CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1101|Reply: 3

PGA Sarawak tumpas' Geng Adi Tailo', kumpulan aktif seludup PATI

[Copy link]
Post time 12-1-2021 07:09 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya menumpaskan satu sindiket yang aktif dalam penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini yang dikenali sebagai 'Geng Adi Tailo'.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Mancha Ata berkata, suspek atau dalang utama seorang warga Indonesia berjaya ditangkap dalam operasi yang dijalankan sepasukan anggota Op Benteng Covid dari Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA di pekarangan tempat letak kereta sebuah hotel di Batu 3 di sini sekitar jam 1 tengah hari pada Ahad.

Tambahnya, dalam operasi itu, pasukan turut menahan empat warganegara tempatan (tekong), seorang warganegara Indonesia (tekong), 16 PATI (lapan lelaki dan lapan wanita) dan seorang PATI kanak-kanak lelaki.


PATI yang ditahan dalam operasi berkenaan

credit : UtusanBorneo


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2021 07:11 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 12-1-2021 07:14 AM
"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Op Benteng Covid Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA telah mengekori tiga kenderaan tempatan yang disyaki membawa PATI dari Biawak, Lundu ke Sibu, Tatau dan Bintulu dengan menggunakan kenderaan peribadi.

"Pemeriksaan dibuat semasa kenderaan terbabit berhenti di pekarangan parkir sebuah hotel sekitar Batu 3, Kuching yang dijadikan tempat transit PATI sebelum dihantar ke Sibu, Tatau dan Bintulu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Mancha, tangkapan dan rampasan ini melibatkan satu sindiket yang aktif dalam penyeludupan PATI iaitu Geng Adi Tailo yang bergiat aktif menyeludup PATI di sekitar Sarawak.



"Kumpulan ini mempunyai rangkaian sindiket pemerdagangan orang dari Indonesia yang dikenali sebagai Kumpulan Feri Yeni.

"Turut dirampas tiga kenderaan yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan PATI ini," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, PGA Briged Sarawak akan terus membuat pemantauan pergerakan kumpulan-kumpulan yang aktif dalam aktiviti penyeludupan PATI di sempadan.

"Justeru, orang ramai diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat penyeludupan PATI untuk siasatan dan tindakan susulan melalui nombor telefon 082-587222 atau faks 082-688541," ujarnya.

Dalam kes berasingan, Mancha berkata, pada 9 Januari lalu sekitar jam 7.07 pagi bertempat di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia jalan tikus Biawak, Lundu, pihaknya menahan dan memeriksa seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai cuba masuk melalui jalan yang tidak diwartakan (jalan tikus).

"Pemeriksaan lanjut mendapati warga Indonesia tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Ketua serbuan telah mengarahkan warganegara Indonesia tersebut berpatah balik ke indonesia menggunakan laluan yang sama," tambahnya.

oleh
Rusnan Mustafa


      

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2021 07:17 AM | Show all posts
Syabas PGA ...

kurang2 berkurang skit kemasukan secara haram yang boleh menyerbarkan Covid tanpa d ketahui.


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 08:19 AM | Show all posts
bagus... sempadan Sarawak-Kalimantan ini mmg panjang, ada je lubang pati2 nak masuk hah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.288398 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list