|
|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
|
|
Best citer2 kt sini..tt nanti buat dlm pdf ..senang nk baca balik, tq tt |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kasih seorg atok tu sama mcm cerita wind river lakonan Elizabeth Olsen n Jeremy Renner. Bkn la 100% sama tapi plot tu hampir sama, pompuan red Indian kena rogol dgn geng2 yg dtg kerja membalak.
Movie tu dibuat utk bagi kesedaran yg bila pompuan red Indian hilang, polis US tak usaha bersungguh2 utk cari. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tengah sedap layan..tergantung huuhuhuh terbaik tt |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ala mana sambungan kisah lucie ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ala takde sambungan lagi ke...
its ok TT, take your time
tapi jangan lama sangat
hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi TT, since 2000 thread ni.. Baru i masuk baca. Best sungguh.thanks effort tt letak pic utk senang kmi visualise. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
padanlah muka pembunuh2 Lucie tu semua |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bestnyeee baca cite antu international..tt ni best laaa..ayat2 semua elok tersusun & lawak.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 17-9-2024 09:02 AM
ok nanti nak tgk camne gaya dia bercerita best ke idak
ada skali tgk kat YT pasal jalan ke bukit ...
shahrul chapter ada 2 3 cerita dr forum...best je cara dia smpaikan
ceduk dr forum senang xyh translate... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hello guys sorry lama sangat nak buat sambungannye pun. ada kisah sedih skit, link citer tu tetiba terpadam dari memori phone i. lama gak la nak mencarinye. ok I janji, ni last part dah. tapi last part dia sedih skitla |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 15-12-2024 11:03 AM
Kasih Seorang Datuk Bahagian Akhir
Semasa Jim meluru masuk tu, aku sedang duduk di ruangan pejabat polis tu ditemuramah oleh seorang timbalan (deputy) polis yang aku panggil Deputy Sammy jelah. Aku turut bawa Bo bersama-samaku. Ikutkan polis takde sebab pun nak mereman aku, aku bukan suspek utama, aku pun takde motif untuk membunuh pembalak-pembalak tu. Aku bekas polis kan, lagilah aku pernah bekerja di New York, jadi setakat asakan dan desakan dari polis kampung ni takkan mudah menggoyahkan aku.
Sedang Deputy Sammy menyoal aku dengan pelbagai pertanyaan yang tak masuk akal, tiba-tiba Jim meluru masuk. Dengan mata merah terbuntang, ada kesan aliran air mata di pipi dia. Rambutnya mengerbang tidak terurus, seluruh badannya menggeletar macam orang kesejukan. Jim memakai seluar pendek dan baju tshirt jenis Hawaii tu, dan dia tidak berkasut. "Mana Fred?? Mana Fred?? Aku nak buat pengakuan ni!!!". Fred ni adalah ketua balai di situ. Fred kebetulan masa tu takde, tak taula pegi mana agaknya pegi meronda kot. Kebetulan dalam balai tu cuma ada aku, Deputy Sammy, Jessica kerani balai tu dan anjing aku Bo. Kitorang pun kelam kabut la lagi-lagi bila si Jim ni dah macam orang gila meluru ke pintu bilik Fred. Aku dan Sammy cuba halang Jim, tapi Jim mengasak kami dengan kasar. Berhempas pulas la aku dan Sammy tarik Jim dari cuba masuk ke bilik Fred. Sammy arahkan Jessica bukak pintu jel. Jim pulak asyik menjerit-jerit, 'lepaskan aku! Lepaskan aku! Aku nak jumpa Fred! Fred!!! Freeedddddd!!!!".
Aku dan Sammy campak Jim masuk jel tu, dan pintu pun segera dikunci. Jim meronta-ronta. Asyik menjerit nak Fred je. Aku dapat idea, aku pegi je sinki, aku isi sebiji mangkuk dengan air pastu aku simbah Jim dengan air tu. Barulah Jim macam tenang sikit. Tapi Jim masih teresak-esak macam menahan tangis.
Aku dan Sammy pun bila tengok Jim dah agak tenang, Sammy pun tanyalah. "Ko dah kenapa ni Jim? Mengigau ke? Dengan tak pakai kasutnya. Ko datang sini naik apa mana pegi trak kau?".
"Aku nak buat pengakuan. Aku nak buat pengakuan." Jim menjawab dengan terkumat-kamitnya.
