CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5179|Reply: 12

Kelantan Paris Malaya

[Copy link]
Post time 29-12-2020 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Siapa sangka Kelantan yang digelar sebagai Negeri Serambi Mekah ini pernah menjadi pusat pelacuran terbesar di Tanah Melayu. Mungkin korang terkejut dengan kenyataan ini, tetapi sebenarnya ia benar-benar berlaku pada tahun 1950-an.

Tidak dinafikan pengajian ilmu agama dan sekolah pondok di sana pada masa itu sangat berkembang pesat tetapi pelacuran pada masa itu juga berleluasa sehingga Kelantan digelar sebagai Paris of Malaya. Jadi, kenapa ia digelar sebegitu? Mari kami huraikan dengan lebih panjang mengenai topik ini.

Paris of Malaya yang bermaksud kota pelacur di Kelantan

Keratan akhbar The Straits Times. Imej dari Yusrin Faidz Yusoff.

Pada awal 1950-an, dilaporkan pusat pelacuran di Kelantan sangat berleluasa, sehingga ada di antara pelacur ini yang dilatih seawal usia 12 tahun. Mereka ini bukan sahaja berasal dari Kelantan malah, seluruh Semenanjung Tanah Melayu (kini Malaysia). Mesti korang tertanya-tanya macam mana boleh muncul para pelacur ini? Haaa… gejala ini terjadi kerana perkahwinan bawah umur mengakibatkan perceraian pada usia muda yang  mendorong mereka ke lembah pelacuran.

Diberi nama Paris of Malaya kerana pada masa itu Paris juga digelar sebagai kota pelacur, tetapi orang Paris pada masa itu sangat marah apabila disamakan dengan Kelantan. Mereka menyatakan bandar Paris masih menjadi bandar yang mempunyai tinggi budaya malah, kalau nak borak pasal kota pelacur, London lagi hebat. Korang boleh tengok keratan akhbar mengenai isu ini di bawah:


Berita mengenai gelaran Paris of Malaya. Imej dari Yusrin Faidz Yusoff.

Hal ini telah dibongkarkan oleh seorang pegawai kebajikan British yang bernama Josephine Foss. Beliau menyatakan ibu-ibu ayam yang menindas anak-anak gadis menjadi pelacur ini akan mendapat ganjaran yang lumayan antaranya dapat tinggal di hotel mewah.

Namun, kenyataan Josephine ini ditentang oleh orang-orang Melayu pada masa itu kerana dia dianggap sengaja menimbulkan ketegangan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Tapi sebenarnya, isu ini pernah dibincangkan dalam sidang dewan undangan negeri.

Seorang ahli dalam sebuah jawatankuasa, Nik Mohamed Ali, telah melaporkan isu pelacuran yang berleluasa kerana kanak-kanak terjebak dalam pelacuran. Dia mencadangkan supaya pihak berkuasa (Majlis Agama Islam Kelantan) tidak menghukum tetapi, memberikan peluang pekerjaan lain kepada para pelacur.

“Pelacuran tidak dapat dibendung dengan mengirim pelacur ke penjara. Mereka seharusnya diberi pekerjaan.” – Nik Mohamed Ali, petikan dari Malaysiakini.


Betul juga kata Nik Mohamed Ali ni. Imej dari giphy.

Pendapat ini juga dipersetujui oleh ahli politik dari Parti Perikatan (sekarang namanya BN), Inche Yaacob Awang kerana beliau sendiri malu dengan Kelantan sehingga digelar Paris of Malaya. Beliau juga menyalahkan para isteri kerana meminta cerai apabila bergaduh dengan suami.

“Pelacuran di sini menjadi semakin teruk. Di mana sahaja seseorang melintasi seluas negeri ini, seseorang akan menemui pelacur dari Kelantan.” – Inche Yaacob Awang, petikan dari Malaysiakini.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!
Email

Namun, pendapat Yaacob itu ditentang oleh isterinya sendiri, Che Halimah, kerana dia tak boleh salahkan wanita sahaja, sebab lelaki lebih bertanggungjawab dalam menangani isu cerai.

“Ramai wanita menjadi pelacur kerana mereka harus mencari sesuatu untuk hidup, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai anak dan telah diceraikan oleh suami mereka.” – Che Halimah, petikan dari Malaysiakini.

Abdullah Munshi melihat pelacur berkemban dan rambut bersanggul

Isu pelacuran di Kelantan ini pernah ditulis dalam buku Kisah Pelayaran Abdullah (Ke Kelantan). Imej dari Hidup Sastera Melayu.

Seorang penulis tersohor Alam Melayu, Munshi Abdullah, pernah pergi ke Kelantan dan terkejut dengan pusat pelacuran yang dianggap normal di Kelantan (Negeri Serambi Mekah). Beliau juga berjumpa dengan pelacur yang berkemban, rambut bersanggul dan memakai bunga melor yang berjuntai sampai ke lutut. Korang boleh tengok petikan di bawah mengenai isu ini:

“Shahadan maka adalah saya lihat dalam negeri Kelantan itu terlalu banyak perempuan jalang. Maka apabila petang hari, datanglah ia dekat-dekat perahu segala dagang, berjalan berduyun-duyun. Ada pun pakaiannya itu berkemban sahaja dengan tiada berbaju; dan rambutnya bersanggul lintang sangkut. Maka dipakainya bunga melor berumbai-umbai, panjangnya sampai ka lututnya.

____

Maka ada pula yang memakai bunga melor berkarang, dengan berbagai-bagai jenis rupanya; ada yang seperti siku keluang, dan ada berkerawang terlalu indah perbuatannya; tiada pernah saya lihat dalam Melaka atau Singapura karangan bunga yang demikian itu bagusnya.” – Petikan dari buku Kisah Pelayaran Abdullah.


