CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18181|Reply: 52

Perbandingan 8 pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

[Copy link]
Post time 8-1-2021 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 8-1-2021 08:23 AM

Walaupun tidaklah seuntung pascabayar daripada segi perolehan per pelanggan, pasaran Prabayar miliki jumlah pengguna yang banyak.

(Sumber, 2)
Melihat pada potensi tersebut, berduyun-duyun telco cuba memancing pelangan dengan tawaran data unlimited. Tapi setiap satu daripadanya hadir dengan tawaran unik, ada kekurangan dan ada kelebihan.

Dalam artikel ini, saya himpunkan 8 produk prabayar Internet unlimited yang boleh anda pertimbangkan.
1. Celcom Xpax
Pelan Unlimited daripada Xpax berharga RM35. Di bawah pelan tersebut, anda dapat:

  • Internet berkelajuan 3Mbps (375 kb/s)
  • Panggilan tanpa had
  • Kuota hotspot 3GB



Ada dua jenis add-on Xpax sediakan untuk dikepilkan bersama iaitu speed add-on dan hotspot add-on.
Speed add-on
Bila anda langgan speed add-on, kelajuan anda bertambah sekali ganda kepada 750 kb/s. Pilihan yang anda ada adalah:
  • RM10 untuk tempoh sah mengikut pelan sedia ada
  • RM1 untuk tempoh sah antara 1 pagi hingga 8 pagi
  • RM2 untuk tempoh sah antara 8 pagi hingga 6 malam
  • RM1 untuk tempoh sah 1 jam
  • RM3 untuk tempoh sah 6 jam
Hotspot Add-On
Kalau kuota hotspot 1GB tak cukup, ini pilihan yang anda ada:
  • RM10/20GB untuk tempoh sah mengikut pelan sedia ada
  • RM1 (tanpa had) untuk tempoh sah antara 1 pagi hingga 8 pagi
  • RM2/10GB untuk tempoh sah antara 8 pagi hingga 6 malam
  • RM1/1GB untuk tempoh sah 1 jam
  • RM3/5GB untuk tempoh sah 6 jam


Untuk gunakan servis SMS, anda dikenakan kadar pada 15sen/SMS. Celcom tidak menyatakan secara terperinci sekiranya ada pengurangan kelajuan bila pengguna melepasi satu kuota data (rujuk sini). Anda boleh rujuk Terma & Syarat produk ini di sini.

2. Digi
Digi tidak menyenaraikan pelan unlimited mereka di laman rasmi. Lebih parah, mereka hanya tawarkan pada pengguna tertentu sahaja melalui fungsi Box of Suprises. Asasnya pelan tersebut berharga RM35 dan berikan anda kelajuan 6Mbps serta penggilan tanpa had.

Kami masih menunggu maklumat rasmi daripada pihak Digi berkenaan pelan ini dan artikel akan dikemas kini daripada masa ke masa.
BACA  Anda perlu lihat fenomena hujan meteor Geminid yang dirakam guna Huawei Mate 30 ini

3. Hotlink
Kalau anda pergi kepada Hotlink, anda ada 2 pilihan iaitu:
  • RM35/bulan untuk Internet berkelajuan 3Mbps
  • RM45/bulan untuk Internet berkelajuan 6Mbps



Salah satu kekurangan pada produk ini adalah ia tidak hadir dengan kuota hotspot. Kalau nak, anda kena beli add-on bernilai RM5 dengan tempoh sah mengikut pelan langganan. Lagi baik, bila anda beli add-on ini, anda boleh hotspot sepuas hati tanpa had.
Namun, bagusnya pelan ini adalah ia berikan panggilan tanpa had, tapi SMS-nya ditetapkan pada kadar RM0.15/SMS.
Buat pelanggan pelan RM35 (3Mbps), golongan ini boleh unlock kelajuan penuh 6Mbps dengan bayaran seperti berikut:
  • RM1 untuk 1 jam tanpa had
  • RM3 untuk 24 jam pada 3GB
  • RM10 untuk 7 hari pada 10GB
Hotlink adalah satu-satunya yang nyatakan FUP-nya secara jelas. Selepas penggunaan 50GB, kelajuan Internet akan diturunkan kepada 512kbps.


4. TuneTalk
Ini adalah satu-satunya MVNO dalam artikel ini dan disebabkan ia menggunakan rangkaian Celcom, anda boleh anggap liputan TuneTalk sama seperti Xpax. Anda dapat nikmati Internet tanpa had dengan TuneTalk pada bayaran RM48/bulan.




