View: 1690|Reply: 15
|
Jalan Universiti Diganti Dengan Nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz
[Copy link]
|
|
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Dr Zeti Akhtar Aziz bagi menyampaikan hasrat baginda mengabadikan nama Ungku Abdul Aziz menggantikan nama Jalan Universiti. - Gambar Facebook Selangor Royal Office
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memaklumkan, pertukaran nama jalan tersebut akan dilaksanakan dalam kadar segera.
Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor berkenan mengabadikan nama tokoh tersohor, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid itu bagi mengenang jasa dan bakti Allahyarham dalam bidang pendidikan serta ekonomi Melayu semasa hayatnya.
"Untuk itu, baginda berkenan menerima menghadap anak Allahyarham, Dr Zeti Akhtar Aziz bagi menyampaikan hasrat baginda, sekali gus memutuskan pertukaran nama jalan berkenaan.
"emilihan Jalan Universiti untuk dinamakan semula kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz adalah bertepatan kerana ia adalah pintu masuk utama ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Mahsa," demikian katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.
Untuk rekod, Allahyarham Ungku Abdul Aziz pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura) dari 1952 hingga 1961, seterusnya menjadi Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (Kuala Lumpur) bagi tempoh 1962 hingga 1965.
Jalan Universiti sepanjang 3.2 kilometer merupakan antara jalan utama menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, dibina pada 1960.
Ungku Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 15 Disember lalu.
Jenazah Allahyarham Ungku Abdul Aziz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Sumber : Astroawani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
that is nice effort, thoughtful effort |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.
Cuma kalau boleh jangan panjang2 siap title segala jadah tu.
Jalan Ungku Aziz cukup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Centerr at 2-1-2021 08:15 PM
We felt very indebted to Ungku Aziz for helping us so much that we LETTERS: I can't forget the meeting with Royal Professor Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid a group of Russian students at the University of Malaya visited him, His name and his contribution to the country will be remembered .
AlaskasWorld
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Ungku Aziz pun dh cukop. Pnjg sangat tuh name. Takot org tua xleh nk sebut and eja. |
|
|
|
|
|
|
|
Pjg sgt pun tak elok..baik Jalan Ungku Aziz..lg sedap didgr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg jln mahameru dah tukar nama pun iols xleh catchup lg pjg benor nama baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sgt...setuju tukarkn nana jln universiti ke jln ungku aziz jgn pjg sgt professor tu x payah letak pon x pe..pjg2 ssh nk menaip hi hi |
|
|
|
|
|
|
|
Punat_button: Setuju.Cuma kalau boleh jangan panjang2 siap title segala jadah tu.Jalan Ungku Aziz cukup.
Setuju. Jalan Pak Jiz sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Punat_button: Setuju.Cuma kalau boleh jangan panjang2 siap title segala jadah tu.Jalan Ungku Aziz cukup.
Sangat bersesuaian {:good
OT sikit - sultan pun pakai mask biasa saja..tak cari LV segala brand! {:love |
|
|
|
|
|
|
|
Do we want him to be remembered dgn membubuh namanya sebagai nama jalanraya?
goshhhh...
so insulting... |
|
|
|
|
|
|
|
eh zeti kan tengah hangat skang isu 1mdb ehem2 |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tak letak nama jalan ukgnu ziza |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya kena kekalkan nama jalan Prof Diraja Ungku Aziz. Sebab kita tak tahu mungkin 50 tahun akan datang orang tak ingat siapa Ungku Aziz dan jika ada Prof Diraja Ungku Aziz boleh tahu ini ialah orang pandai2
Contoh Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Gelaran Tun dan Dr kekal di situ. |
|
|
|
|
|
|
| |
|