terbangun tidur. Kami memang ada set jam konon nak tengok matahari terbit, tapi pagi tu jugak kami siap-siap kemas khemah. Bangun-bangun tu aku tengok, lelaki semalam tu tidur berselubung dengan beg tidur berzip, dah macam bungkus mayat pun ye. Dengar je kitorang bangun, dia pun bangun dengan keadaan muka macam ketakutan. Bangun-bangun je, kitorang tanya la lelaki tu, 'abang ada dengar apa-apa tak malam tadi?'. Lelaki tu mengangguk lemah, 'ada, tapi , takpelah korang tak perlu tau apa yang abang nampak malam tadi'.
Pagi tu aku dan boyfriend aku meneruskan perjalanan ke destinasi kami, lelaki tu pulak kitorang nampak dia berjalan pulang ikut laluan dia semalam...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tq tq uolss.. sorry ye kalau i lambat update cuti sekolah ramai plak dtg rumah huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
besttttttttttttttttttttttttt, nanti sambung lagik |
|
|
|
|
|
|
| |
|