"Mana Fred? Mana Fred??!!", sekali lagi Jim bertanyakan keberadaan Fred.
"Fred pegi meronda. Kejap lagi dia balik la tu. Ko tunggulah kejap", jawab Sammy.
"Panggil Fred balik, sekarang! Aku nak buat pengakuan. Aku nak buat pengakuan!!!", Jim mengoncang-goncang pagar penjara tu.
Sammy dan Jessica kembali ke ruang pejabat. Aku dan Bo masih di depan pintu jel tu. Manelah tau kan tiba-tiba si Jim ni buat benda mengarut ke. Aku terdengar bunyi Sammy cuba menghubungi Fred melalui radio. Tak berjaya. Aku dengar pulak suara Jessica bercakap di telefon. "Bos, bos kat mana? Balik cepat bos! Ada kecemasan di balai ni". Kelakar pulak aku rasa balai polis pun boleh ada kecemasan.
Jim hanya berteleku di atas lantai jel, sambil dia membenamkan mukanya di lututnya. Badannya terhenjut-henjut sikit, seolah-olah macam dia sedang menahan tangis. Aku nak tanya jugak apsal kau jadi macam ni, tapi memikirkan oh mamat ni selalu buli Louis dulu, ah lantak kaulah. Dalam pada masa yang sama, aku tertanya-tanya jugak, apa benda yang dia nak buat pengakuan depan Fred tu.
Kedengaran bunyi siren kereta polis 2-3 biji di luar pejabat. Fred dah balik. Fred terus meluru ke bahagian jel. Bila dia nampak Jim tengah berteleku bersendirian dalam jel yang sempit tu, dia terus mengherdik Sammy. Kenapa sumbat Jim masuk jel? Dia bukan banduan pun.
Sammy dikeluarkan, dia dipapah oleh 2 orang deputi polis. Dia dibawak ke ruangan polis, siap diberi sehelai selendang untuk menutupi bahu dia dan dijamu secawan kopi panas lagi. Amboooiiii mentang-mentanglah diorang semua tu kulit putih, dapat layanan kaw kaw macam tu. Padahal aku yang tadi dipanggil ke balai datang sukarela takde pun dihidangkan segelas air paip pun. Kami semua mengerumuni Jim. Fred bertanya kepada Jim, Jim ko okey ke? Ko nak buat pengakuan apa ni?
Inilah pengakuan daripada Jim yang membuatkan darah aku mendidih.
Jim mengaku bahawa dia dan konco-konconya geng pembalak itulah yang telah merogol Lucie, cucu Louis. Jim pun ceritalah, satu malam tu diorang dapat tahu yang ada orang buat parti di kampung Louis, diorang pun datanglah walaupun diorang tidak diundang. Jim mendakwa yang kehadiran mereka masa tu tidak disenangi oleh mendiang Lucie. Lucie pun amek keputusan nak tinggalkan parti tu. Jim dan konco-konco dia tak puas hati, bila Lucie balik jalan kaki, diorang pun mengekori Lucie, dengan jalan kaki jugak. Jim kasi alasan yang diorang cuma nak temankan Lucie balik je. Dan tiba-tiba Lucie berlari, diorang pun kejarlah Lucie. Kejar punya kejar, dapat tangkap Lucie, diorang pun bergelut, masing-masing berguling jatuh bawah tebing. Masa ni, Jim mengaku diorang tengah mabuk teruk, diorang hilang kewarasan, diorang pun rogol Lucie bergilir-gilir. Lucie tetap melawan. Rogol punya rogol tak disangka ada salah seorang daripada mereka yang mencekik Lucie dan bila dah selesai, Lucie terkulai layu.....
"Tapi masa tu kami mabuk! Kami hilang kewarasan! Kami takde niat pun nak rogol Lucie! Lucie tu kalau dia tak melawan, tentu kami takkan rogol dia! Dan kenapa Lucie nak balik jalan kaki sorang diri? Kami cuma nak temankan dia je, takut dia diganggu binatang buas!".
Heeeyyy kalau ikut hati aku memang aku nak kasi penumbuk je kat Jim tu. Bo seolah-olah faham perasaan aku, dia menjilat-jilat jari aku seolah-olah sedang cuba menyiram api kemarahan yang meluap di hati aku.
