CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 28-12-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 28-12-2020 12:19 PM
Yezzz...thank you very much...

No problemo.. Hahahaha. Slow sikit sy bab translate ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Syok baca. Harap TT teruskan usaha untuk update cerita best- best lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Done khatam!!!

Besttt gilaaa thread ni..tq TT..waiting for the new updates!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Best2, iols menunggu sambungan je ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 10:38 AM | Show all posts
Setia menanti disini demi sebuah kesinambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 11:48 AM | Show all posts
Seram tapi best.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2020 10:26 PM | Show all posts
Gangguan di Loyalsock Trail, Pennsylvania

Peristiwa ini terjadi semasa aku masih belajar di kolej.  Kebetulan, tak jauh dari unversiti tempat aku belajar, dalam sejam jugakla memandu, terletaknya sebuah taman hutan yang agak popular  bernama Loyalsock Trail.  Aku ni memang suka aktiviti ‘outdoor’, tambahan pula aku ni dari kecik lagi dah aktif pengakap dan dah memang biasa bermalam dalam hutan.  Bagi aku, aku memang dah terbiasa dengan benda-benda dalam hutan yang bagi sesetengah orang mungkin menakutkan, bunyi rakun, lolongan serigala, itu semua dah macam lagu di telinga aku.  Sebenarnya, yang betul-betul membahayakan itu adalah manusia.

Sebab dah dekat kan, jadi aku ajaklah seorang lagi kawan yang ada minat yang sama dengan aku untuk merentas hutan di Loyalsock Trail ni.  Kami dah merentas sejauh kira-kira 20 batu, hutan pun dah mula menebal, semak samun dah makin padat.  Aku dan kawan aku memang sengaja tak ikut laluan yang disediakan, sebaliknya kami melencong skit dalam 100 meter dari laluan tu.  Strategi kami adalah nak carik lokasi bermalam yang orang tak lalu jadi kuranglah sikit gangguan kami nak relaks-relaks setelah seharian berjalan.

Strategi kami menjadi sebab akhirnya kami jumpa satu tapak yang memang cun lah.  Tempat ni memang agak jauh sikit dari laluan utama tadi, kalau kami bukak lampu suluh pun orang takkan nampak kami kat situ.  Tempat ni macam anak sungai yang bersambung dengan sungai, jadi bentuknya macam teluk sikit.  Dan nak masuk atau keluar tempat ni cuma boleh ikut satu arah je.  Korang bayangkan tempat tu macam ni, tapi lagi ke dalam la.

Malam tu aku dan kawan aku pun buatlah unggun api skit, masak makan malam, sembang-sembang sikit dan bila dah tengah malam, masing-masing pun dah penat, kami padam api dan masuk khemah masing-masing untuk tidur.  Masa ni tengah musim luruh, malam pun tak berapa sejuk, bulan mengambang penuh malam tu, tapi memang sunyilah tempat kami malam tu, yang kedengaran cuma bunyi air sungai mengalir dan cengkerik-cengkerik di hutan.  Malam yang best la untuk melayan perasaan, sampailah aku terdengar bunyi pelik..

Suara manusia.  Suara tu datang dari laluan yang kami masuk tadi.  Pada mulanya suara tu aku agak jaraknya dalam 100m macam tu. Aku tengok jam dah pukul 3 pagi. Sape pulak yang masuk hutan waktu macam ni?  Perlahan-lahan aku bukak khemah, aku tengok kawan aku pun dah terjaga dan tengah mengintai dari balik khemah. Kawan aku buat isyarat senyap jangan buat bunyi apa-apa.  Dia tunjuk jari ke arah kami masuk ke sini petang tadi, dalam samar-samar cahaya bulan mengambang, kami nampak ada 4 orang dewasa, sorang perempuan dan 3 lelaki tengah berjalan ke arah kami.

