CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3228|Reply: 16

[Idea] Sistem Pendidikan Malaysia Berjaya Atau Gagal?

[Copy link]
Post time 10-1-2021 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Semenjak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, pendidikan kebangsaan Malaysia mula mencorakkan dasar dan halatuju negara dalam bidang pendidikan. Bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelbagai perubahan pd aspek pendidikan negara telha di buat utk mencorak pemikiran anak2 Malaysia ke arah negara maju dan berbilang kaum.

Walaubagaimanapun, pada masa kini, sistem pendidikan negara seolah-olah satu sistem yg keterbelakang, jumud dan mundur. Sistem yg tidak dpt menghasilkan para pelajar berdaya maju pada zaman artificla intelligence, dunia tanpa sempadan dan sebagainya. Kewujudan pelbagai jenis sekolah dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah swasta dan lain-lain.

Subjek pembelajaran yang tidak dapat menjamin kelangsungan hidup para pelajar apabila menamat tempoh persekolahan samada terus sambung ke peringkat diploma atau ijazah, atau terus bekerja selepas SPM. Pada pandangan saya, sistem persekolah Malaysia masih mengekalkan elemen 'assembly line' di mana kita melihat anak2 sebagai produk kilang dan acuan yg sama diberikan kpd setiap pelajar. Sistem pembelajaran di Malaysia haruslah unik di mana pembelajaran sesuatu bidang perlu diperluaskan. Kerajaan perlu memperluaskan aliran persekolahan samada dr sekolah sains, sekolah sastera, sekolah teknikal dan sebagainya. Atau pd sesebuah sekolah, terdapat aliran2 yg boleh diperkenalkan utk manfaat anak2 yg didorong minat mereka pd sesuatu bidang.

Adalah amat malang sekali sekirany seseorang pelajar tidak berminat pd aliran sains, tetapi di paksa utk ambil aliran tersebut. Pembentukan minat perlu dilaksanakan pd peringkat rendah dan bermula tingkatan 1, subjek khusus di ambil di peringkat menengah. Sekolah2 berasrama penuh, MRSM, Teknikal, Vokasional merupakan langkah bijak kerajaan utk mengkhususkan pengambilan subjek mengikut minat masing2. Dengan cara ini, negara dpt membuka peluang 'ekonomi baru' atau ekonomi berdasarkan bidang.

Penguasaan bahasa inggeris sebagai global language perlu ditekankan supaya para pelajar mempunyai nilai kompetitif di peringkat global. Penciptaan industri sains dan teknologi perlu ditekankan oleh kerajaan utk melonjak Malaysia ke arah negara maju sebagaimana dilakukan oleh Singapore, Finland, Norway, Denmark, etc.

Persoalannya, mampukah sistem pendidikan Malaysia di rombak kembali?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sistem pendidikan yg baru ni hanya untuk budak pandai dan parents yang pandai
Terlalu kbat sampai benda basic pun tak dapat kuasai
Susah untuk slow learner
Kalau nak rujuk buku teks pun tak de jawapan
Budak2 tak de skill mencari jawapan sendiri
P sekolah tanya cikgu nanti dapatlah jawapan bodoh
Lagi teruk cikgu tak masuk mengajar

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2021 09:07 PM | Show all posts
VespaSilbe replied at 10-1-2021 08:37 PM
Sistem pendidikan yg baru ni hanya untuk budak pandai dan parents yang pandai
Terlalu kbat sampai  ...

adakah cikgu2 di malaysia kurang berkualiti?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 10-1-2021 09:07 PM
adakah cikgu2 di malaysia kurang berkualiti?