Jim kata, selepas mereka sedar yang mereka dah terbunuh Lucie katanya, mereka pun sorokkan mayat Lucie. Kemudian mereka balik ke trak mereka. Ada salah sorang tu dapat idea untuk elakkan mayat Lucie dicari. Dia pun karang satu mesej dan mesej itu dihantar kepada Louis melalui telefon bimbit. Telefon bimbit itu kemudiannya diorang buang ke dalam sungai.
Fred dan deputi-deputi lain pun menenangkan Jim. Aku rasa macam tak puas hati, Jim perogol dan pembunuh, kenapa perlu bersimpati pada dia? Fred pun bertanyalah pada Jim, adakah Jim tau apa-apa pasal kes kematian konco-konco dia yang lain tu? Jim cakap, dia tak tau apa-apa. Tapi setiap malam dia tak boleh tidur, dia asyik bermimpi dikejar makhluk berupa serigala kejadian yang hanya akan menuturkan satu perkataaan je, mengakulah, mengakulah!. Dia dah berhari-hari tak tidur. Lama kelamaan dia mula berhalusinasi, dia nampak makhluk di dalam kabin dia. Dalam bentuk bayang-bayang, sambil menjerit pada dia, mengakulah! Mengakulah! Jim dah tak tahan, sebab tu dia datang ke balai hari tu jugak.
Tiba-tiba Bo menyalak ke arah pintu. Dia seolah-olah ternampak sesuatu di muka pintu tu. Tapi takde ape pun di situ. Dahle masa tu di luar sana dah gelap. Terpinga-pinga jugak aku, dah kenapa Bo ni? Jim pula bangun dan dia berlari ke pintu dan membukanya, sambil menjerit ke arah sesuatu di luar sana. "Ko nak apa ha sial??? Kan aku dah mengaku ni??". Belum sempat polis-polis lain cuba tahan si Jim, si Jim ni dah berlari keluar dan dengan sepantas kilatnya, dia berlari masuk ke hutan dan hilang camtu saja.
Polis buat carian ke atas kehilangan Jim. Nak tau apa kesudahannya? Beberapa hari kemudian, Jim ditemui mati gantung diri di sebatang pokok. Polis secara rasminya, menutup kes kematian Lucie, atas alasan sudah ada pengakuan dari Jim. Jim pun dah mati, jadi dah takde sebab untuk teruskan siasatan lagi. Tapi Louis masih menjadi buruan polis, sebagai suspek pembunuh pembalak-pembalak tadi. Dan Louis masih hilang sampai ke hari ni. Adakah Louis ada kaitan dengan kejadian pelik pada saat-saat terakhir Jim membuat pengakuan itu? Aku tak berani nak mengakui atau menafikannya.
Dah 20 tahun lebih kisah ni berlaku, aku pun dah kahwin dengan wanita tempatan, dan aku ada anak yang sebaya Lucie sekarang ni. Bo pun dah meninggal 5 tahun setelah kisah itu berlaku. Rumah Louis terbiar kosong, kadang-kadang masa Bo masih ada, aku selalu ke situ, entah apa yang aku harapkan. Yang peliknya Bo kadang-kadang macam taknak balik, seolah-olah dia ternampak imbasan Louis dalam rumah tu. Yang buat aku teringatkan kisah ni adalah beberapa hari yang lalu, anak aku bawak balik 2 ekor anjing liar, seekor tu anjing jantan yang dah dewasa, yang lagi seekor tu anak anjing betina. Dia kata dia jumpa dua-dua tu kat semasa bersiar-siar di tepi hutan. Entah kenapa hati aku terbuka nak bela kedua-dua anak beranak ni. Mereka mengingatkan aku kepada seorang kawan baik aku dan cucunya. Lalu aku pun setuju nak bela anjing-anjing tu, dan aku namakan mereka, Louis dan Lucie....
-TAMAT-
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Finally ada closure. RIP buat atok dan Lucie |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harap ada lagi citer2 seram menarik utk dibaca...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 12-12-2024 06:43 PM
Kasih Seorang Datuk Bahagian Akhir
The end yang dinanti - nantikan.. moral of the story orang jahat nie hidup tak tenang..