Kumpulan tu berjalan senyap tanpa bawa lampu.  Dari 4 orang tu, cuma seorang je yang bawak beg. Dari situ aku dah rasa pelik, lokasi kami sekarang ni boleh dikatakan 1/3 daripada keseluruhan jarak taman hutan ni.  Mustahil diorang ni masuk ke sini sebab nak bercamping atau merentas hutan dengan gaya santai macam ni.  

Sebagai persediaan, memang aku ada bawak parang kecil untuk potong kayu api. Aku pun cepat-cepatlah bawak keluar parang tu sebagai senjata untuk mempertahankan diri.  Aku dan kawan aku diam tak bergerak dalam khemah masing-masing.  Akhirnya kumpulan tadi sampai ke tapak perkhemahan kami dan dengan selambanya duduk mengelilingi unggun api tadi.  

Beberapa ketika kemudian, kawan aku memberanikan diri untuk tegur diorang. “Korang buat apa kat sini?”.  Tapi haram tak berjawab.  Sebaliknya salah seorang lelaki tu tanya pulak samada kitorang ada makanan ke tak.  Alasan yang dia kasi, diorang memang saja tak bawak banyak barang taknak beratkan beg.  Aku dan kawan aku pun cuma bawak makanan segera cukup-cukup untuk kitorang je.  Tapi untuk keselamatan, aku pun campaklah sebungkus untuk diorang.  

Dari dalam khemah, aku tanya bermacam-macam soalan pada diorang. Ni jawapan yang diorang kasik
  • Kitorang tak suka pakai lampu suluh. 2. Kitorang dah biasa dengan tempat ni. 3. Merentas hutan malam-malam lagi senang.  Memang jawapan yang tak masuk akallah.


Kali ni, kawan aku dengan tak segan-silunya halau diorang, mintak diorang tinggalkan kami.  Sebaliknya, diorang offer pulak nak nyalakan balik unggun api tu, pastu ajak kami lepak-lepak dengan diorang kat luar pulak.  Kitorang tolak mentah-mentah ajakan diorang.  Akhirnya kumpulan tu pun pegi jugak akhirnya, diorang berjalan keluar dengan senyap tanpa berkata sepatah apa pun.

Aku dan kawan aku perati je kumpulan tu pergi.  Malam tu memang kami bergilir-gilir jaga khemah kami sampai lah waktu pagi.  Tu pun kami rasa macam tak boleh nak tidur sebab takut kumpulan tu datang balik dan apa-apakan kami ke.  Pagi tu, kami pakat sambung tidur balik dan tak jadi nak teruskan perjalanan kami.  Kami tertidur sampai tengahari, hari tu jugak kami kemas-kemas keluar dari hutan tu.  Tu pun kami rasa macam peristiwa malam tadi tu macam mimpi. Betul ke terjadi atau cuma khayalan kami je, tapi kalau khayalan kenapa kami berdua berkhayal tentang benda yang sama?  Tapi, kami terjumpa topi di tengah jalan masa nak keluar dari tempat tu, rasanya salah seorang lelaki malam tadi yang tertinggal topi tu kot.  Sampai sekarang aku simpan lagi topi tu.

Walaupun peristiwa ni dah 8 tahun berlalu, aku tak pernah lagi masuk ke Loyalsock Trail.  Aku masih lagi sekali-sekala masuk hutan, tapi bagi aku, itulah peristiwa paling menyeramkan yang pernah berlaku pada aku.  Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa niat kumpulan tu masuk hutan malam tu…


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 11:52 AM | Show all posts
Kisah Sepasang Kekasih

Untuk posting kali ni, aku mintak maaf siap-siap sebab citer ni bukan citer hantu, tapi citer agak menyedihkan.  Peristiwa ni terjadi pada kawan aku 8-9 tahun yang lalu, tapi memang meninggalkan kesan mendalam pada diri dia sampai ke hari ni.  Kawan aku ni dulu masa kt universiti die amek bidang geologi, sekali tu dah keje jadi renjer hutan la pulak. Tu biasa

Kawan aku terperasan, ada sepasang suami isteri yang dah nampak berusia hari-hari datang ke taman yang dia jaga tu. Jadi suatu hari tu kawan aku pun tegurlah pasangan ni, makcik pakcik ni nak cari apa hari-hari datang sini? Oh rupenye pakcik ni penah melamar makcik ni kat dalam hutan tu, tapi pakcik tu dah tak ingat kat mana lokasi tepat dia melamar makcik tu.

