CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 2

Padah Minta Tolong Penggodam Siasat Kes Tipu

[Copy link]
Post time 26-12-2020 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang meminta pertolongan penggodam untuk menyiasat kes tipu, kini diugut pula penggodam berkenaan yang meminta bayaran 600,000 yuan (RM373,117).


Polis di Foshan, Guangdong, China menerima laporan daripada wanita itu seperti dilaporkan portal Global Times.


Wanita itu mendakwa, dia mengupah khidmat penggodam berkenaan untuk menyiasat kes penipuan rakannya membabitkan wang 170,000 yuan (RM105,737).




Gambar hiasan




Rakannya dikenali sebagai Bai menjadi mangsa penipuan pada November tahun lalu. Selepas berputus asa, dia memberitahu wanita itu, Qing mengenai masalahnya.


Qing kemudian meminta pertolongan daripada seorang bekas rakannya yang mendakwa mengenali penggodam yang dapat membantu mendapatkan wangnya kembali.


Sejumlah 160,000 yuan (RM99,519) sudah diberikan sebagai yuran siasatan, sementara 1,144 yuan (RM711.56) atau 0.6 peratus dari jumlah asal sudah diperolehi.


Kedua-dua wanita itu kemudian mengatakan mereka tidak lagi mahukan bantuan penggodam, tetapi kumpulan terbabit mengancam akan membunuh mereka kecuali mereka memindahkan 430,000 yuan (RM267,457) ke akaun bank yang ditentukan.


Polis tempatan menahan dua suspek pada 11 Disember lalu di sebuah pangsapuri di Pingzhou selepas meneliti kes itu dan mendapati penggodam terbabit sebenarnya adalah bekas rakan sekerja Qing.




Sumber Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 12:52 PM | Show all posts
kesian malang bertimpa2....tp byk duit mangsa ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 12:50 PM | Show all posts
Lain kali serah kat polis je kes macam ni. Berani betul keluarkan banyak duit utk tolong kawan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058652 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list