Harao ada cerita yang best lagi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih nya ending
Thank u tt
Share la lg klu ada cite |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 15-12-2024 01:35 PM
Si Perangkak
Peristiwa ni terjadi semasa aku tinggal di Peoria, Central Illinois. Kira-kira 6 tahun yang lalu, masa ni aku dan tunangku sedang memandu kereta pulang ke rumah. Perjalanan tu mengambil masa kira-kira 5 jam, aku tak ingat kami dari mana masa tu. Yang aku ingat, kejadian ni di bulan Oktober, jadi masa tu musim luruh nak masuk musim sejuk. Dahle masa tu dah pukul 9 malam, hujan-hujan renyai pulak tu, memang sejuk sampai ke tulang sum-sum. Jalan raya yang kami sedang lalui tu merentasi sebidang hutan, dan tiada lampu jalan. Memang gelap gelita jalan tu.
Untuk menghilangkan kebosanan, kami pun bersembang-sembang. Tiba-tiba perbualan kami terhenti, kerana kami ternampak sesuatu di tepi jalan tu. Tepi tu kan hutan, kami ternampak ada lembaga putih sedang menjegulkan mukanya dari hutan itu. Jalan yang kami sedang lalui ni bukanlah jalan asing kepada kami, jadi aku boleh agak ketinggian lembaga tu adalah dalam 7 ke 8 kaki. Lembaga tu tidak berbulu, tapi putih dan bentuk badannya seakan-akan manusia. Tapi susuk tubuhnya sangat kurus kering nampak rangka, menyebabkan kaki dan tangannya kelihatan sangat panjang. Cahaya lampu kereta kami melimpah ke lembaga itu, jadi kami memang nampak lembaga tu dengan sangat jelas sekali.
Aku dan tunangku tersenyap terus, sehinggalah kami melepasi lembaga itu. "Awak....awak nampak tak tu?", aku yang pertama dulu memecahkan kesunyian antara kami. "Awak pun nampak jugak ke??", soalanku dijawab dengan pertanyaan tapi itu sudah cukup untuk mengiyakan yang bukan aku sorang je yang nampak lembaga tu.
Seram punya pasal, aku dan tunangku semacam ada persetujuan untuk tidak mengungkit pasal apa yang kami nampak tu, sehinggalah beberapa hari kemudian, kami sedang melepak dengan kawan-kawan kami yang duduk dalam kejiranan kami tu jugak. Kami tak ungkit pun pasal lembaga tu, tapi entah macam mana ada salah seorang kawan kami tu membuka cerita pasal dia ternampak makhluk pelik di sebidang ladang jagung yang baru dituai. Makhluk tu macam baboon seekor monyet, tapi badan tak berbulu, telanjang bulat, kurus kering tapi masa tu dia nampak makhluk tu tengah lari mencongklang macam monyet tu la. Kawan aku tu berandaian makhluk tu mesti tinggi kalau ianya berdiri.
Makhluk tu menghantui pemikiran aku bertahun-tahun lamanya. Sehinggalah baru-baru ni aku pun sajalah karang satu hantaran di Facebook aku pasal pengalaman aku nampak makhluk tu. Tak disangka-sangka, hantaran Facebook aku tu mendapat perhatian seorang kawan aku. Dia mesej aku, dia cakap mak dan kakak dia pernah nampak makhluk tu, tapi diorang nampak makhluk tu di kawasan lain yang agak jauh dari tempat aku nampak tu, tapi masih di daerah yang sama.
Aku pun buatlah siasatan dan temuramah aku sendiri di Facebook. Aku jumpa satu hantaran dari seseorang ni yang tempatnya hanya 20 minit je dari tempat aku, dia pun nampak benda yang sama. Lama kelamaan, benda ni jadi viral dan kecoh di daerah aku bilamana makin ramai yang mendakwa mereka nampak makhluk yang sama. Makhluk tu dapat gelaran baru lagi tu iaitu si perangkak (crawler).
Aku pun tak sangka jugak rupa-rupanya benda tu boleh dikatakan wujud sebab dah ramai orang nampak. Masa nilah jugak tunang aku tu bukak cerita. Tunang aku ni membesar di bandar bersebelahan tempat tinggal kami sekarang ni, dia cakap sebenarnya dia pernah nampak makhluk tu masa dia kecik-kecik. Dan aku pun teringat dulu kami pernah tidur dalam hutan di tempat dia tulah, malam tu aku terdengar bunyi tangisan bayi dari dalam hutan. Mungkinkah itu tangisan si perangkak tu?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi Ngeri
Kejadian ni berlaku 20 tahun yang lalu, tahun 2004. Ayahku seorang yang sangat alim. Dia cuma percaya pada kuasa Tuhan je. Dia tak percaya langsung dengan kewujudan makhluk asing, hantu, paranormal atau apa-apa sahaja yang kita boleh kategorikan sebagai benda tahyul. Tapi setelah apa yang terjadi pada ayahku pada tahun 2004 tu, setiap kali terkeluar topik macam ni dia mesti akan mengalih topik lain pulak.