Makcik pakcik tu tunjuklah gambar diorang bertunang dalam hutan tu, jadi berpandukan gambar tu, kawan aku ni pun berusahalah nak carik jugak tempat tu.  Yelah kawan aku kan keje kat hutan tu, jadi memang segenap inci hutan tu dia dah masuk.  Jadi kawan aku pun agak jelah ok lokasi tu kat sini, kawan aku ni siap bawak pasangan ni ke lokasi tu naik jip.  Akhirnya jumpalah jugak tempat yang dimaksudkan tu

Jadi kawan aku ni pun baliklah ke pejabat dia, taknaklah kacau pasangan tu mengimbau kenangan zaman percintaan dulu kan.  Tapi, kawan aku ni sepanjang hari tu ada rasa macam tak sedap hati.  Sampai pintu pagar taman dah kunci pun, dia perasan yang pasangan tu tak check out pun.  Jadi kawan aku ni pun pegilah balik ke tempat yang dia tinggalkan pasangan tu tadi.  Masa ni memang dah malam, sepatutnya taman tu dah takde orang.

Cari punya cari, yang dia jumpa hanyalah mayat. Ye pasangan tu ditemui mati di tepi sebuah sungai dalam keadaan berpelukan.  Kawan aku ni pun panggillah polis.  Polis datang, hasil siasatan awal,  pasangan ni dipercayai mati bunuh diri sebab polis jumpa botol-botol pil pada mayat pasangan tu.  Akhirnya, kawan aku dimaklumkan yang si isteri ni rupanya tengah tenat kerana kanser, dan memang pasangan ni dah rancang nak mati bersama, jadi mereka pilih untuk mati di tempat mereka memulakan hidup sebagai suami isteri...

Walaupun sedih, kawan aku kata mungkin pasangan ni taknak mintak tolong dia carikan tempat tu sebab taknak kawan aku ni dihantui rasa bersalah sebab tolong mereka ni bunuh diri.  Tapi itu tak cukup untuk buat kawan aku melupakan pasangan ini....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2020 11:53 AM | Show all posts
mobic replied at 28-12-2020 07:15 PM
Syok baca. Harap TT teruskan usaha untuk update cerita best- best lagi

tq uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 11:53 AM | Show all posts
auza_chiyoko replied at 29-12-2020 10:03 AM
Done khatam!!!

Besttt gilaaa thread ni..tq TT..waiting for the new updates!

tq uols sorry ek kalau kdg2 lambat hapdet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 11:54 AM | Show all posts
missinpiece replied at 29-12-2020 10:33 AM
Best2, iols menunggu sambungan je ni

tq uols insya allah i akan cuba lg cari citer2 menarik kt reddit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 11:55 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 29-12-2020 10:38 AM
Setia menanti disini demi sebuah kesinambungan..

tq uols for the support
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 11:56 AM | Show all posts

hehehe i pun seram gak dok translate citer seram. kali ni i cer cari citer yg tak brape nk seram.  hope uols enjoy baca yg tak brape seram ni. kasi i masa dulu nk hilang seriau hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 12:25 PM | Show all posts


Siapakah Pemuda Itu?

Aku bukan renjer hutan, tapi aku memang suka aktiviti merentas hutan ni.  Peristiwa ni terjadi masa aku merentas hutan bersama kawan aku di Andorra.  Andorra ni adalah sebuah negeri kecil yang letaknya di antara Perancis dan Sepanyol. Andorra ni kecik je tapi walaupun kecik tapi Andorra ni memang terkenal di kalangan pencinta alam sekitar dan pendaki tegar.



