View: 4657|Reply: 28
|
Tak Sepatutnya Sesama Muslim Berusaha Keluarkan Dia Dari Islam - Dr Zulkifli
[Copy link]
|
|
Dr Zulkifli Mohamad meminta semua pihak bersabar dan berhenti membuat dakwaan melulu berhubung kes wanita Islam Malaysia berkahwin dengan pemain hoki India yang dikatakan mengikut upacara Sikh.
Sebaiknya, orang ramai dinasihati menunggu penjelasan pihak berkuasa agama negeri.
Kredit foto: IG Dr Zulkifli
“Suka saya untuk menasihati diri saya dan semua umat Islam di Malaysia untuk lebih berhati-hati dalam menanggapi sebarang isu yang berlaku dengan berhemah.
“Seorang Muslim, perlu sedaya upaya memastikan Muslim yang lain kekal dalam agamanya, bukan berusaha mengeluarkannya dari agama Islam,” katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau digesa membuat kenyataan berhubung perkara itu kerana dilihat seolah-olah berdiam selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
“Dalam hal status agama seseorang, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan seseorang berbangsa Melayu adalah beragama Islam.
“Oleh itu, tidak semudahnya bagi sesiapa untuk menghukum seseorang yang berbangsa Melayu itu murtad hanya berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya,” jelasnya.
Berkenaan soal perkahwinan pula, dia berkata berdasarkan Seksyen 10, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, perkahwinan antara pasangan beragama Islam dengan bukan Islam tidak dibenarkan di negara ini, selagi individu bukan Islam itu tidak memeluk agama itu.
“Bagi perkahwinan Muslim yang dibuat di luar negara, permohonan perkahwinan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di negara tersebut.
“Perkahwinan ini juga hendaklah didaftarkan selepas pasangan pulang ke Malaysia,” katanya. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je melayu islam dah syirik menyekutukan Allah. Kalau ikut hukum dah terkeluar dari islam diorang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan Cina. Suami kahwin perempuan Melayu. Isteri Cina tak mahu convert maka mereka bercerai.
Betul ke apa yang saya dengar? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik pulak orang ramai yang nak dipersalahkan. Menteri Agama and sebagai ex mufti yang gagal jalankan tugas sampai boleh pulak rakyat Malaysia keluar negara dan berkahwin di negara lain time corvid ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_Arwen at 22-12-2020 12:36 PM
Mungkin ili cuma buat permohonan utk ke luar negara bukannya permohonan utk BERKAHWIN di luar negara. Logik la kalau jab agama tak tahu. Lagipun kalau tengok ig ili, dia mcm dah selalu berulang alik india-m'sia. Dah mcm 2nd home |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_Arwen replied at 22-12-2020 12:33 PM
Mungkin ili cuma buat permohonan utk ke luar negara bukannya permohonan utk BERKAHWIN di luar negara ...
Hang voley masuk Ig illi ka? La ni dah private |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 22-12-2020 05:40 PM
Hang voley masuk Ig illi ka? La ni dah private
Hari tu ada forumer tepek byk screenshots dari ig illi. Posting2 yg dia buat sepanjang dia kat sana. Mmg nampak mcm dia dah serasi dgn cara hidup kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
Bab agama ni akak x berani nk mengecam sebab diri aku sendiri pun x sempurna... kadang2 perbuatan kita dan kata2 kita seharian pun tanpa kita sedar boleh rosak akidah dan tergelincir dari agama... |
|
|
|
|
|
|
|
encik mufti ni salah faham kot. ramai yg mempersoalkan status keislaman ily kerana beliau dah berkahwin dgn preet dan melakukan ritual kegamaan agama preet
bukannya kita suruh dia keluar agama
kena lah remind ily kot2 dia lupa atau tak tau agama Islam tu mcm mana
banyak benda kot yg boleh persoalkan
mcm encik mufti ni lebih suka je nak menyalahkan penganut agama sendiri dari jalankan kewajipan as a mufti |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit kepala rakyat Msia pikirkan hal illi. Illi di sana sakit kepala tak? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_Arwen replied at 22-12-2020 05:47 PM
Hari tu ada forumer tepek byk screenshots dari ig illi. Posting2 yg dia buat sepanjang dia kat sa ...
Iols tak rasa dia akan balik dlm masa terdekat.. musti tunggu lama2, pastu bila dah kes sejuk, baru balik. Masa tu org sini dah tak ingat. Balik sini, ngaku la islam balik, tapi cuma Allah SWT je yg tahu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hyunniesSS501 replied at 22-12-2020 06:00 PM
encik mufti ni salah faham kot. ramai yg mempersoalkan status keislaman ily kerana beliau dah berkah ...
Apa kata uols ajak dr zul join porum |
|
|
|
|
|
|
|
hyunniesSS501 replied at 22-12-2020 06:00 PM
encik mufti ni salah faham kot. ramai yg mempersoalkan status keislaman ily kerana beliau dah berkah ...
First, dia menteri bukan mufti
Second, dia dikelilingi penasihat kalau dia tak faham isu even though it's very unlikely given his intelligence and experience.
Kenyataan beliau itu mempunyai banyak lapis makna tengok berapa terer korang boleh kupas.
|
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau replied at 22-12-2020 06:07 PM
Sakit kepala rakyat Msia pikirkan hal illi. Illi di sana sakit kepala tak?
Rakyat Malaysia? Ko boleh exclude cina, india, orang asli, kadazan, iban, melayu pandai, melayu urban, melayu yang sedang berperang meneruskan hidup zaman kovid dll.
See what's left
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 forum kena improve lagi level emotional intelligent masing-masing.
Kena belajar bertenang & bermuzakarah utk hal2 sensitif mcm ni.
Betul dah reply pak menteri agama kita ni. Hal agama & murtad bukan semudah kita taip kat keyboard.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eLiaD at 22-12-2020 07:39 PM
alahai ngantuk nye dgr penjelasan pak muntri agama..takut ngan anto kak limah kah?RiP! kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
boleh je dia renew syahadah, dan dia muslim semula.
cuma rugi la antara dia dan Allah SWT, kalau dia murtad atau ter'murtad' ditakuti amalan2 baik dan segala pahala hilang begitu sahaja.
kat Malaysia pun ramai ter'murtad' tanpa sedar dan asbab jahil.
sebab tu orang2 biasa macam kita sebelum nak tidur tu istighfar dan mengucap syahadah,
risau juga dah tidur tak bangun2 macam pak mertua dan pakcik aku, meninggal dalam tidur.
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan bila parti islam dgn parti melayu bermuafakat ruu355 dgn hudud dilaksana.
atau adib dpt pembelaan atau sekolah vernakular, kilang arak dihapus.
ropa2nya hak melayu muslim kawin keling sambil sujud syukur di india plak yg dipertahankan.
|
|
|
|
|
|
|
|
hajak ler.. sis tak koser
|
|
|
|
|
|
|
| |
|