A. Samad Ismail pun memberikan hujah mengenai isu ini. Imej dari Goodreads.

Bukan itu sahaja, isu ini turut diketengahkan oleh lagenda penulis dan wartawan Malaysia, A. Samad Ismail, dalam buku “Temasha Tinta (1966)” pada bahagian cerpen yang bertajuk “Kesah Chinta di Kota Bharu”. Baiklah, mari kami huraikan cerpen ini.

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang wartawan muda bernama Nasir yang ditugaskan mengikuti rombongan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ke Kota Bharu untuk melihat usaha kerajaan Persekutuan memujuk kerajaan PAS dengan menawarkan pembukaan tanah rancangan.

Pada malam Nasir sampai di situ, dia hanya dapat meniduri seorang pelacur yang bergigi emas dan rambutnya berbau minyak makan yang dilumur bunga rampai agar tidak terlalu busuk (dapat pelacur tua agaknya). Dia gelisah kerana tidak mendapat pelacur yang memuaskan nafsunya sejak tiba di Kota Bharu.


Nasir-nasir, kenapa kau macam ni. Imej dari Meme Creator.

Nasib baik menimpa Nasir kerana nafsu kuda dia akhirnya puas apabila dia berjumpa dengan pelacur berbadan gempal ketika mendapat tugas di kawasan pedalaman. Mari kami berikan sedikit petikan dari cerpen tersebut:

“Mereka naik bersama2 dan Nasir lega melihat Taib tidak ada di-dalam bilek-nya. Mereka bergolek di-katel dan sebentar lagi Nasir melepaskan kemarahan-nya dan kerunsingan-nya saperti sa-ekor binatang buas, menggigit dan mencakar, hingga wanita itu mengeloh dan mengerang tetapi menyerah bulat kapada tenaga muda yang memulas dan menghempas-nya di-katel.

____

Bila wanita itu pulang, Nasir terlentang di-katel, badan-nya berpeloh dan mata-nya termengah2 tetapi merasakan kepuasan yang melapangkan kepala-nya dan dada-nya. Taib pulang, melihat Nasir maseh berbogel di-katel-nya, tidor dengan lenyak-nya.” – Petikan cerpen dari FMT.

Kini keadaan telah berubah dan semuanya tinggal sejarah

Kejayaan Islam dikecapi semasa pemerintahan TGNA di Kelantan. Imej dari Berita PAS.

Apabila Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 21 Oktober 1990, agama Islam lebih berkembang. Semasa Tok Guru Nik Aziz memimpin Kelantan, banyak inisiatif yang dilaksanakan sehingga digelar “Kerajaan Menerajui Perubahan“. Antaranya, beliau telah menutup premis-premis judi dan panggung wayang di Kelantan, manakala hotel dan kedai tidak dibenarkan menjual dan menyajikan arak di tempat awam kerana ia akan membawa kita ke lembah maksiat.

Justeru, Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 diperkenalkan bagi menerapkan nilai keislaman dalam setiap persembahan, serta mengelak amalan khurafat dan tahyul seperti hiburan wayang kulit, makyong, main puteri dan sebagainya.


Pemergian beliau sangat meninggalkan kesan besar pada Kelantan. Imej dari mStar.

Apa yang pasti, perkara yang jadi di Kelantan berpuluh tahun lalu – kini cuma tinggal sejarah. Dengan penguatkuasaan undang-undang dan penerapan nilai-nilai Islam, aktiviti pelacuran bukanlah perkara yang normal lagi dalam masyarakat. Namun, sejarah tetap mengajar kita untuk sentiasa berjaga-jaga dan menuju ke arah pedoman yang lebih baik.

Sumber : Sos Cili

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2020 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Fakta .Sad but TRUE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
@ipes2 Kecek molek la .....Kawe tokse gocoh .Hari2 Miskin
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde pla muka mix kokesan mcm pinoy or indon tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 29-12-2020 06:39 AM
Xde pla muka mix kokesan mcm pinoy or indon tu..

Buke Rohingya mokcik .Klate sejati .
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 29-12-2020 06:39 AM
Xde pla muka mix kokesan mcm pinoy or indon tu..

kalau ikut cerpen atas tu melayu totok isele jugak yg melanggan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2020 09:38 AM | Show all posts
mek klate lawo lawo

tp pengotoq

bkn ak ckp

dgr org ckp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 29-12-2020 09:38 AM
mek klate lawo lawo

tp pengotoq

Mek Johor lagi lawa ...Mai Kota Tinggi ...kacuk Belanda pun Ada .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari.Provoker replied at 29-12-2020 11:19 AM
Mek Johor lagi lawa ...Mai Kota Tinggi ...kacuk Belanda pun Ada .


kann

muo pun ade jgk kacuk mcm2 arab suma ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 01:41 PM | Show all posts
tagas replied at 29-12-2020 01:22 PM
kann

muo pun ade jgk kacuk mcm2 arab suma ada

Ramlah Ram Kau kunci cintaku Di Dalam hatimu org Muo.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari.Provoker replied at 29-12-2020 01:41 PM
Ramlah Ram Kau kunci cintaku Di Dalam hatimu org Muo.....


jaapar onn

nash

nana af

mail xpdc

ebi fana

our pm

etc who else
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku cite tempat menjual ni kat area sebelah pasar. Sekarang bangunan shoplot kedai kain nagoya, restoran d'apple dan farmasi kian. Mak aku kata dia terpaksa lalu kat area tu nak gi sekolah merbau.

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu yang banyak kahwin Pakistan...lahirlah spesis Jahlop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.106136 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list