Nak dijadikan citer, aku dan kawan aku ni udah sesat plak sampai termasuk ke sempadan Sepanyol.  Kami jumpa laluan lain, cuma laluan tu takde dalam peta, dan kitorang amek keputusan nak ikut je laluan tu. Peta pun tak guna buat kitorang sesat sampai masuk negara orang.

Dah masuk laluan tu,  tetiba di hadapan kitorang, ada sesosok tubuh seorang lelaki tengah berjalan dalam laluan kami ni bersama-sama 2 ekor anjing jenis golden retriever. Anjing golden ni rupenye macam ni



Orang tu adalah seorang lelaki yang nampak muda, dan die pun bawak peralatan mendaki.  Kami rasa bersyukur jugak sebab akhirnya jumpa jugak orang dalam hutan ni. Kami pun tegurlah pemuda tu, kami pun ceritalah yang kami ni dah sesat sebenarnya, dan nak mintak tolong pemuda tu bolehlah tunjuk kami jalan ke bandar A? Pemuda tu pun setuju lah nak jadi pemandu arah kami, dan dia siap cakap lagi lokasi kami sekarang ni kat mana.  Pemuda tu cakap bandar A tu 12km dari sini dan ada hotel kat situ.  Tapi pemuda tu cakap jugak, sebelum bandar A tu, dalam 6km je ada bandar kecik sikitla, dan pemuda tu letak kereta kat situ.  Dia boleh nak tumpangkan kami ke bandar A tu, tapi dia nak cepat dan kitorang kene ikut dialah.  Kami dah happy sangatlah bila pemuda tu offer macam tu.

Jadi kami pun sama-samalah berjalan rentas hutan tu dengan pemuda tu berjalan di hadapan kami.  Anjing-anjing pemuda tu memang baik, tak takut orang dan suka main pusing-pusing  keliling kami.  Pemuda tu pun sama peramah jugak dan rajin jugak layan kami bersembang.  Tapi pemuda ni tenaga dia lain macam.  Dia jalan memang laju macam tak penat langsung. Kami pulak agak lambat sikit akibat penat masa sesat tadi.  

Ada satu laluan tu membelok ke kanan, pemuda tu dan anjing-anjing dia kan jalan dulu depan kami.  Kami ni termengah-mengah jugakla kat belakang ni. Tapi bila kami belok je, eh pemuda tu dengan anjing-anjing dia dah tak ada.  Terpinga-pinga jugak kami. Nak kata kami ni lambat sangat, jarak antara kami tadi takde lah jauh mana pun.  Kalau pemuda tu nak lalu jalan pintas, kenapa tak nak tunggu kitorang? Tadi dah janji nak tumpangkan kitorang sampai ke Bandar A.  

Aku dan kawan aku tunggu jugak dalam beberapa minit lagi kot la pemuda tu patah balik ke, tapi takde. Macam pemuda tu ghaib macam tu je. Kitorang taknak tunggu dah, lagipun hari makin gelap, jadi kami teruskan berjalan.  Tapi memang ye betul laluan yang pemuda tu bawak tu memang ada sampai ke pekan kecil yang dia maksudkan.  

Kami berdua sebenarnya memang betul-betul terkejut dengan kehilangan tiba-tiba pemuda tu, sampai sekarang kami yakin yang pemuda tu sebenarnya hantu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 12:47 PM | Show all posts


Kisah Pendaki Dari Filipina 1

Aku bukan renjer hutan, tapi aku ni memang pendaki tegar kat Filipina ni.  Peristiwa ni berlaku masa aku dan kawan-kawan aku tengah mendaki sebuah gunung di Luzon, tapi untuk trip ni kami mendaki di waktu malam.  Sebab dalam trip kali ni ada pendaki yang baru berjinak-jinak nak naik gunung kan, jadi kami pilih laluan paling senang la.  Kami bermalam di puncak gunung, dan dalam pukul 4 pagi tu kami pun kemas-kemas barang nak turun pulak dari gunung tu.  



