CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Cumikucingku

Adakah wakaf merupakan cara terbaik untuk kirim pahala kepada arwah?

[Copy link]
Post time 26-12-2020 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 21-12-2020 07:38 PM
Tu la agak pelik...

Bila buat surat bagi kepada ibubapa pelajar  tajuk sumbangan surau (seikhla ...

Sedekah dan Wakaf berlainan .Konsep tak Sama .Hayati hadis tentang 7 jenis sedekah pahala berpanjangan .Mcm niat juga .Niat menentukan pahala .Contoh ,Aku niatkan RM10 Beli Quran untuk diwakafkan ke Masjid surau .Aku niatkan RM10 untuk pembelian makanan berbuka puasa Dalam Ramadhan .Niat menentukan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by abcdotcom at 31-12-2020 07:21 AM

MAKSUD WAKAF

Dari sudut bahasa :

Al-Waqf () bermaksud harta yang diwakafkan
Al-Habs (    ) bermakna harta itu ditahan
Al-Mana’(   ) bermaksud dihalang

Dari segi syarak :
Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

Wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)
Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.

Wakaf am bermaksud  sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.

Wakaf khas pula bermaksud  wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hokum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.


RUKUN WAKAF

Orang yang mewakafkan. ()
Pihak yang menerima wakaf. ( )
Benda yang diwakafkan.  ()
Suratan yang berkenaan dengan wakaf termasuk wasiat (juga dikenali dengan sighah wakaf. ()
KADAR NISAB
KADAR NISAB ZAKAT SEMASA TERKINI :

RM 21,556.65

* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.

* Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.

Sistem MAIJ




Staf MAIJ
emel utk staf maij

Waktu solat


Waktu Urusan Pejabat & Kaunter
Ahad – Rabu
(8.00 pagi – 4.00 petang)
Khamis
(8.00 pagi – 3.00 petang)
*Jumaat & Sabtu (Cuti)

Alamat Ibu Pejabat
MAJLIS AGAMA ISLAM
NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok 'B', Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar, 80990,
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Hubungi
07-2282929 Fax: 07-2238752

zakat@maij.gov.my

140,687
2020 Majlis Agama Islam Negeri Johor - WordPress Terima kasih mod kedekut bagi 5 kredit je .Medangmru bagi 100 .Thanks juga mod rajin panggil Supermod troublemaker kan aku hahaha ....Jangan lupa up balik jadi Legenderer terus hahahaha .....Kasihan mod .Keje xda gaji elaun ,dapat Nama Kan Kan Kan .4 momod Jaga bod tapi sendu sesendu ya .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 03:16 AM | Show all posts
abcdotcom replied at 26-12-2020 03:09 AM
Boleh bagi full hadis dan perawi ?

Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”
(Surah Al-Munafiqun 63:10)

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 26-12-2020 03:16 AM
Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yan ...

U tulis hadis tp knp BG ayat Quran Pula ???
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 04:35 AM | Show all posts
abcdotcom replied at 26-12-2020 03:25 AM
U tulis hadis tp knp BG ayat Quran Pula ???

i silap le tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 26-12-2020 04:35 AM
i silap le tu.

Jgn baca maksud ayat Quran sahaja Tanpa konsisten membaca tafsir muktabar .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-12-2020 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 23-12-2020 08:53 AM
wakaf - pahala yg berterusan selagi mana orang memanfaatkan apa yg diwakafkan. object wakaf tu apa a ...

Ye... dgn sedikit pengalaman yg sy  br dpt ni sy rasa sumbangan wakaf lebih laju...berbanding letak tabung...
Dengan sekadar sy wasap2 je dlm seminggu .. dah hampir 50 lot di ambil org..
tu br sy sorg yg send wasap...
Klu bekejesama ramai2 tolong... contoh 100org sukarelawan... dah 50k lot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
abcdotcom replied at 26-12-2020 03:08 AM
Title ustazah ,Ustaz bukan jaminan syurga .Dalam Quran hanya dijelaskan HANYA orang beriman ke syu ...

Tp lumrahnya begitu...

Title tu membawa kepada "percaya".

Tima kase abcdotcom tolong replykan beberapa post tentang wakaf.

Sy kurang arif.. hanya bantu kutip saje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 07:24 PM | Show all posts
Cumikucingku replied at 28-12-2020 02:10 PM
Tp lumrahnya begitu...

Title tu membawa kepada "percaya".

it is okay....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 07:22 AM | Show all posts
Seeloknya segala sedekah & wakaf kita doakan buat utk ibubapa kita. Mereka dpt pahala kita pun dapat pahala.

