Gara-gara menemani suaminya memancing ketika hujan lebat, seorang isteri terbunuh setelah dipanah petir.
Pasangan suami isteri, Rizal, 45 dan Asma, 45 berada di sawah Desa Teluk Leban, Kecamatan Maro Sebo Ulu ketika kejadian berlaku. Mereka ke sawah bagi memancing dalam keadaan belum hujan.
Bagaimanapun, ketika di tengah sawah, hujan mulai turun diiringi petir lalu terus menyambar kedua-dua pasangan suami isteri tersebut.
Foto : Tribunews.com
Menurut laporan portal Tribunews.com, mangsa pertama, Asma terjatuh ke dalam sawah manakala Rizal tersembam ke tanah.
Asma dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami luka kebakaran pada bahagian dada dan punggung, sementara Rizal pula selamat (luka bakar di bahagian peha).
Melalui Kapolsek Maro, AKP Hery Triyanti berkata, mangsa selamat dikebumikan sementara suaminya yang selamat telah pulang ke rumah.
gambar hiasan - Tribunews
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan kepada semua berhati-hati ketika berada di luar rumah kerana cuaca yang tidak menentu sekarang. - CARI |