Dah berjalan dalam 1 jam tu, tetiba ada orang perasan yang kami ni asyik lintas kat tempat yang sama je.  Dia terperasan ada sebatang pokok jatuh, dah beberapa kali dah kami lalu kat situ.  Laluan tu sebenarnya lurus je takde belok-belok, yelah laluan paling senang kan, dalam kumpulan kami ni pun ada beberapa orang yang biasa dengan tempat ni.  Pelik la pulak kali ni.

Dari menghabiskan tenaga pusing-pusing macam tu, nasib baik la ada seorang dalam  kumpulan ni macam ada ilmu sikit.  Dia mintak kami berdiri dalam bulatan, berdoa moga dibukakkan jalan, pastu letak makanan skit la sebagai 'habuan' kepada makhluk yang jaga tempat tu.  Lepas tu, barulah kami boleh keluar dari hutan tu dengan selamat.

Tapi ni bukan satu-satunya peristiwa misteri yang berlaku pada aku. Ada lagi sebenarnya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik TT
Semua besttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2020 01:57 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 30-12-2020 01:59 PM

Kisah Pendaki Dari Filipina 2

Kejadian ni berlaku pada tahun 2015.  Ada satu gunung aku panggil gunung GB jelah ye, kat daerah Luzon jugak. Kali pertama naik, saja nak test tempat tu, aku naik pada waktu senang.  Ok aku rasa memang trail dia memang senang dan santai, jadi aku pun ajaklah kawan-kawan lain daki gunung tu minggu depannya.  Tapi untuk trip kali kedua tu kitorang naik waktu malam, dan kitorang amek keputusan taknak upah guide sebab laluan dia memang lurus la senang nak ikut gitu.

Memandangkan aku dah penah pegi tempat tu, jadi aku pun dilantik la sebagai ketua kumpulan untuk trip kali ni.  Dalam kumpulan aku ni ada 5 orang je.  Kami pun mendakilah di waktu malam tu.  Dalam sejam mendaki tu, kitorang terdengar orang berbisik, pppssttt pppssstt pppssstt.  Kami 6 orang memang terdengar benda yang sama, tapi kami positif, tu agaknya bunyi orang kampung tengah sembang-sembang kot.  Sebab masa aku naik waktu siang tu memang aku perasan ada beberapa buah rumah dalam hutan tu.

Tapi lama kelamaan bunyi bisikan tu berhenti macam tu je.  Akhirnya kami sampai ke satu laluan yang agak sempit, sebab laluan tu diapit dengan tebing yang agak tinggi. Korang imagine macam ni jelah ye.



Memandangkan masa tu kami mendaki di waktu malam, dan jalan pun lurus je, aku tak perasan yang kawan-kawan aku dah tertinggal kat belakang.  Sampailah kawan aku kt belakang tu tegur, 'eh ko jalan depan tu cubalah suluh-suluh sikit depan tu ada apa?'.  Kalau korang penah mendaki waktu malam, selalunya orang akan suluh ke arah tanah sebab nak tengok trail.  Dah diorang tegur macam tu aku pun faham-fahamlah maksudnya diorang nak suruh aku tunggu diorang la tu, jadi aku pun berentilah jap dan pandang belakang, eh jauh jugak sebenarnya aku dah tinggalkan diorang.  

Sampai je ke tapak perkhemahan kami, aku pun tanyalah kawan aku tadi, kenapa ko suruh aku suluh depan?  Dengan selamba kawan aku tu pun jawab, 'ko jalan laju sangat sampai tak perasan ada budak kecik berdiri betul-betul depan kau tadi'.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 02:39 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 30-12-2020 02:42 PM

Kisah Pendaki Dari Filipina 3

Kat Filipina ni ada satu gunung yang agak misteri, nama rasminya Gunung C, tapi di kalangan penduduk tempatan ianya dikenali sebagai Devil Mountain.  Korang boleh google sendiri memang wujud gunung ni.  Banyak kes kehilangan orang dilaporkan berlaku kat gunung ni sampaikan akhirnya ia ditutup pada tahun 2016.



