CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2463|Reply: 6

Azman Adnan Saran Ikut Jejak Safawi, Luqman - Berita Harian

  [Copy link]
Post time 21-12-2020 12:47 PM | Show all posts |Read mode

Luqman Hakim Shamsuddin (kiri) dan Safawi Rasid. - Foto ihsan vocket fc.


Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Azman Adnan percaya skuad Harimau Malaya akan menjadi lebih mantap sekiranya lebih ramai pemain muda mengikut jejak langkah Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid untuk beraksi di luar negara.

Dia yang juga bekas penyerang sensasi Selangor berkata pemain muda akan mendapat pengalaman sangat berguna di luar negara yang pasti berbeza dengan apa yang mereka peroleh di Liga Malaysia (Liga M).

Katanya, sudah tiba masa untuk bola sepak negara melangkah jauh ke depan dengan mendedahkan pemain muda yang berbakat kepada pengalaman beraksi di luar negara.

"Kalau lagi ramai bermain di Eropah, lagi bagus untuk pasukan kebangsaan. Kita dapat lihat macam pasukan Jepun, berapa ramai pemain mereka bermain di luar negara?

"Jadi kita cuba ambil satu langkah ke depan. Jika ada pemain kita yang betul-betul berbakat, kita hantar, kenapa tidak mencuba? Tak cuba tak tahu, yang penting kita cuba, sentiasa positif.

"Kalau ada lapan pemain, tidak kisah (bermain dengan) kelab mana-mana atau divisyen berapa pun, tapi bila dia balik, dia akan dapat pengalaman yang berbeza daripada Liga M," katanya.

Luqman ketika ini beraksi di Liga Belgium bersama kelab KV Kortrijk manakala Safawi pula menyertai kelab Portugal, Portimonense SC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Safawi bagaimanapun dilaporkan akan kembali ke pangkuan JDT musim depan, sekali gus kemungkinan tidak akan menamatkan tempoh pinjaman selama semusim itu.

Ditanya mengenai perkembangan itu, Azman bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menjelaskan hanya Safawi dan JDT yang mengetahui apa yang mereka lakukan.

"Ini bergantung kepada Safawi dan pengurusan (JDT), mereka yang lebih tahu. Saya tak boleh nak buat apa-apa komen. Sama ada dia balik atau tidak balik, itu antara mereka," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2020 03:08 PM | Show all posts
macam mana nak main luar kalau player kat malaysia ni overpaid gaji tinggi sangat. chanatip yang main top liga jepun pun gaji lagi murah dari sebahagian player local.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu ada tgk gambar azman adnan. Rasanya yg latest. Kalau tak letak caption kat situ, iolss tak tau yg tu AA. Macam mat pit dah iolss tgk.
Ampunnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
NBH replied at 21-12-2020 03:08 PM
macam mana nak main luar kalau player kat malaysia ni overpaid gaji tinggi sangat. chanatip yang mai ...

Kalau buh ayat ni kat fb, ko akan dicop dengki
Xkan nak beli beras dgn lencana...katanyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni bab bola x tau sgt ...tapi igt lg ada gak pemain malaysia yg Indonesia amik dulu kan....lupa dah nama dia ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 10:54 PM | Show all posts
haruslah replied at 21-12-2020 08:23 PM
Kalau buh ayat ni kat fb, ko akan dicop dengki
Xkan nak beli beras dgn lencana...katanyaaaa

pui. beli mustang bergambar macam tokey mlm tapi main macam haram.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2020 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa banyak pengalaman yg diperlukan player baru untuk jadi pemain hebat macam Supermokh, 100 tahun pengalaman pun tak cukup, kalau yang difokusnya hanya duk kehulu kehilir dgn gf, tayang baju brand2, kereta mewah.
Buang masa & tenaga rakyat Malaysia menunggu sahaja.

Malaysia tak kan ada player legend baru buat masa sekarang, sebab yang memimpin pemain muda semua haprak, Beckham dulu dah established kot tetap Sir Alex memberi tanda amaran di dahi akibat dia extra fokus dengan lifestyle dia dgn Victoria, selamat dicampak ke Real Madrid,

Player sekarang, langsung tak established tapi besar kepala, dia tuan besar, semua ikut telunjuk, dia nak ke langit kau hantar, dia nak balik bumi kau ambil balik, kau sebagai coach/manager/ketua, kau adalah hamba abdi dia, dia main macam tahi, kau nak sub dia keluar pun gigil2 serupo ponde, kau dah bagi taktikal baik dia main serupa sampah, kau salahkan diri sendiri, player tetap terbaik

Malaysia nak cipta player2 baru setaraf Supermokh, tapi tak ada pemimpin rare macam Sir Alex, minta maaf, lambeeeeeeeeert lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065956 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list