Berkualiti... Ada degree master phd
Tapi tatau nak cakap camna
Cikgu aku dulu jarang sgt tak masuk mengajar
Kalau tak ke sekolah 3 hari, cikgu akan call parents
Kalau buku tulis bergam2 sambung buku baru ...hujung tahun tebal yahamat
Tapi cikgu aku dulu depa pun ada takat MCE
Makcik aku pun cikgu takat darjah 6 tapi rajin mengajar
Sekolah anak aku
Time subjek lukisan melangut cikgu tak masuk
Padahal melukis la paling enjoy
Time pendidikan jasmani pun duk dalam kelas ja pastu salahkan budak gemuk
Aku dulu time pj berlari la kat pdg 2 round kat pdg sekolah sebelah yestana kuning
Anak aku lompat pagar pun tak pernah






Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 10-1-2021 08:37 PM
Sistem pendidikan yg baru ni hanya untuk budak pandai dan parents yang pandai
Terlalu kbat sampai  ...

Tak setuju dgn sebahagian komen..

Pendapat sy, mmg betul soalan sekarang banyak kbat. Nak jwb soalan kbat ni basic kene strong.  Pelajar kene betul2 faham konsep / teori yg ada dlm satu2 tajuk tu.
Masalahnya macam mana nak bagi pelajar faham? Nak guna teknik apa? Nak ajar mcm mana? Kat sini la perlunya kreativiti seorang guru. Bukan sembrono ajar je asalkan habis silibus.

Satu lagi,  nak jawab solan kbat ni pelajar2 bukan je kene fhm konsep tp juga mampu utk apply konsep tu masa jawab kbat.  Persoalannya, adakah pelajar diajar utk jwb solan kbat dgn baik?

Bdk2 xde skill nak jwb soalan kbat mungkin sebab x diajar cara berfikir dari awal. Sy rasa ni la antara kelemahan yg ada dlm sistem pendidikan kita.  Silibus dh cukup baik & mendalam. Tp tahap pemikiran bdk2 still kat low level lg.  Jadi mcm mana nk jwb kbat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 10-1-2021 09:07 PM
adakah cikgu2 di malaysia kurang berkualiti?

Apa cara terbaik nak ukur kualiti seorang guru tu? Competency test?  Kalau dia ajar spm dan dia kene jwb soalan spm? Kalau markah atas 90 baru dikatakan competent & qualified? Bawah dari tu dikira x berkualiti?
Menarik soalan ni sebenarnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
iman_kasih replied at 10-1-2021 10:27 PM
Tak setuju dgn sebahagian komen..

Pendapat sy, mmg betul soalan sekarang banyak kbat. Nak jwb  ...

nak tanya...awak cikgu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bloodyamuk replied at 11-1-2021 01:51 AM
nak tanya...awak cikgu ke?

Ada apa dgn soalan tu sedara/i?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2021 10:05 AM | Show all posts
iman_kasih replied at 10-1-2021 10:31 PM
Apa cara terbaik nak ukur kualiti seorang guru tu? Competency test?  Kalau dia ajar spm dan dia ke ...

bagi aku senang aje, utk mengetahui seseorang guru tu berkualiti atau tidak, kena tengok jumlah bilangan gred A yg diperolehi oleh para pelajarnya...

sebagai contoh, cikgu matematik mengajar sejumlah 100 org murid...kalau 80% drpd murid2 nya mendapat A, maka cikgu tersebut di anggap berkualiti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2021 10:08 AM | Show all posts
iman_kasih replied at 10-1-2021 10:27 PM
Tak setuju dgn sebahagian komen..

Pendapat sy, mmg betul soalan sekarang banyak kbat. Nak jwb  ...

pada pandangan saya, KBAT ni harus dibubarkan juga...tidak sesuai utk mencari 'talent' di kalangan anak2 berdasarkan minat masing2...kerajaan perlu concentrate terus kpd bidang2 yg anak2 minat seawal tingkatan 1...peperiksaan khas pd darjah enam perlu dilaksanakan mengikut keupayaan, minat dan kecenderungan anak2...KBAT is just a way to disqualify anak2 yg tak mahir dlm bidang akademik...padahal mereka mempunyai talent2 yg lain yg main stream education tidak dpt memenuhi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 10:16 AM | Show all posts
ntah lah ek..
aku pun terfikir jugak.. masa aku ada upsr,pmr, spm..
walaupun dulu aku rasa pmr tu mcm tak berguna, tp bila tgk pt3 ni, aku rasa pmr tu penting..