Antara kisah misteri paling ngetop pasal gunung ni tentang kehilangan sepasang kekasih yang mendaki gunung ni. Diorang ni mendaki dalam keadaan cuaca buruk, tengah ribut.  Gunung ni memang kalau hujan dia jadi berkabus. Ni gambar Gunung C tu memang aku amek dari blog orang yang penah datang sini.

Dalam keadaan macam tu pun diorang teruskan jugak mendaki. Sekali tu sampailah ke satu jalan yang bercabang, sepatutnya diorang masuk kanan untuk ke tapak perkhemahan diorang, tapi sebab cuaca buruk mata pun tak nampak, diorang masuk kiri pulak.  Akhirnya sampai sekarang kedua-dua pendaki tu tak ditemui.

Beberapa tahun kemudian, adalah sekumpulan pendaki ni  pegi naik gunung C ni, tapi diorang pakai guide yang juga penduduk tempatan kat situ.  Guide ni bawak diorang ikut laluan yang orang jarang masuk, yang cuma orang local je tau, dalam perjalanan tu diorang lalu di sebuah kampung kecil.  Diorang pun berehat la kejap kat situ, sekali tu diorang didatangi oleh orang tua kat kampung tu.  Orang tu nasihatkan diorang ni, ok diorang boleh naik, tapi kalau boleh jangan bawak perempuan.  Kebetulan memang dalam kumpulan tu ada sorang je perempuan.  Takkanlah diorang satu kumpulan ni nak tinggalkan perempuan ni bersama-sama dengan orang asing kan? Jadi diorang pun tolakla dan nak teruskan jugak perjalanan tu bersama-sama.  Guide yang ikut diorang tu pulak taknak ikut bila orang tua tu dah kasi amaran macam tu.  Dipujuk-pujuk pun guide tu berkeras taknak bawak diorang. Jadi kumpulan tu pun berbincang dan bersetuju nak naik je walaupun takde guide.

Dah naik tu, akhirnya diorang pun sampailah kat jalan yang bercabang tu.  Masa nilah masing-masing berbalah tak tau nak masuk cabang belah kanan ke belah kiri.  Tengah bincang-bincang tu, tetiba muncullah 2 orang pendaki, lelaki dan perempuan.  Diorang ni cakap diorang dah biasa dah dengan laluan ni, dan offer kat kumpulan ni untuk bawak diorang ke tapak perkhemahan tu. Jadi kumpulan ni pun setuju lah.

Kumpulan tu dibawak oleh 2 orang tu untuk masuk cabang belah kiri.  Kumpulan ni pun ikut jelah, sampai dah masuk malam, tak jumpa-jumpa pun tapak tu. Nak dijadikan cerita, hujan la pulak malam tu.  Lampu-lampu yang dibawak oleh kumpulan tu semua habis terpadam secara tiba-tiba.  Tapi kumpulan ni ikutlah jugak 2 orang tu dalam gelap-gelap sejuk malam tu.  

Nak dijadikan cerita, hujan pun berhenti. Lampu-lampu yang tadi terpadam tu terpasang balik.  Terpasang dengan tiba-tiba, sampai ada yang tak terperasan ada ahli kumpulan tu dah terlajak jalan, tergelincir dan hampir nak jatuh dari tebing.  Nasib baikla ahli tu sempat diselamatkan. Bila tempat tu dah jadi terang dengan suluhan lampu diorang, baru kumpulan tu terperasan, 2 orang pendaki yang guide diorang dari tadi tu, dah takde....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 04:02 PM | Show all posts
cite best tp menakutkan  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 07:29 PM | Show all posts
Sahabat Setia Ke Akhir Hayat

Aku dah 15 tahun bekerja sebagai renjer hutan di Jabatan Perhutanan USA, banyak kisah suka duka pelik misteri yang aku alami sepanjang aku bekerja sebagai renjer ni. Tapi ada satu pengalaman ni yang aku tak boleh nak lupakan.  Walaupun cerita ni tak seram macam orang lain punya pengalaman, tapi bagi aku ianya agak istimewa dalam hidup aku.