Ini video yang pernah saya dengar. Dengar dari  mula ya banyak ilmu tapi kalau malas boleh terus pergi Min ke 20

Dato' Baderudin Ahmad - Sedekah Yang Paling Afdal

https://www.youtube.com/watch?v=NHs4Y1IqQKw


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 18-5-2021 02:16 AM

Amalan Kekal Selepas Kematian
Maksudnya:
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.

Apakah maksud sebenar (berdasarkan apa yg saya faham ye).
1) sedekahnya si mati sewaktu hidup
2) ilmu si mati yang bermanfaat kepada yang hidup
3) doa Anak soleh (secara umum)

Nah, jika benar Kita bagi sedekah untuk ibu bapa kita yg sudah pergi ke sana, kan lebih baik Kita sedekahkan utk diri sendiri, mudah-mudahan, Allah s.w.t pandang Kita lalu diri kita diberi kuota untuk membantu ibu bapa kita dihari akhirat kelak?

Jika dulu, mak ayah aku, Tak pernah bersedekah, aku sedekahkan kepada anak2 yatim, lalu mereka mendoakan kepada mak ayah aku. Yang ni BARU DITERIMA DALAM BERAMAL.

Sebodoh2 aku lah kan, Mana ada kewajaran untuk bersedekah bagi pihak orang yg sudah meninggal dunia. Boleh jelaskan, mangkuk ayun Mana yg ada buat perjanjian dihadapan Allah s.w.t meminda maksud pada makna takwil, langsung menyatakan itu sebahagian dari ijtihad para ULAMA2 yg berkenaan?

Come onlah, bila Allah s w.t memberikan Harta kepada kamu, sedangkan harta itu dari kedua ibu bapa kamu, makanya, fahamilah dengan kewarasan akal bukan pula memegang anggapan lalu dijadikan ijtihad.

Bagi sayalah kan, amat jelas, sedekah jariah itu ditujukan khas untuk si mati ketika hidup, ilmu si mati ketika hidup lalu ketika meninggal dunia, ianya diamalkan oleh orang lain (yg mengetahuinya) Dan doa Anak yg soleh (yang ini umum, Anak angkat yg soleh pun boleh, Anak yatim yg soleh pun boleh atau lebih baik... Anak soleh kepada si mati)

Saya pegang ijtihad yg Saya maksudkan. Kerana, kalau Saya keje sedekah untuk ibu bapa yg meninggal dunia, sedangkan amat jelas, mereka pula sudah terputus amalannya di dunia, Saya pulak Tak der sedekah pun keje sedekah untuk mak ayah aje, nak cuci hati diri sendiri macam Mana ek?

Makanya, sedekah yg Allah dan Rasul maksudkan itu merujuk kepada sedekah yg tidak putus2 sewaktu si mati masih hidup (contoh2nya sedekah kepada surau, masjid, kubur Dan sebagainya). Dan urusan sedekah ni HANYA untuk yg masih hidup. Perlulah JAGA ADAB menerusi Alquran dan AsSunnah. Jangan mengada2kan ijtihad selain itu ler.

Okeylah ye, kalau Kita nak sedekah untuk ibu bapa kita, sewaktu mereka masih hidup lagi, kita sedekahkan harta yg dimiliki (kalau ibu bapa itu merasakan mencukupi atas pemberian yg diterimanya menerusi Kita selama mereka masih hidup di dunia). Maksud Saya, bukan bagi sedekah kepada Ibu Bapa, tapi selain dari ibu bapa, itulah sebenar SEDEKAH. Itu barulah sebenar anak2 yg soleh! Jika Kita rasa, mak ayah Kita ni, kedekut nak sedekah waktu mereka hidup, Kita namakan sedekah itu untuk mereka, mudah2an, Allah s.w.t buka hati mereka sewaktu di dunia, agar tidak terlalu kikir.

Urusan upah Haji tu, kalau rasa ada Nas, dibolehkan. Jika Tak ada, sedekahkan aje kepada anak2 yatim agar anak2 yatim itu mendoakan ibu bapa kita yg sudah pergi berjumpa dengan-Nya (itu lebih utama).

Kita nakkan kebaikkan khas kepada mereka yg telah meninggal dunia. Makanya, Kita perlu lebih teliti mengenai urusan si mati Dan diri kita ini, agar Allah s.w.t menerima, sebenar2 amalan.

Nak sedekah untuk ibu bapa? Sedekahkan aje untuk urusan anak2 yatim (bagi diri kita), langsung Kita mengharapkan anak2 yatim yg soleh ini, senantiasa mendoakan kebaikkan bagi ibu bapa kita yg sudah meninggal dunia. Hanya dengan cara itu sahaja, doa2 itu, Tak akan putus2.

