Anugerah Figura Cari (AFC) merupakan suatu inisiatif yang dibuat oleh forumer Cari (ahli berdaftar forum interaktif CARI) bagi meraikan figura awam (public figure) yang telah mencuri tumpuan masyarakat umum, menghiasi dada-dada akhbar, menjadi bahan sensasi berita-berita media cetak, elektronik juga digital bagi tahun-tahun tertentu yang dipilih secara tahunan. Bukan sahaja penggiat-penggiat seni, aktivis politik, atlet sukan yang mengharumkan nama negara malah warganet segera kenal(instafamous netizen), cabaran-cabaran viral, produk-produk tular dan jenaka hasut maya (troll) juga tidak terkecuali.
Dalam erti kata yang lain, sesiapa sahaja tak mengenal usia, warna juga fizikal yang berjaya melakukan "penetrasi" memperkenal dan memperkukuh nama dan jenama sendiri pada tahun tersebut BERJAYA mencetuskan fenomena (baca:viral) DAN harus memenuhi kriterea-kriterea berikut :
(i) Dahulunya kurang dikenali, tapi sekarang lebih dikenali seantero buana. Orang sudah mula peduli dan ambil tahu apa aktiviti dan tingkah lakumu. Jika ada haterz itu salah satu petanda utama.
(ii) Dulu sendu, kini mula menyerlah. Sudah nampak bakat yang dipertaruhkan. Potensi dalam diri sudah dicungkil keluar.
(iii)Anjakan paradigma sebagai signifikasi kareer pada tahun tersebut, di mana mereka berjaya melangkah lebih jauh dan melakar sesuatu momen indah dalam landskap kareer mereka.
Sejarah
Pada mulanya undian dibuat secara terbuka (tanpa kategori) pada tahun 2015 dengan bebenang undian (poll thread) bertajuk Figura Cari 2015. Kemudian, pada tahun 2017, penjenamaan semula dilakukan dengan memperkenalkan beberapa kategori untuk diundi secara atas talian tanpa had. Mulai tahun 2017, nama Anugerah Figura Cari (AFC) telah dimasyhurkan.
Hadiah dan Tajaan
Setakat hari ini, anugerah ini tiada menyediakan hadiah kepada pemenang kerana undian cuma dibuat di alam maya dan dibuat secara suka-suka yakni inisiatif forumer Cari bagi memeriahkan landskap dan industri dan sebagai satu apresiasi bagi meraikan mereka yang mencuri tumpuan sepanjang tahun tersebut.
Anugerah ini juga tidak pernah mendapat tajaan cuma Forum Cari menjadi platform utama terutama malam kemuncak, pengumuman barisan pemenang hasil undian warganet.
Sepanjang 5 edisi, beberapa nama telah dinobatkan sebagai Figura. Dimulakan dengan Siti Nordiana, Nabila Huda (unofficial), pasangan Fazura & Fattah Amin, Zamani Ibrahim serta k-Clique selaku pemenang paling mutakhir.
Dan hari ini, 17 Disember 2020 undian mula dibuka jam 8 mlm.
Tema & Pemenang
Warna ungu sering dipilih sebagai latar utama.
Tema AFC bermula pada tahun 2018.
2018 - "Ledakan Fantasi di Alam Maya"
2019 - "Menerjah mimpi, merentas imaginasi"
Dan pada edisi ke-6 AFC2020, temanya adalah Pesona Kebangkitan Personalia (PKP)! yang akan menyaksikan 40 + 1 Kategori dipertandingkan. Pertambahan sebanyak 3 kategori.
Anugerah Asian Academy Creative Awards pun ada 40 awards (yg Miller Khan menang Best Supporting Actor bg drama bersiri The Bridge 2)
Aiyo banyak ke 40 kategori? Hello.. Anugerah Muzik Indonesia (AMI) yg baru berlangsung ada 53 kategori ya. Berlangsung sewaktu pandemik Covid-19 lebih dahsyat di Indonesia ya.
Grammy pun ada lebih 80 kategori. Tahun 2021 ni ada 83 kategori.
Jadi apalah sangat 40 + 1 kategori ni khens??
Dan berikut adalah tarikh penting yach :
Undian bermula - 17 Disember 2020 (8:00 PM) - 16 Januari 2021 (7:59 PM) Tempoh mengundi - 30 hari (Jumlah kategori : 40)
Pengumuman Top 7 - 7 Januari 2021. Jam 12 PM
Malam Kemuncak AFC 2020 - 17 Januari 2021, 5:00 PM - 12:00 AM
p/s : Nanti akan ada Purple Carpet... sapo nk jd award presenter?? DM iols utk pilih kategori mana uols mahu?