Peristiwa ni berlaku pada tahun ketiga aku sebagai renjer hutan.  Pejabat aku terima aduan dari pengunjung taman tentang seekor serigala hitam yang berkeliaran dalam hutan tu. Pada awalnya kami cuma abaikan je aduan tu sebab hutan ni bukan habitat serigala. Jadi mustahil la ada serigala, mungkin tu cuma khayalan diorang je.  Aduan yang diterima pun pasal orang nampak je, takde aduan serigala tu menyerang ke ape ke.  Tapi bila dah makin banyak aduan demi aduan, kami pun terpaksalah ambil tindakan.  

Aku bertolak dari pejabat renjer aku dalam tengahari macam tu menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh pengadu-pengadu tadi.  Berpusing-pusingla jugak aku kat tempat tu sampai 3 jam, tapi tak jumpa pun.  Aku pun penat jadi aku duduk berehat minum air makan-makan kuaci skit.  Masa aku duduklah serigala tu tetiba muncul 20 kaki dari tempat aku duduk tu.

Setelah diamati, rupanya haiwan tu bukan serigala, tapi seekor anjing besar berwarna hitam, siap ada kolar anjing lagi.  Aku tengok anjing tu macam tak ganas, aku bersiul panggil anjing tu dan anjing tu pun berjalanlah ke arah aku.  Maksudnya anjing ni bukan anjing liar, anjing orang bela ni.  Jadi aku pun contact la pejabat aku menggunakan radio. Tapi bila aku sebut je yang aku akan bawak anjing ni balik ke stesen, anjing tu macam faham pulak aku cakap apa dan terus melarikan diri.

Tapi anjing tu takdela pecut mana pun. Dia macam main-main pulak, dia lari pastu berenti kejap toleh kat aku, bila aku dah dekat dia lari lagik.  5 minit jugakla kami main kejar-kejar dalam hutan tu.  Sedar-sedar je aku dah sampai ke tebing sungai yang berbatu.  Anjing tu pun dah mula perlahankan langkah dia, hinggalah akhirnya anjing tu aku tengok berlegar-legar di satu tempat.

Aku pun cubalah mendekati anjing tu. Dari jauh aku nampak kat tempat tu macam ada timbunan. Mula-mula aku tak perasan apa tu, dah dekat baru aku perasan rupanya timbunan tu sebenarnya adalah rangka manusia.  Menggelabah la aku masa tu. Cepat-cepat aku contact stesen aku suruh datang segera, aku ceritakan apa yang aku jumpa kat situ.  Tanpa aku sedari, anjing tu dah hilang.  Tapi takpelah, anjing tu tak penting, ni mayat manusia depan aku nak kene selesaikan dulu.

Aku dapat tahu, yang mayat tu milik seorang remaja lelaki, yang dipercayai mati bunuh diri.  Mendiang ni memang dilaporkan hilang lama dah sebelum aku masuk kerja lagi.  Tak berapa lama kemudian, ibu mendiang ada menghubungi aku nak ucapkan terima kasih sebab jumpa mayat anak dia.  Aku pun berterus-terangla yang penemuan aku tu bukan disengajakan.  Bila aku sebut pasal anjing hitam je, si mak tu terdiam.  Si mak tanya pasal anjing tu, rupanya macam mana dan sebagainya.  Bila aku cerita je, mak tu pun cakap, dia rasa anjing tu adalah anjing anak dia.

Tapi, anjing tu dah lama mati, sebelum anak dia hilang lagi. Anak dia tu tak pandai bergaul dengan orang tapi sayang sangat dengan anjing dia.  Bila anjing dia mati, anak dia pun masuk hutan tu dan terus hilang.  Terkedu jap aku.

Sememangnya selepas mayat tu ditemui, tiada lagi aduan penampakan serigala hitam di hutan tu. Entahlah, jauh di sudut hati aku yakin yang aku jumpa tu adalah roh anjing peliharaan remaja lelaki tu.  Mungkin anjing tu nak orang jumpa mayat tuannya……


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.885603 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list