Anda akan dapat manfaat seperti:
  • Internet tanpa had pada 6Mbps
  • Panggilan tanpa had
  • Hotspot 5GB
Andainya kuota hotspot tak cukup, and aboleh langgan pas RM3 untuk dapatkan data hotspot 5GB untuk tempoh sah 5 hari. Ada juga pas untuk unlock speed 6Mbps menjadi lebih tinggi pada harga RM10 untuk 20GB dan tempoh sahnya mengikut pelan langganan anda. Namun, pas kelajuan ini tidak berikan anda data hotspot.
Lain-lain info yang perlu anda tahu adalah kadar SMS dan MMS masing-masing pada RM0.10/unit. Anda boleh baca Terma & Syarat TuneTalk di sini.
5. Unifi Mobile
Unifi #Bebas adalah satu-satunya produk yang:
  • tak hadkan kelajuan produk unlimited mereka
  • tak halang anda gunakannya sebagai hotspot
BACA  Telco ini tawarkan prabayar Internet 20GB pada RM15 untuk yang layak

Anda boleh langgannya pada harga RM35/bulan.


Tapi, kekurangan Unifi #Bebas adalah, anda tidak dapat kuota suara. Kadar panggilan adalah RM0.20/minit tapi ada pas yang boleh dibeli iaitu RM7 untuk 60 minit ataupun RM20 untuk 200 minit. Kalau nak hantar SMS, anda dicaj RM0.10/SMS.
Kemudian, anda perlu ketahui yang kuota Internet unlimited cuma ada bila anda bersambung ke rangkaian LTE. Kalau anda masuk ke kawasan 3G/2G sahaja, maka tiadalah Internet untuk anda.
Kalau nak berhubung dengan Internet juga, ini anda perlu bayar:


  • RM13 – 1GB Internet asas
  • RM15 – 1GB Internet asas + 1GB Internet berkelajuan pantas
  • RM30 – 2GB Internet asas + 2GB Internet berkelajuan pantas
  • RM50 – 4GB Internet asas + 4GB Internet berkelajuan pantas


Kekurangan terakhir yang ingin saya utarakan pada Unifi #Bebas adalah anda perlukan telefon yang sokong LTE Band 5 (850Mhz). Anda boleh periksa model yang menyokongnya di sini.
FUP untuk Unifi #Bebas boleh dirujuk di sini.


6. U Mobile
U Mobile ada 2 pelan yang boleh anda pertimbangkan.
GX30 berikan anda kelajuan 6Mbps dan kuota hotspot sebanyak 6GB. Anda juga beroleh 15 Bigo Live Diamonds pada harga RM30/bulan. Untuk perhatian anda, kelajuan 6Mbps dan kuota hotspot 6GB adalah promo, sama seperti GX38.




Pada RM35/bulan, anda boleh langgan GX38 yang berikan manfaat sama macam GX30 tapi bezanya anda terima panggilan tanpa had.
Kalau anda lakukan panggilan bila anda langgan GX30, anda akan dicaj RM0.30/minit dan untuk SMS, caj RM0.12/SMS dikenakan untuk kedua-dua GX38 dan GX30.
Anda boleh baca Terma & Syarat untuk U Mobile GX38 dan GX30 di sini.


7. Yoodo
Yoodo ialah satu telco yang unik. Dalam artikel dulu, kami masukkannya sebagai telco digital sepenuhnya. Namun, selepas satu-demi-satu pesaingnya seperti ookyo dan tapp gulung tikar, kami ambil keputusan untuk masukkan saja Yoodo bersama-sama telco konvensional yang lain.




Ada dua pelan unlimited boleh anda pilih daripada Yoodo iaitu:
  • RM35/bulan untuk kelajuan 3Mbps
  • RM43/bulan untuk kelajuan 6Mbps

Anda beroleh kuota hotspot sebanyak 2GB untuk kedua-dua plan. Kalau tak cukup, ada booster yang boleh dibeli pada harga RM2/1jam untuk 100GB ataupun RM5/3jam untuk 100GB.
Kemudian, anda ada add-on khas untuk APP yang berikan anda data berkelajuan penuh untuk APP tersebut:

  • Facebook 20GB – RM5
  • YouTube 20GB – RM10
  • Instagram 20GB – RM5
  • WhatsApp 20GB – RM5
  • PUBG Mobile – FREE
  • Netflix 20GB – RM10
  • Twitter 20GB – RM5
  • iFlix 20GB – RM10
  • AOV 20GB – RM5
  • Spotify 20GB – RM5
  • Boost 20GB – FREE
  • VIU 20GB – RM10
  • TikTok 20GB – RM10
  • CODM 20GB – RM5
  • AstroGo 20GB – RM10
  • DIM SUM 20GB – RM10
  • JOOX 20GB – RM5
  • ML:BB 20GB – RM5
  • Zoom 20GB – RM5
  • Google Meet 20GB – RM5
  • Microsoft Teams 20GB – RM5

Bagusnya Yoodo ini adalah mereka satu-satunya prabayar unlimited yang ada eSIM.


8. YES 4G


Penawaran Internet unlimited Yes 4G diberikan nama Kasi Up Prepaid Unlimited. Anda boleh langgannya pada RM30/bulan dan anda dapat sambungan berkelajuan 7Mbps, paling laju berbanding penyedia lain.




Untuk hotspot, anda dibekalkan kuota sebanyak 9GB. Kalau masih tak cukup, anda boleh beli pas berikut:
  • RM1, 1GB, 1 hari
  • RM2, 2GB, 2 hari
  • RM3, 3GB, 3 hari
  • RM5, 5GB, 5 hari
  • RM7, 10GB, 7 hari
  • RM15, 10GB, mengikut tempoh sah pelan
  • RM20, 20GB, mengikut tempoh sah pelan
Penawaran Yes 4G memang menarik, namun cabarannya adalah ia hanya boleh digunakan pada telefon yang menyokong Band 38 (2600Mhz) dan Band 40 (2300Mhz). Lebih parah, telefon itu perlulah sokong VoLTE sekiranya anda ingin gunakan panggilan suara.
Andainya anda gunakan panggilan suara/SMS, anda dicaj RM0.18/minit dan RM0.09/SMS.
Anda boleh rujuk laman ini untuk senarai telefon yang disokong rangkaian Yes 4G. Maklumat lanjut tentang Terma & Syarat Yes 4G Kasi Up Unlimited boleh dirujuk di sini. sumber

---------------------
korang layanlah ,saya sekarang dah tak ada masalah internet,rumah baru pasang Unifi kaedahnya ,dan internet Maxis di Smartphone tak ada limit kononnya,best la plan tu,dari tak ada, limit 5GB sehari speed 6 Mbps.dari dulu tu sebulan 5 GB,seksa nak topup  quota dia tu hehe.dan sekarang maxis dah buat unlimited hotspot tambah 5rm saja, so semua 50rm sebulan. Good luck

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Unlimited maxis tt pakai tu laju tak?
Dengan RM50 sebulan, murah sangat dah tu.
Aku tengah sakit hati dgn celcom ni, byr seratus sebulan, servis mcm haprak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2021 09:58 AM | Show all posts
Edited by trunks at 8-1-2021 09:59 AM
nazzse replied at 8-1-2021 09:31 AM
Unlimited maxis tt pakai tu laju tak?
Dengan RM50 sebulan, murah sangat dah tu.
Aku tengah sakit ...

nah kalau nak tengok laju ke tak? dengan 2 bar saja  hehe



saya upgrade ke plan prepaid ini



beli yang 45rm bawah sekali tu



kalau nak beli unlimited hostspot 5rm
saya beli di *100#

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Celcom ada upgrade dari 3Mps ke 6Mps.. RM10
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2021 10:07 AM | Show all posts
sarah82 replied at 8-1-2021 10:02 AM
Celcom ada upgrade dari 3Mps ke 6Mps.. RM10

wah macam dah nak sama dengan Maxis limit 6 Mbps hehe

sarah dah selesai ke masalah internet tak laju tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 8-1-2021 10:07 AM
wah macam dah nak sama dengan Maxis limit 6 Mbps hehe

sarah dah selesai ke masalah internet tak ...

Lepas sy complaint.. Laju internet..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2021 10:11 AM | Show all posts
sarah82 replied at 8-1-2021 10:09 AM
Lepas sy complaint.. Laju internet..

wah gila tu..boleh share screen shot test speed? ini pencapaian ni,complain dia orang layan hehe
sebab dia oarng ada skrip tu nak jawab complain ,jawapan sama aje menyalah kan
kita pulak ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 8-1-2021 10:11 AM
wah gila tu..boleh share screen shot test speed? ini pencapaian ni,complain dia orang layan hehe
...

