CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2029|Reply: 19

[Tempatan] Sindiket Macau Scam beli hartanah RM336 juta hasil penipuan

[Copy link]
Post time 3-1-2021 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Polis mengesan tiga 'mastermind' dipercayai mendalangi penipuan Macau Scam dan membeli hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang menggunakan wang hasil penipuan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pengendali syarikat, Teow Wooi Huat (Teddy Teow), 55, berperanan sebagai pembeli yang berurusan dengan syarikat pemaju, manakala dua anaknya, Teow Ee Meng, 30, dan Teow Chee Chow, 32, pula 'proxy' yang juga pengarah syarikat bagi Tuah Semenanjung Sdn Bhd dan MBI Properties Sdn Bhd.

Katanya, susulan laporan siasatan awal yang diterima pada Ogos 2020 di Pekan Nanas, Pontian, dan Nusa Bestari, Iskandar Puteri, membawa kepada pembongkaran kegiatan sindiket itu, seterusnya tangkapan 12 individu tempatan yang juga pengarah syarikat berusia antara 29 hingga 68 tahun pada 3 hingga 21 Disember lalu.
"Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Johor menubuhkan satu pasukan khas menerusi Ops Pelican 2.0 bagi menjalankan siasatan secara intensif untuk mengesan aliran wang mangsa kepada sindiket penipuan Macau Scam.
"Modus operandi sindiket ini menggunakan beberapa lapisan akaun keldai untuk melakukan transaksi kewangan mereka bagi mengelirukan pihak berkuasa daripada dikesan.
"Siasatan ke atas kedua-dua kes ini mendedahkan penggunaan kaedah pembelian hartanah dan mata wang kripto sebagai platform bagi penggubahan wang haram sindiket ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.


GAMBAR suspek dan modus operandi sindiket penipuan Macau Scam. FOTO Zain Ahmed

Beliau berkata, 12 individu yang ditahan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis, selain pihaknya juga sudah memanggil individu berpangkat Datuk Seri daripada sebuah syarikat pemaju untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Katanya, suspek utama pula iaitu Teddy Teow dikesan mempunyai banyak rekod jenayah lampau dan disyaki sudah melarikan diri ke Danok, Thailand, namun dua anaknya dipercayai masih berada di dalam negara ini.
"Sindiket berkenaan dipercayai menggunakan wang hasil penipuan untuk membeli 100 unit kondominium mewah dan unit komersil bernilai RM336 juta di bandaraya Georgetown, Pulau Pinang, selain disalurkan untuk jual beli mata wang kripto.
"Siasatan lanjut mendedahkan sejak Jun 2020, sindiket berkenaan menerima wang berjumlah RM25 juta menerusi akaun keldai daripada 91 akaun bank berbeza, iaitu 18 akaun peribadi dan 73 akaun bank milik syarikat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan serta boleh dikenakan denda atau kedua-duanya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... juta-hasil-penipuan


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2021 05:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu cina kaya2 dan rajin usaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 05:42 PM | Show all posts
krustykrab replied at 3-1-2021 05:22 PM
Sbb tu cina kaya2 dan rajin usaha


selalunya yang jenayah peringkat atas ni satu malaysia. disebalik melayu ada cina. disebalik cina ada melayu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 3-1-2021 05:22 PM
Sbb tu cina kaya2 dan rajin usaha

Ya...menipu juga satu usaha dan perlukan kerja keras.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
"kita talak tipu....kita pandai meniaga...ma"-Lencai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
NBH replied at 3-1-2021 05:42 PM
selalunya yang jenayah peringkat atas ni satu malaysia. disebalik melayu ada cina. disebalik cin ...

Betul sgt....tp yg palinggggg atas cina la
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 05:51 PM | Show all posts
budaya cina memang menipu...kalau tak tipu bukan cina namanya, kalau cina mesti tipu punya...kiblat mereka beijing..mother China memang bapak segala penipuan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MBI properties tu bukan belon pun involve ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyaaaaaaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 08:17 PM | Show all posts
Knowlee replied at 3-1-2021 07:27 PM
MBI properties tu bukan belon pun involve ke?

itu belon cap ayam buat dinding rumah guna polestrine
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-1-2021 08:17 PM
itu belon cap ayam buat dinding rumah guna polestrine

Tu ada nama comoany dlm artikel tu. Meaning belon pun part of this la. Harap kena tangkap jgk la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 08:33 PM | Show all posts
Knowlee replied at 3-1-2021 08:18 PM
Tu ada nama comoany dlm artikel tu. Meaning belon pun part of this la. Harap kena tangkap jgk la.

DBI dik bukan MIB , mib tu men in black dbi tu belon owner dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 3-1-2021 05:22 PM
Sbb tu cina kaya2 dan rajin usaha

Zaman ni dah tak bleh claim cina kaya sebab work hard rajin, bla bla bla.....scammer penipu jer semua.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
So harta SITA bawah amlatfapuaa Tu bagi kasik lelong la cepat2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-1-2021 08:33 PM
DBI dik bukan MIB , mib tu men in black dbi tu belon owner dia

Oh DBI... Dlm artikel ni MBI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2021 10:29 PM | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 3-1-2021 09:29 PM
So harta SITA bawah amlatfapuaa Tu bagi kasik lelong la cepat2.

Berapa kali daa...dulu dia ni scam island red cafe tahun 2011 pun kena jail sehari bayar denda RM160 ribu ja.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman rengan sgt mcm curi milo sekotak je.itu yg menjadi jadi mcm cendawan tumbuh lepas hujan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 04:01 PM | Show all posts
Itu dia..kapitalis + scammer
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 04:32 PM | Show all posts
betul orang kata, kalau tidak menipu bukan cina namanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.076433 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list