CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4960|Reply: 9

Janda ‘gunung’ tawan suami orang

[Copy link]
Post time 2-1-2021 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 2-1-2021 06:04 PM

NEGARA

Gambar hiasan.


Janda ‘gunung’ tawan suami orang

  • Oleh KOSMO!
  • 2 Januari 2021, 12:09 pm

PERKENALAN Fiza (bukan nama sebenar) dengan seorang lelaki ketika menuntut di sebuah universiti di utara Semenanjung akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.

Setelah tamat pengajian dan masing-masing mendapat pekerjaan, mereka memilih untuk menghalalkan hubungan mereka itu di usia pertengahan 20-an.

Sejak di zaman universiti lagi, suaminya amat meminati aktiviti lasak dan menyertai kelab kembara dan sering mendaki gunung.

“Tetapi berbeza dengan saya. Saya tidak gemar melakukan aktiviti lasak dan juga mendaki. Suami sering mengajak saya mendaki, tetapi saya menolak.

“Walaupun begitu, saya tidak pernah menghalang minatnya itu,” jelas Fiza.

Fiza mengakui, setelah berkahwin mereka menetap di ibu kota dan suaminya masih melakukan aktiviti mendaki bersama rakan-rakan.

Ketika awal perkahwinan, suaminya tidaklah kerap melakukan aktiviti tersebut dan sering menghabiskan masa bersamanya.

Jelasnya, walaupun sudah berkahwin dia tidak menghalang suaminya itu untuk menyertai aktiviti yang diminatinya itu.

“Saya tidak pernah menyekat atau menghalang dia daripada daripada terus berhenti mendaki, selagi dia masih boleh membahagikan masa untuk menemani saya.

“Pada waktu itu, dalam sebulan mungkin dua atau tiga kali dia pergi mendaki. Kebiasaannya dia akan pergi secara balik hari,” jelasnya.

Tetapi selepas dua tahun usia perkahwinan mereka, Fiza mendapati suaminya semakin kerap menyertai aktiviti berkenaan.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu suaminya terlibat dalam aktiviti mendaki bersama teman-temannya.

Di hati kecil Fiza pada itu dia amat terasa, kerana masanya untuk bersama suaminya pada hujung minggu berdua tidak dapat dilakukan.

“Kadangkala saya bersendirian di rumah dan tidak pun akan keluar dengan rakan-rakan mengunjungi
pusat beli-belah bagi mengisi masa.

“Sejak itu, saya lihat perilaku suami berbeza sekali dengan sebelum ini. Dia sering dengan telefon pintarnya
dan kadangkala akan senyum sendirian,” katanya.

Pada mulanya Fiza tidak mengesyaki apa-apa terhadap perlakuan suaminya pada waktu itu.

Tetapi pada suatu hari, ketika ingin membuka telefon pintar milik suaminya, dia mendapati lelaki yang dicintainya itu telah menukar nombor kata laluan.

Fiza tidak memaksa suaminya untuk memberikan kata laluan tersebut. Sebaliknya dia melihat dan menghafal kata laluan tersebut ketika suaminya membuka telefon pintarnya.

Setelah suaminya tidur, Fiza mengambil keputusan untuk membuka telefon pintar tersebut dan hatinya remuk apabila melihat di aplikasi WhatsApp ada tertera nama Gadisku yang disertakan dengan emoji tanda sayang.

“Hati saya remuk apabila membaca perbualan tersebut. Ada perbualan mereka yang menyatakan tentang ciuman pertama di puncak gunung dan sebagainya.

“Rupa-rupanya wanita itu sering menghabiskan masa bersama suami saya ketika mendaki gunung,” jelas Fiza.

Fiza cuba mengawal rasa amarahnya dan tidak terus menanyakan tentang hal itu kepada suaminya, sebaliknya mengumpul bukti bahawa suaminya itu telah curang dibelakangnya.

Setelah diselidik, Fiza mendapati wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya itu seorang janda dan hubungan mereka menjadi intim kerana sering mendaki gunung bersama.

“Saya juga sering membaca perbualan mereka di WhatsApp dan kemudian merakam tangkap layar perbualan mereka itu untuk saya simpan.
“Hati isteri mana yang tidak remuk apabila membaca perbualan mereka umpama pasangan yang telah berkahwin,” jelasnya.

Tambahnya, akhirnya rasa sakit yang dia simpan sebelum ini sampai juga ke penghujungnya apabila mengetahui suaminya dan wanita itu pernah melakukan hubungan intim.

Dia sendiri melihat e-mel di telefon pintar suaminya itu dan mendapati ada dokumen tempahan sebuah hotel.

Akhirnya Fiza membuka mulut dan bertanyakan tentang hal itu kepada suaminya.

“Pada mulanya suami saya menafikan bahawa dia ada curang di belakang saya.

“Tetapi setelah saya menunjukkan bukti perbualan mereka yang saya simpan sebelum ini, akhirnya dia tidak mampu untuk berkata apa-apa selain mengakuinya,” jelasnya.

Tambahnya, suaminya mengakui kesalahannya itu dan menangis meminta maaf kepadanya.

Tetapi hatinya telah terluka dengan perbuatan suaminya itu.

Fiza kemudian mengambil keputusan untuk tinggal berasingan bagi memberi masa untuk dia memaafkan apa yang suaminya lakukan terhadap dirinya.

“Saya cuba memberikan masa kepada diri untuk memaafkan perbuatan suami yang telah berselingkuh di belakang saya.

“Tetapi saya tidak kuat dan perbualan mesra mereka itu sentiasa bermain di fikiran saya,” katanya.

Ceritanya, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya itu. Baginya, walaupun peluang kedua diberikan tidak mustahil suaminya akan berlaku curang lagi.

Fiza kemudian memohon cerai secara fasakh bagi membolehkan mereka berpisah.

Akhirnya dia dan suaminya itu sah bercerai di sebuah Mahkamah Syariah dan kini membawa haluan masing-masing.

Fiza menegaskan, dia bukan seorang yang mudah memberi maaf. Dia juga tidak dapat menerima hakikat apa yang telah suaminya lakukan di belakangnya ketika kebebasan dan kepercayaan penuh diberikan kepada lelaki itu. – K! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2021 06:05 PM | Show all posts
mungkin suami fiza tidak suka kpd 'gunung' fiza yg kecil?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baiklah belum dapat anak lagi time cerai tu.
de hek la janda gunung nih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik gunung lain la tuu. Bertabahla Fiza
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupanya di puncak gunung yang keras dan curam,ada tersembunyi gunung lembut untuk mencurang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:59 PM | Show all posts
Mungkin gunung merapi yang dipunyai oleh janda tersebut
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-1-2021 10:00 PM | Show all posts
puncak gunung baru mungkin ada ruang utk di gentel secara lembut...pandangan gunung yg memukau mata
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha lawak pulak baca komen2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2021 07:57 PM | Show all posts
Lorrr baca tajuk ingatkan kes ZJ...menggunung tua
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2021 04:17 PM | Show all posts
ingatkan gunung naik bercabang dua td
hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 1.224654 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list