Semasa kejadian tu, aku, ayah dan adik lelaki aku sedang bercuti di kem pemburuan milik keluarga kami. Masa tu sehari selepas Krismas, kem kami tu takdelah mewah sangat tapi adalah sebuah kabin yang dijadikan tempat tidur kami kalau kami ke situ. Tempat tidur kami pun cuma disusun katil 2 tingkat tu je. Sebab dah musim sejuk kan, jadi memang suasana dalam kabin tu sangat dingin la. Malam tu kami tidur awal sebab esok nak kena bangun awal kami nak pergi memburu pulak.
Nak dijadikan cerita, tengah-tengah malam tu tiba-tiba ayah aku mengigau teruk. Dia menjerit-jerit mintak tolong sambil tangannya terawang-awang di udara. Badannya pun berpusing-pusing kiri ke kanan sampai habis goyang katil dua tingkat tu. Jeritan ayah mengejutkan aku dan adik. Aku dan adik jadi panik bila ayah dah macam orang kerasukan. Tapi kami tetap jugak goyang-goyang badan ayah sambil merayu ayah bangunlah ayah bangunlah. Ayah aku pun buka mata, tapi sejurus ayah terbangun, ayah menangis pula. Ayah ambil sedikit masa untuk menenangkan diri sendiri. Aku pun bertanya kepada ayah, ayah mimpi apa ni? Seumur hidup aku tak pernah nampak ayah menangis macam ni. Ayah pun ceritalah yang dalam mimpi dia tu, dia nampak macam ada air laut yang tiba-tiba jadi banyak dan melonjak tinggi, air tu bertukar jadi ombak ganas yang sangat besar. Ayah nampak ada ramai manusia termasuk budak kecil yang jadi mangsa ombak tinggi tu. Tapi ayah cakap, manusia-manusia yang dia nampak dalam mimpi dia tu adalah orang Asia. Masa ni aku dah rasa agak pelik la sebab kenapa mimpi ayah tu lokasinya di Asia?
Pagi tu ayah takde mood nak memburu, kami pun baliklah ke rumah je hari tu. Bila kami sampai rumah je, baru kami dapat berita yang mengejutkan satu dunia masa tu. 26th Disember 2004, berlakunya satu gempa bumi yang sangat kuat sehingga menyebabkan berlakunya tsunami yang melanggar Pulau Acheh dan sekitar negara Asia Tenggara masa tu. Korang kena ingat ye, masa ni tahun 2000an akses Internet tak meluas macam sekarang ni. Nak pulak kat kem memburu kami tu jangan data Internet, tv pun takde. Jadi kami memang langsung tak tau adanya tsunami masa tu. Macam mana ayah pulak jadi insan terpilih termimpikan tragedi sebelum ianya berlaku, kami pun tak tau...

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 15-12-2024 03:29 PM
Anjing atau 'Anjing?'
Aku banyak kali jugak menyaksikan peristiwa yang tak masuk akal dalam hidup aku, tapi ada satu ni bukan aku je nampak, tapi abang dan ayah aku pun nampak sekali jugak.
Peristiwa ni terjadi pada tahun 1998, masa ni aku dan keluarga aku kami baru berpindah ke sebuah pekan kecil. Aku taknak cakap pekan tu kat mana, tapi aku boleh kasi petunjuk, pekan ni kat barat daya Houston, Texas. Kami menyewa sebuah rumah papan yang letaknya di pinggir pekan. Rumah ni ada laman belakang yang sangat luas. Di sisi yang bersebelahan dengan jiran kami dipagari dengan pagar berdaun rapat, manakala 3 sisi lagi tu cuma pagar dawai yang berketinggian 4.5 kaki tu je. Jiran sebelah kami ni rumah dia laman belakang dia hias dengan denai kecil dan diletak lampu. Bilik aku dan abang aku pulak sebenarnya dulu bilik riadah, yang mana bilik tu ada tingkap kaca jenis lantai ke siling dan menghadap laman belakang rumah. Katil aku dan abang pulak disusun bertentangan, kepala katil aku kat belah tingkap tu manakala katil abang aku pulak menghadap tingkap tu.
