View: 2680|Reply: 14
|
Lupa Tutup Zip Beg, Jutaan Rupiah Bertaburan Di Jalan 'Selamat' Dikutip Orang Ra
[Copy link]
|
|
Dua beranak di Bali kerugian lebih 94 juta rupiah (kira-kira RM27,062) selepas wang dibawa mereka bertaburan di jalan raya di wilayah Baturiti, Tabanan, lapor Kompas.
Kredit foto: Agensi
Ketua Polis Baturiti Fachmi Hamdani berkata, ketika itu, seorang lelaki dan anaknya menunggang motosikal bersama dan mereka dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Denpasar
Katanya, beg berwarna hitam berisi wang yang hilang itu, dibawa oleh anak mangsa.
"Ketika berhenti di wilayah Bedugul, anak mangsa mengeluarkan topi di dalam beg dan lupa menutup semula zip beg itu.
"Setibanya di wilayah Abianluang Baturiti, mereka berdua ditegur oleh pemandu trak berwarna merah yang memberitahu ada wang terjatuh dan bertaburan di jalan raya.
"Dua beranak itu kemudiannya terus memeriksa wang di dalam beg dan mendapati wang mereka sudah tiada," katanya
Tanpa berlengah, mangsa terus berpatah balik untuk mencari wangnya yang dikatakan tercicir, tetapi usahanya tidak berhasil.
Susulan insiden itu, mangsa membuat laporan polis.
Difahamkan, wang berkenaan mahu disimpan di dalam sebuah syarikat iaitu PT Manohara Asri.
Tidak lama selepas kejadian itu, tular video menunjukkan orang ramai mengutip wang yang bertaburan di jalan Denpasar-Singaraja.
Namun, Fachmi belum dapat memastikan wang berkenaan adalah milik mangsa kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
"Kita belum dapat pastikan video itu ada kaitan dengan kes kehilangan wang di Baturiti dan akan menyiasat terlebih dulu," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kutip jangan tak kutip yachh
[youtube]045MczwFCTc[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
yang ko cerdik sangat bawak duit sebeban kulu kilir dalam beg tu dah kenapa? dah tu takde seal ke apa duit tu bila bukak zip jah terus melayang? tahniah la sebab tak kena rompak yach |
|
|
|
|
|
|
|
Nak claim insurance kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat beberapa tahun lepas, kat highway. tengah drive tiba2 duit kertas biru merah hijau semua terbang
kat highway tu, tak tau la kalau ada orang berhenti sanggup kutip. bahaya
p/s: bukan duit saya, duit tu terbang dari arah depan. kereta depan la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Org2 yg kutip musti pikiaq, duit turun dari langit |
|
|
|
|
|
|
|
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
kecuaian sendiri lah ni..nak dpt balik mcm takde harapan jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana pronounce nama fachmi tu? Fahmi atau facmi? C bunyi macam cawan tu ke atau silent? Macam anak dayah bakar achbar tu sebut akbar kan? Confuse pulak ejaan c ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau kat jepun mesti takde siapa akan sibuk nak kutip kecuali geng2 pelancong tamak kat jepun. Kejadian sama pernah jadi di singapura bila sorang pengurup wang di malaysia jatuh duit time tunggang motosikal di singapura beberapa tahun yang lepas. Rakyat singapura berpusu2 pakat kutip duit tu.aku ingat orang singapore kaya2 belaka, rupanya ramai jugak yang tingtong gelap mata nampak duut ringgit. |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 27-12-2020 04:28 PM
Macamana pronounce nama fachmi tu? Fahmi atau facmi? C bunyi macam cawan tu ke atau silent? Macam an ...
Kalau org Indonesia, biasanya silent C sis, jadi sebutannya Fahmi. Sama juga dengan nama Achmad. Kalau anak dayar bakar tu, kena tanya dia sendiri, nama anak dia ejaan mengikut bahasa apa. Kalau ikut bahasa Hebrew, achbar tu maksudnya mouse. Mungkin mak dia nak ejaan lain daripada yg biasa.
Utk tidak OT, tengah zaman2 susah gini, jgn harap lah dapat balik duit tu, kalau kat Indo sekarang, petty crimes makin menjadi2. |
|
|
|
|
|
|
|
ilacantik replied at 27-12-2020 11:30 PM
Kalau org Indonesia, biasanya silent C sis, jadi sebutannya Fahmi. Sama juga dengan nama Achmad. K ...
Oh aah satu lagi achmad. Banyak indo je eja nama camni kalau kita ahmad je. Tq sis. Tak koser nak tanya dayah bakar hehe dia pun dok panggil anak dia fahri je bior la dia kan
Utk tak ot, umpama duit turun dari langit agaknya yg kutip ni pikir |
|
|
|
|
|
|
|
Cuai sangat. Ada anak pun tak boleh harap sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berterabur macam tu susah ler nak dapatkan balik dah ler sama ramai yang susah sejak dah kurang pelancong datang |
|
|
|
|
|
|
|
Difahamkan, wang berkenaan mahu disimpan di dalam sebuah syarikat iaitu PT Manohara Asri.
suey kot nama tu, disilet-silet
|
|
|
|
|
|
|
| |
|