kalau malaysia adopt sistem education singapore pun aku rasa okay..
aku pernah tgk buku math budak singapore, darjah 5 sama dgn math kite form 2 (zaman aku)...

and utk soalan kbat aku rasa tak membantu sgt.. more pd "over" yg kadang jd tak logik..
setiap orang fikir lain2, then nilai kbat tu based on cikgu tu sorang punya otak.. sgt tak adil..

so conclusion dia, aku prefer back to education/silibus zaman aku dulu2 (yg aku rasa better dr skrg) atau up sikit tp tak mengarut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2021 10:23 AM | Show all posts
awanysss replied at 11-1-2021 10:16 AM
ntah lah ek..
aku pun terfikir jugak.. masa aku ada upsr,pmr, spm..
walaupun dulu aku rasa pmr tu  ...

masalah education dulu2 adalah ia lebih kpd menghafal dan menjawab soalan hasil drpd hafalan...this is not education, semacam produk kilang yg telah ditetapkan jumlah ingredient yg perlu di masukkan ke dlm otak...it does not train the brain to think...

walaubagaimanapun, kena ada silibus utk para guru mengajar berdasarkan guideline yg ditetapkan...cuma soalan2 yg diberikan tidak boleh bersifat hafalan, tetapi mengaplikasikan teori kpd day-to-day problems...this is actual education..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 11:05 AM | Show all posts
sesuai utk bdk2 [pandai tp menyebabkan bdk2 tak pandai makin ketinggalan menyebabkan jurang lebih besar kepala golongan T20 dan B40.
Malaysian education system should be pay more attention to kelas corot2 so that all kids can at least become average rather than concentrating onf 10-20% top students yg kat kelas first tu. but then again pencapaian sekolah diukur dr berapa ramai yg score, bkn berapa ramai yg lulus. maka jadila mcm skrg...all attention goes to smart and briliant students.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 12:47 PM | Show all posts
ifanonline replied at 11-1-2021 10:23 AM
masalah education dulu2 adalah ia lebih kpd menghafal dan menjawab soalan hasil drpd hafalan...thi ...

aku tak rasa aku menghafal masa kecik..
aku faham semuanya, pastu apply.. sbb aku pandai kot

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 11-1-2021 10:08 AM
pada pandangan saya, KBAT ni harus dibubarkan juga...tidak sesuai utk mencari 'talent' di kalangan ...

Kbat ni still penting untuk bezakan tahap kemampuan berfikir,  mensintesis & menganalisis anak2. Kbat ni ada kaiatan dgn scientific thinking. Kalau ada anak,  sebelum sibuk nak kbat rasanya elok diajar dulu pemikiran secara saintifik ni.  Utk bdk2 kecik boleh la mulakan dgn kemahiran memerhati dulu contohnya.

Sy setuju jika diberikan pilihan bidang mengikut minat seawal ting. 1 pada anak2 ni. Sekarang pun dah ada sebenarnya kan tapi masa form 4 la kebanyakannya. Ada juga yg dh mula dari f1 tapi x banyak mcm sekolah seni, sekolah sukan & genius pintar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 11-1-2021 10:05 AM
bagi aku senang aje, utk mengetahui seseorang guru tu berkualiti atau tidak, kena tengok jumlah bi ...

Wow..tinggi sangat tu.  Mau berkampung cikgu2 kat sekolah. Kalau tak salah sasaran biasanya dlm 60% A.  Pada saya tak guna pun kalau 100% A tapi dengan hafalan.

Ada je kan sekolah yang buat competency test utk cikgu2. Inisiatif yg baik. Tapi result? Below than expectation. Apa nak buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 01:02 PM | Show all posts
aku taknak komen la psl gagal atau tak plus aku bukan tergolong dalam golongan yg sesuai nak berbahas. cuma aku rasa dulu mcm rugi la patut sekolah kt Malaysia ajar bebudak empat bahasa (melayu , english , mandarin and tamil) kiranya as a Malaysian ko kena kuasai la 4 bahasa ni. terima kasih. and tak perlu SJKC SJKT  semua tu. semua sekolah kebangsaan shj.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.067151 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list