Contoh doa. "Ya Allah, ampunilah mereka2 yg telah kembali kepada-Mu, langsung keturunan mereka itu membantu kami agar tetap dijalan-Mu". Itu pun dah cukup. Ianya secara umum, Tak perlu nak list nama panjang2. Allah s.w.t bukannya Tak faham. Ada faham ke tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 18-5-2021 02:26 AM

Jadilah diri sendiri yg bakal mendapatkan kuota dari Allah s.w.t untuk melepaskan kedua ibu bapa dihari akhirat kelak (dari azab neraka), mudah2an, dengan kuota pelepasan azab neraka dari Allah s.w.t kepada diri kita, sekalipun mak ayah Kita yg pernah membesarkan Kita, sedangkan diri mereka tidak pernah mengingati peringatan2 dari Allah s.w.t sewaktu mereka hidup di dunia, ingkar kepada Allah s.w.t, tetap juga masuk ke dalam syurga-Nya menerusi kuota pengampunan dari sisi-Nya ke atas kita.

Jangan ragu2, urusan kuota pelepasan yg merupakan JANJI dari Allah dan Rasul. Nak pertikai buat apa kan? Makanya, jadikanlah diri orang yg beriman Dan bertaqwa. Moga2 peroleh kuota berkenaan.

Yang baik itu dari Allah s.w.t. Yang memilih kejahatan dan ketaqwaan itu, diri kita. Moga2 bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 18-5-2021 03:06 AM

Soalan : apa tanggungjawab anak2 kepada kedua ibu bapanya?
1) berkhidmat selagi ibu bapa hidup
2) merebut sebanyak mungkin pahala menerusi sedekah menerusi diri sendiri untuk kedua ibu bapa.

Seorang Anak yg soleh, akan senantiasa mengingati Allah s.w.t yg menciptakan kedua ibu bapanya. Anak yg soleh, senantiasa mengutamakan syurga seperti yg Kita sedia maklum "pahala dibawah tapak kaki ibu"? Macam Mana caranya nak dapat pahala BERGANDA, jika Kita mementingkan diri sendiri, sedangkan jika Kita benar2 sayang kepada kedua ibu bapa kita yg membesarkan Kita, semua sedekah yg Kita lakukan sewajarnya DINAMAKAN atas nama kedua ibu bapa! Apakah Kita Tak berakal, bila kita bersedekah untuk kedua ibu bapa, secara automatik, ianya Merujuk kepada pahala berkhidmat untuk kebaikkan kedua ibu bapa kita agar dilindungi dari azab neraka-Nya kelak?

Ulama2 Al-Haq sahaja yg faham apa yg saya maksudkan. Kerana, menerusi ulama2 Al-Haq, seseorang mencari cara untuk menggandakan pahala bagi dirinya.

Cuba kamu semua tanya mua'laf yg baru memeluk agama Islam. Rata2 mak ayah mereka memeluk Islam (tanpa mua'laf) itu sedari, mua'laf itu bersedekah dalam diam untuk kedua ibu bapanya (yg bukan Islam ketika itu). Jika benar apa yg saya ketahui dari apa yg kamu semua tidak sedari, makanya, kebenaran sedekah seorang Anak kepada kedua ibu bapanya itu menjadi keutamaan kepada mereka yg benar2 mahu beriman Dan beramal soleh pada makna Taqwa.

Apa tanda kasih sayang Kita kepada Allah s.w.t yg menciptakan Kita kedua orang tua kita, yang melahirkan Dan membesarkan Kita? Nak membalas kebaikkan  ibu bapa  yg membesarkan Kita menerusi jalan apa? Tak mahu pahala BERGANDA?

Nak laksanakan korban? Kenapa Tak didahulukan untuk ibu bapa kita? Selama hidup mereka, dah Lupa ke ibu bapa berkorban apa kepada Kita?

Nak pahala yg Tak putus2? Dengan sedekah untuk ibu bapa kepada masjid, surau2 Dan sebagainya, tidakkah Kita peroleh 2 kebaikkan yakni berpanjangan berkhidmat kepada Ibu Bapa Dan juga membantu kedua ibu bapa menerusi sedekah yg tidak putus2 sewaktu Kita Dan ibu Bapa Kita masih hidup di dunia?

Eh? Kali pertama orang bodoh mcm Saya nyatakan ye soal ini? Tak rasa macam zaman ni, Tak der yg jelaskan perkara ini?

Islam itu sebenarnya sudah sempurna selama ini. Cumanya perlu pelengkap yang mengindahkan aja. Jika Tak ada pelengkap dari sisi-Nya, Tak akan sempurna Iman Dan Taqwa.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Okeylah ye, Saya rasa cukuplah ijtihad yg Saya pegang selama ini untuk dikongsi perihal yg dimaksudkan.