Figura 2020 (Figura paling diCARI - yg mendapat paling bnyk undian antara pemenang setiap kategori)
Anugerah Kemuncak Kareer (Bidang Seni)- Lelaki/Wanita
Trofi Tun M (King/Queen of come back)
Mahakarya 2020
Trofi Thanos (Watak Paling Menyengat)
Parody/Action (The Challenge 2020)
Wedding of the Year 2020
Dynamic Duo
Entertainment pH Industricator (EPI): Pencapaian/ Gosip & Kontroversi
Kategori (B) - Breakthrough
Trofi Finally..akhirnya menyerlah (FAM)
Penyanyi Lelaki/Perempuan/Group/Duo/Kolaborasi BBNU Kegemaran
Aktor/Aktres BBNU Kegemaran
Hos/Pengacara/Penyampai Baru Nak Up
Bintang Bukan Melayu Baru Nak Up
Bintang Baru Nak Up Dari Seberang/ Tetangga / Internasionale
2020 Social Media Influencer (Solo)- Lelaki/Wanita, Teams/Page/Studio
Atlet Paling Perform
Underage Exposure
Edisi Menganjak ke Alam Dewasa (EMAD)
Kategori (C) - Rencam
Tokoh Figura Awam (Lelaki / Wanita)
Wajah Viral
Ikon Islamik 2020
Video Viral di Malaysia 2020
Line Paling Gempak 2020 (LPG 2020)
Berita Tular Tersebar (BTT) 2020
Produk Laku Keras / Aplikasi Digital Viral 2020
Hasut Maya (Troll) 2020
Ikon Masih Misteri
Instant Haterz by Nurtizen
Kepergian Tragis & Tular 2020
Anugerah Khas Juritizen 1 : Bajet-bajet Nak Up Tetap Sendu (BBNUTS)
Anugerah Khas JuriTizen 2 : The Clans
EKSKLUSIF di bebenang ini hari ini. Aiols reveal awal yer.. nominasi awal 2 kategori ni. Pada tahun lepas Anugerah Kemuncak Kareer (Bidang Seni) membariskan calon lelaki & wanita. Pada tahun ini dipecahkan kepada 2 kategori Lelaki & Wanita memandangkan kategori Wanita banyak nama yg layak untuk dijulang dan diangkat dan patut disenaraikan.
Apakah syarat utk tercalon dlm kategori ini? - Sepanjang tahun 2020 konsisten ada karya, menjadi tumpuan ramai & beroleh kejayaan
Sekarang , TT akan buat justifikasi mengapa 50 NAMA ini tercalon kerana menepati kriterea di atas.
Anugerah Kemuncak Kareer (Bidang Seni) - LELAKI
1) Adam Lee - Budak Tebing, Rindu Yang Terindah (back-to-back), Bidadari Salju.
2) Aedy Ashraf - Budak Tebing (TV3), Heri Bota, Memoir Kamila (RTM), Satu Kampung Dua Orang, Dua Takdir Cinta, Biar Mereka Cemburu (Astro) dll
3) Aepul Roza - beraksi di AJL34, cipta lagu Kayangan,JBKT, Hanya Kamu, Entah Apa
4) Andi Bernadee - Shimmy + Penat (8.4 juta + 4.1 juta views), berlakon Balik Kampung Tak Lonely Lagi di samping mummy Mas Idayu. Rajin bertiktok dgn content dan suntingan kemas
5) Azarra Band - Jaga-jaga + Pendam (13 juta + 2.3 juta views)
6) Azmi Zainal @ Boss Susu - penaja utama Immortal Songs Malaysia & GV7 + ASEAN Business Award
7) Cliff Umar - Juara GV7
8) Dato' Rizalman Ibrahim - Kesuma Jiwa (pengumuman bersara) & laris menjual apa saja pasti laku keras
9) Faradyable - dub parody di IG (artis banyak sokong & beri komen seperti FT & TokTi)
10) Haqiem Rusli - Bintang Paling Popular ABPBH, Bangkit, Adlina Marie, Lara, Mimpi (Total views lebih 5 juta views)
11) Jordan Yeoh - Subscribers Jordan Yeoh Fitness 2.87 Juta, menjadi rujukan penggiat fitness terutama waktu PKP
12) Khairul Aming - 30 Hari 30 Resipi Tahun ke-3 featuring suara FT & DSSN
14) Michael Ang - watak utama Kasih Tau Foo Fah, Mike & Mark Diari Mualaf, juri The Masked Singer Malaysia, direct Perempuan Tanpa Dosa
15) Naim Daniel - Juara AJL34, Lara, Purnama, hero Lelaki Lingkungan Cinta, Aku..Bunga, Aku OCD, Lagu Untuk Suri & Pak Kodi 5G
16) Nadhir Nassar - Hero Remaja 2020
17) Puteh - Juara MLM setelah beberapi kali mencuba
18) Quek Shio Chuan - Guang, Filem Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP)
