View: 3179|Reply: 14
|
Kongsi Amal Kebajikan Di Laman Sosial, Fendy Bakry Samakan Haqiem Rusli Dengan E
[Copy link]
|
|
Penjelasan Haqiem Rusli ketika ditemu bual mStar berhubung video tular menunjukkan dia sedang menunaikan solat menerima reaksi netizen yang rata-ratanya memuji penyanyi itu namun ada juga segelintir mereka melihatnya secara negatif.
Menerusi ruang komen di Instagram mStar, pelakon Fendy Bakry berpendapat kebaikan yang dilakukan penyanyi lagu Lara itu sepatutnya dijadikan contoh yang baik kepada orang ramai.
Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, 32, turut menjadikan Ebit Lew sebagai contoh memandangkan pendakwah tersebut juga gemar berkongsi kerja amal yang dilakukan di laman sosial.
"Dia belia remaja... punya pengikut yang ramai. Sekurang-kurangnya kebaikan dia jadi contoh pada semua. Dalam kesibukan, ingat pada kewajipan.
"Cuba kalau orang biasa yang upload macam ini rasanya berapa kerat saja orang akan tengok... faham? Tak faham lagi? Okey, kita ambil contoh lain... kenapa Ebit Lew buat kebaikan tapi post sana sini video fasal dia?
"Itu sebab dia nak ajak kita lakukan kebaikan tanpa berlapik dan tanpa tunggu kaya baru nak tolong. Kat situ juga dia nak tunjuk betapa ramai orang yang hidup dalam kesusahan," kata Fendy.
Foto: IG
Seorang jurugambar yang dikenali sebagai Aqo Imran berkongsi video Haqiem sedang menunaikan solat maghrib ketika menghadiri malam Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung pada Ahad lalu menjadi tular di laman sosial.
Bagaimanapun, Haqiem ketika ditemu bual mStar pada Rabu menjelaskan dia tidak pernah meminta mana-mana individu merakam kebaikan yang dilakukan dan berkongsi sehingga menjadi tular.
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2020 (ABPBH2020) ini turut menegaskan dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya menganggap menunaikan rukun Islam kedua itu adalah tanggungjawab insan beragama Islam.
Dalam pada itu, Fendy menasihati netizen untuk mengikut kebaikan yang dilakukan Haqiem dan Ebit Lew tanpa perlu menilai mereka secara negatif.
"Dua individu ini menunjukkan kebaikan yang semua orang boleh buat tapi buat ke kita? Itu kena tanya kat diri sendiri. Apa yang tak ditunjukkan Haqiem dan Ebit Lew yang patut kita pun ikut iaitu kurangkan bercakap perkara yang tak benar dan menjaga penulisan sesama manusia.
"Adab itu ada baik daripada berjumpa mahupun tak berjumpa. Attitude ini bukan datang dari genetik keluarga tapi dari keadaan sekeliling... yang ubahnya siapa? Diri sendiri. Pesanan untuk diri sendiri juga moga menjaga adab dalam pergaulan," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eh, mende ni pun kene bincangkan ke?
Bosan la gosip mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Solat tu wajib didirikan. Tak perlu pun kecoh atau puji2 bila orang solat. Orang yang tak solat tu korang tak nak hentam ke. |
|
|
|
|
|
|
|
so ni nak highlight pasal sapa?? Fendy?? Dik Qiqiem?? atau ustaz EL??? |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya dikalangan retis ni menunaikan solat ni rare kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Redmyvi: Agaknya dikalangan retis ni menunaikan solat ni rare kot..
Hehe baru sedar? |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan sepul... rupanya bkn |
|
|
|
|
|
|
|
Saja nk bagi dikqieqie kena kecam ni.....
Bosan la thread sampah mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau fendy ada video cikcap jgn lupa tag kurex ok? Tak tau nak bincangkan apa dekat sini |
|
|
|
|
|
|
|
punyelah rare solat tu skrg, sampai HR solat pun jadi bahan berita. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp qieqiepropa suker jer content macamni. Publisiti utk dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa yg post pasal solat tu pun kawan heols kan.. yes heols pun patut nasihatkan kawan x perlu post benda tu kat media sosial sbb hal2 ibadah ni simpan sendiri je lah..cukup sekadar mengingatkan fans2 heols utk bersolat sudah |
|
|
|
|
|
|
| |
|