Nak gelar kamu semua BODOH Dan tolol, kang marah Saya lak Kan?

Tak pe, Saya anggap Saya ni orang bodoh Dan tolol dalam forum ni. Keje pung pang pung pang, hasilnya sama aje. Tak der kebaikkan pun...

Okeylah semua, Saya akan ke TT lain lepas ni. Yang saya Tak komen tu, mungkin pasal Saya Tak berminat nak ambil tahu. Atau mungkin pasal Saya ni bodoh lagi tolol urusan di TT itu ya.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 19-5-2021 10:46 PM

Pasal apa, zaman ni, ramai Anak yg Tak soleh walaupun nampak seakan-akan warak-soleh?

Kita masih ingatkah kisah Uwais Al-Qarni? Cuba Kita fahamkan, apa yg beliau korbankan sepanjang hidupnya? Semua apa yg dirinya miliki untuk IBUNYA!

Nah, penduduk langit suka padanya! Kita yg ada mak bapak, bagi duit tiap bulan untuk makan minum mereka, rasa CUKUP setakat itu hingga lupa, dari kecil hingga dewasa, dari tidak mampu hingga ke peringkat mampu segala2nya, tak reti-reti nak berkhidmat sambil membalas jerih payah kedua ibu bapa bukan setakat urusan di dunia, juga untuk urusan diakhirat kelak?

Cuba tengok Uwais Al-Qarni, sudah miskin, berkhidmat kepada IBUNYA yg buta! Apakah Kita buta untuk memahami cara pengorbanan seorang Anak untuk dilihat oleh-Nya lalu diangkat sebagai kekasih-Nya?

Kasih ibu bapa yg membela Kita dari kecik hingga dewasa, Kita mengira memberikan mereka kesenangan dunia itu mencukupi? Sementara mereka masih hidup, LEBIH LAYAK jika Kita hendak mensedekahkan sesuatu untuk pahala diri kita, langsung Kita niatkan sedekah itu untuk ke dua ibu bapa ketika mereka masih hidup kan? Ini kerana, sesudah mereka pergi, semua amalan itu ditolak, melainkan amalan Dan ilmu yg ditinggalkan mereka ketika berada didunia juga doa anak2 yg soleh sahaja.

2 ganjaran vs 1 ganjaran. Mana satu yg Kita pilih? Berkhidmat kepada kedua ibu bapa langsung Ibu Bapa beroleh pahala yg Tak putus2 atau sekadar diri sendiri beroleh pahala berseorangan?

Renung2kanlah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hidup ini, kalau berbusiness, kalau jual 1 barang, boleh dapat 2 keuntungan samaada pada diri sendiri yg menjual, juga kepada yg membelinya bukan? Kenapa kita Tak ambil kesempatan, sementara ibu bapa masih ada, Kita buat suatu perniagaan yg menguntungkan diri sendiri Dan ibu bapa yg sangat2 disukai-Nya?

Ruang menggandakan pahala yg Tak putus2 di zaman ini tersangatlah luas!

Renung2kanlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai wanita yg sudah berkahwin. Satu soalan perlu dijawab. Semasa dalam hidupmu sehingga kamu menikah, apakah mencukupi untuk membalas jasa-jasa ibu bapamu yg melahirkan kamu sehingga kamu dinikahkan? Dah balas atau belum? Rasa byk atau sedikit?

Renung2kanlah

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini sekadar amalan yg saya lakukan, sehingga hari ini, atas apa yg saya faham. Setiap kali saya bersedekah, kesemua sedekah Saya hanya untuk ibu bapa saya sementara mereka masih hidup! Kerana saya tahu, Allah paling suka orang yg mengenang jasa dari apa yg diciptakan-Nya, yakni mengingati dirinya suatu ketika dahulu itu lemah, sehingga diberi keupayaan oleh-Nya untuk berkhidmat kerana-Nya. Yaitu, antaranya, berkhidmat untuk ke dua ibu bapa sekalipun kelihatan merugikan diri, sedangkan menguntungkan semua!

Rahsia atas rahsia, bila kita bodoh sombong, Tak mahu nak mendekati orang2 yg fakih urusan akhirat, selama beberapa tahun ini, Kita ibarat keldai, yg menanggung sesuatu yg berat, sedangkan beban itu pilihan diri sendiri jua..

Yang baik itu dari Allah, yg dimuliakan-Nya itu, orang-orang yg paling bertaqwa.

Wabillahi taufik Wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.082843 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list