19) Redza Rosli - Rindu Yang Terindah, Seadanya Aku, Tak Sempurna Mencintaimu, Derai, Tuhan Lebih Tahu Aku
20) Saharul Ridzwan - Korban Kasih, Camelia, Cinta Sekali Lagi
21) Shukri Yahaya - Di Hujung Ranting, 7HM2, Kelmarin Cinta
22) Sofyank - video kreatif termasuk promosi Perodua Aruz
23) Syahmi Sazli - Mael Totey the Movie
24) Syazuwan Hassan - Cindai, Titian Takdir, Jihad Ramadan, Jodoh Tersasar Alamat, Lelaki Lingkungan Cinta, Bidadari Salju
25) Wafiy Aan - SMK, Cinta Itu Fairytale, Lat Tali Lat cecah 2 juta views
Anugerah Kemuncak Kareer (Bidang Seni) - WANITA
26) Aina Abdul - penyertaan di AJL34, juara The Masked Singer Malaysia serta lagu Semalam, Maybe/Kelip-kelip
27) Alena Murang - Best Styling Award, Buenos Aires Music Video Festival (BAMVFest) 2020 @ Argentina
28) Alyssa Dezek - Lagu Untuk Kamu memegang rekod MV paling banyak views di Youtube lebih 100 juta views
29) Amelia Henderson - teraju utama drama Pengantin Satu Malam, Rindu Yang Terindah
30) Ayda Jebat - masih laris sebagai heroin drama Cindai, Bukan Gadis Biasa dan endorsmen 8 jenis produk di samping kisah cinta
31) Cik B - Lelaki Lingkungan Cinta, Tolonglah, MV Mudah Bagimu, Muzikal Lawak Superstar 2
32) Datin Ezuryn Khyra - drama realiti The House trending dan menjadi bualan daripada episod pertama
33) Elly Mazlein - rebranding Kak Lina pom Pom, di samping watak Mona Selamat memacu kareernya lebih jauh di samping wedding yg grand
34) Ernie Zakri - mula mengenakan hijab dan ada lagu yg trending : Gundah (10 juta) & Boneka (3 juta) di samping pertunangan dgn Syamel
35) Jasmine Suraya Chin - banyak drama lakonan JSC (Adellea Sofea, Daulat, KL Gangster Underworld, Bidadari Salju) di samping gosip bersama Baby Pian + MV Janji
36) Kowachee - Juara Ceria Megastar yg forte nya tarian
37) Lily Samsuddin - Pengarah MV paling prolifik 2020 : AEWO, Peluang Kedua, Siapa Tak Mahu, Gila, Lara, Purnama dll
38) Maya Karin - Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem & TV Ramsgate, England + filem Bulan & Pria Terhebat + trending muncul dlm Sepahtu Reunion LIVE
39) Melinda Looi - pereka fesyen yg banyak membuat PPE untuk front liners
40) Mimi Lana - watak utama Chandelier, Hati Yang Tersakiti, Saka Nan Sepi & Racun Suami Jahanam
41) Nabila Razali - Peluang Kedua & Cute (total lebih 40 juta views), Seindah 7 Warna Pelangi, Kebaya Kasut Kanvas, Biar Mereka Cemburu, Cik Petir Putrajaya serta jurucakap BeFine, Beautessence
42) Nur Amira Syahira - subscribers di Youtube 2.42 juta
43) Qila - Juara Ratu Hijabista
44) Sherry Alhadad - pemenang Artis Komedi Popular dan Pengacara Popular ABPBH, Bikin Filem, Saka Nan Sepi, Aku Benci Kpop
45) S. Pavitra - boom di Youtube dengan masakan dengan cara tersendiri. Antara golongan B40 yg berjaya, sehingga berpeluang menjadi model
46) Sarah Suhairi - ada lagu duet yg berjaya : Bicara Rasa & Entah Apa di samping mengukuhkan fan base dari kalangan kanak-kanak (Salam Squad 2.0 dan lagu Takkan Tak Tahu bersama Didi & Friends) Total views lebih 22 juta
47) Shiha Zikir - bakat membawa watak komedi/parodi mula menyerlah di samping lagu AEWO dan mara ke AJL35 dgn lagu 7 Nasihat menggantikan Tokti
48) Siti Saleha - 2 drama blockbuster : 7HM2 (mainstream), Black (digital/stream)
49) Zara Zya - late boomers yg masih menjadi pilihan penerbit sebagai watak utama Seadanya Aku, Korban Kasih, Beri Sedikit Waktu, Aku Tak Gila, Mencari Nur
50) Zizi Kirana - EH! Lirik yg jadi modal royanan intelektual + 4 Dara, Purnama, Tentu (Total lebih 20 juta views), mara ke AJL35