Skrg sy dok kat alor setar.. Masa komplen kat Jitra.. Tapi sini maxis pulak slow.. Huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 8-1-2021 03:45 AM
trunks replied at 8-1-2021 01:58 AM
nah kalau nak tengok laju ke tak? dengan 2 bar saja  hehe




laju..
Ni i punya celcom. Postpaid 40gb data, 5gb hotspot, unlimited calls.

Time connection ok, klu tak dok E manjang. Masalah celcom bila complaint jawab pakai skrip, semua harapkan sub kontraktor, suruh turun padang check malas..


Now wfh, guna hotspot Digi, tak menyakitkan hati sangat buat masa ni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2021 12:11 PM | Show all posts
nazzse replied at 8-1-2021 11:44 AM
laju..
Ni i punya celcom. Postpaid 40gb data, 5gb hotspot, unlimited calls.

ai 25 Mbps tu celcom ke? laju dah tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 8-1-2021 04:11 AM
ai 25 Mbps tu celcom ke? laju dah tu hehe

Sbb masih siang & weekdays u.. Lepas pukul 5 & malam nanti, sendu balik, tak sampai 5mbps.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 02:03 PM | Show all posts
buat masa ni aku guna umobile..
walau kat rumah line hazab nak mampus, tp kat office laju nak mampus..
so meols dgn suci hati cuba sedapkan hati sendirik dgn berkata masa kat rumah adalah family time
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 07:04 PM | Show all posts
aku pakai yes 4g je. sekarang rm30 dapat 7mbps.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya guna tunetalk plan lama dgn hotlink prepaid rm45 tu.
Laju oo maxis walaupon 6mb tu.

Kompeni bagi line unifi yg byk problem kat Sarawak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2021 12:36 PM | Show all posts
nazzse replied at 8-1-2021 12:14 PM
Sbb masih siang & weekdays u.. Lepas pukul 5 & malam nanti, sendu balik, tak sampai 5mbps.

oh tu mesti kes congested,saya pernah kena, selalunya,area awak tinggal tu
ramai guna telco yang sama. asal malam aje kan ramai dah balik kerja
dan akan guna internet waktu itu sampai pukul 2,3 pagi baru
laju balik.hampeh betul. solution nya,memang kena guna telco lain
atau tak kan nak pindah haha (saya dah buat,saya pindah)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2021 12:37 PM | Show all posts
awanysss replied at 8-1-2021 02:03 PM
buat masa ni aku guna umobile..
walau kat rumah line hazab nak mampus, tp kat office laju nak mampu ...

haha redha la ye? tapi,kalau slow nak mampus, hati sangat sakit
tapi,kalau kat rumah awak tak payah buat kerja okla hati tak sakit sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2021 12:39 PM | Show all posts
freakazoid replied at 10-1-2021 07:04 PM
aku pakai yes 4g je. sekarang rm30 dapat 7mbps.

prepaid ke ni? pergh laju juga tu 7 mbps..dulu saya guna postpaid
macam jilaka juga hehe.nak terminate kena bayar full 24 bulan tu
bulanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2021 12:41 PM | Show all posts
aziz79 replied at 11-1-2021 01:03 AM
Saya guna tunetalk plan lama dgn hotlink prepaid rm45 tu.
Laju oo maxis walaupon 6mb tu.

wah,sama la kita guna maxis yang capped speed 6 mbps tu.
yang paling sedap sekarang unlimited hotspot 5rm aje sebulan

awak memang duduk sarawak ke dari dulu? peh hehe


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 01:05 PM | Show all posts
trunks replied at 12-1-2021 12:37 PM
haha redha la ye? tapi,kalau slow nak mampus, hati sangat sakit
tapi,kalau kat rumah awak tak pay ...

yg peliknya umobile punya slow ni bila bukak shopee,fb, ig..meols kelas online guna google meet elok je line dia..
so nikmat apa lg yg mahu didustakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 12-1-2021 12:41 PM
wah,sama la kita guna maxis yang capped speed 6 mbps tu.
yang paling sedap sekarang unlimited hot ...

Tapi ada fup. 50g terus capped speed. Boleh la. Pakai pon tak sampai 20g sebulan.
Dah 2 tahun trunk kat Sarawak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.077823 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list