Satu malam tu, aku dan abang aku tak boleh nak tidur, kami pun bersembang-sembangla dalam gelap tu, sampailah tiba-tiba abang aku senyap. Aku ingatkan abang aku dah tertidur, tapi aku terdengar bunyi nafas abang aku jadi berterabur, dan dia macam berbisikkan sesuatu pada aku tapi aku tak dapat nak dengar apa yang dia nak cakapkan tu. Aku pun tanyalah, ko apehal bang? dengan kekuatan suara yang normal la. Dia cuma berbisik je. "Ko cuba cakap kuat sikit aku tak paham ko nak cakap ape". Abang aku berbisik kuat, 'diamlah wei, ko jangan bergerak. Duduk situ je!". Aku pulak masa tu budak berumur 10 tahun kan, dia cakap macam tu lagilah kuat rasa ingin tahu aku tu. Aku perasan yang abang aku macam menunjuk sesuatu ke arah tingkap tu, jadi aku pun dari posisi berbaring aku duduk dan berpaling ke belakang. Di belakang aku tu adalah muka seekor anjing yang sedang memandang ke arah dalam bilik kami. Masa ni hanya cermin tingkap tebal 10 inci tu sahaja yang memisahkan aku dan anjing tu. Aku pun apa lagi menjeritlah sekuar hati. Bila aku menjerit tu sepantas kilat anjing tu pun menunduk dan kami nampak anjing tu berlari merentasi laman belakang tu dan dengan selambanya melompat melepasi pagar dawai yang tingginya 4.5 kaki tu. Jeritan aku tu mengejutkan ibu dan ayah, lantas mereka pun bergegaslah ke bilik kami. Dengan tergagap-gagap kami pun ceritalah ada anjing mengintai kami di luar rumah. Ayah pun keluar rumah bawak senapang patah dia. Malangnya (atau nasib baiknya), ayah aku tak jumpe dah anjing tu. Mungkin anjing tu dah lari.
Ibu dan ayah berandaian mungkin kami ni mengigau kot. Malam tu aku dan abang merayu pada ibu ayah tolonglah benarkan kami tidur di ruang tamu, tapi ibu dan ayah tak benarkan. Kami dipaksa jugak tidur dalam bilik tu. Abang dah menggigil. Muka dia pucat lesi dan badan dia sejuk sangat. Dia macam sangat trauma dengan apa yang dia nampak tadi. Aku pun temankan abang tidur di katil dia. Sejam selepas peristiwa tadi, kami masih tak boleh tidur. Terutamanya abanglah. Kejung habis. Sedang kami berpelukan atas katil abang tu, kami berdua sama-sama nampak, ada satu binatang yang sangat besar sedang berlegar-legar di sebelah luar pagar dawai kami tu. Binatang tu besarnya macam ni, binatang tu sedang merangkak atas 4 kaki, tapi ketinggian bahu ia saja dah mencecah pagar tu. Ni dari jarak yang agak jauhla kami nampak dah besar macam tu. Binatang tu menghidu-hidu sesuatu di atas tanah, sambil berjalan berpusing-pusing macam anjing normal. Kemudian dengan selambanya ia melompat melepasi pagar dawai itu menuju ke arah kami.
Binatang tu semakin hampir ke tingkap bilik kami, dan ia cuba nak mengintai kami dalam bilik tu. Aku dan abang dah bersedia nak lari ke bilik ibu ayah apabila tiba-tiba BANG! kami terdengar bunyi tembakan diikuti cahaya yang seakan kilat. Badan binatang tu bergoyang ke sebelah kanan, sepantas kilat juga ia berundur dan terus berlari dengan lajunya meninggalkan rumah kami. Kami nampak sendiri binatang tu lompat pagar rumah kami tapi lompatan ia sangat jauh sejauh 15-20 kaki sebab binatang tu mendarat di laman rumah jiran kami! Kemudian binatang tu sambung lari lagi ke dalam hutan dan akhirnya susuk binatang tu tenggelam dalam kegelapan malam.
Aku terdengar bunyi pintu belakang dihempas kuat. Rupa-rupanya ayah yang melepaskan tembakan tadi, ayah terus kumpulkan kami di ruang tamu sambil menjerit-jerit, kita kena keluar dari sini sekarang jugak! Kami sempatlah sumbat kain baju skit dalam beg sebelum ayah bawak kami tidur di sebuah motel malam tu. Ibu terpinga-pinga jugak kenapa kami kena tidur motel malam tu. Jadi aku, ayah dan abang pun ceritalah kat ibu yang kami ternampak anjing gergasi kat rumah tu. Ayah cakap kat ibu, yang dia taknak dah balik ke rumah tu, esok kita kena cari rumah lain jugak. Ibu tolak mentah-mentah cadangan ayah tu sebab ibu dah suka kat rumah tu. Ibu beranggapan yang kami 3 beranak ni dah berpakat nak main-mainkan ibu je.
Tapi akhirnya 6 bulan kami berpindah keluar jugak dari rumah tu. Itupun sebab kami bertiga dah tak selesa nak duduk kat rumah tu, kami akan cari alasan untuk tidak tinggal di rumah tu. Setiap malam aku dan abang akan tutup tingkap tu dengan langsir, tak kiralah panas macam mana sekalipun tingkap tu mesti ditutup dengan langsir. Selama 6 bulan aku, abang dan ayah akan tidur dengan keadaan ketakutan, terasa seolah-olah binatang tu sedang mengintai kami. Bila kami pindah keluar je baru kami boleh tidur dengan nyenyak.
Okay korang dah dengar cerita aku dan abang kan? Macam mana pula dengan cerita ayah?
Ayah cakap, malam tu semasa ayah aku bergegas ke bilik kami, ayah perasan yang muka abang pucat sangat. Lagi satu abang aku ni seorang yang jujur, dari gerak geri abang pun ayah tak rasa yang abang bermimpi. Tapi ayah terpaksa mengiyakan cakap ibu yang tuduh kami mengigau ni, yelah suami mana tak takut bini? Jadi ayah pun tergerak malam tu dia nak berkawal di luar rumah. Ayah siap siaga dengan senapang patah dia menyorok di tepi rumah kami tu. Ayah nampak apa yang kami nampak malam tu, tapi ayah nampak versi live, dengan jelas sekali. Ayah kata dia dah pelik sebab binatang tu kalau nak kata anjing liar takkan besar gila macam tu , lepas tu gerak geri anjing tu macam bukan anjing normal, macam seseorang yang berpura-pura tiru pergerakan anjing.
Maksud ayah, bila anjing tu berjalan menuju ke arah bilik kami, sebenarnya anjing tu bukan berjalan di atas 4 kaki. Sebaliknya ia berjalan macam manusia tapi badannya dibongkokkan dan kaki depannya tak cecah tanah pun. Bila makin dekat lagilah badan dia yang dibongkokkan tu semakin tegak dan akhirnya berdiri macam manusia, sambil menjengukkan mukanya ke tingkap bilik kami. Ayah dalam keadaan terketar-ketar tu, ayah pun menghalakan senapangnye ke arah dada 'anjing' tu. Ayah yakin itu adalah bahagian jantung 'anjing' tu. Ayah pun tembak 'anjing' tu tapi apa yang mengejutkan peluru ayah seolah-olah melantun dari badan 'anjing' tu. 'Anjing' tu lari pun sebab terkejut bukannya sebab tercedera pun. Ayah yakin sangat yang tembakan ayah tu mengena sebab kami pun nampak badan anjing tu terlonjak ke kanan. Tapi bila ayah periksa laman belakang ayah cuma jumpa kelongsong peluru je, darah, cebisan daging, kesan tapak kaki atau apa-apa bukti yang menunjukkan 'anjing' tu ada malam tadi langsung takde.
Aku ada jugak buat kajian aku sendiri pasal makhluk tu. Rupa-rupanya baru aku dapat tau, kat Texas ni ada legenda yang tentang anjing atau serigala jadian ni. Boleh dikatakan semua bangsa yang duduk di Texas ni ada nama masing-masing untuk makhluk ni, ada yang panggil Dogman, ada yang panggil Chupacabra, ada jugak yang gelar ia sebagai La Trusa. Tapi sampai sekarang abang aku trauma nak tidur dengan tingkap terbuka....

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|