CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akuchenta

[Tempatan] YDPA isytihar darurat sehingga 1 Ogos 2021

  [Copy link]
Post time 13-1-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita
Oleh ARIF ATANJanuary 13, 2021 7:36 am 0



Pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos nanti hanya bagi menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah hilang majoriti.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, pengisytiharan darurat itu akan menambahkan lagi beban rakyat yang sebelum ini sudah tertekan dengan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Muhyiddin sudah tiada lagi majoriti. Dengan pengisytiharan darurat ini rakyat akan menderita. Pelabur-pelabur pula menganggap kerajaan tidak stabil.

“Perdana Menteri sendiri boleh ditekan kawannya sendiri selain pihak lawan sudah semestinya.

“Oleh itu, beliau adalah Perdana Menteri hilang wibawa,” katanya ketika sesi Facebook Live menerusi NRChannelTV.Net. malam tadi.

Perikatan Nasional (PN) hari ini hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat susulan tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menarik diri daripada menyokong kerajaan.

Semalam, Muhyiddin berkata pengisytiharan darurat di seluruh negara yang mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong bagi meningkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam ketika negara berdepan dengan penularan pandemik Covid-19.

Katanya, sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa, pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) tidak akan dilaksanakan.



Perikatan Nasional (PN) hari ini hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat susulan tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menarik diri daripada menyokong kerajaan.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) pula hanya memiliki 91 Ahli Parlimen manakala 17 Ahli Parlimen pembangkang lagi tidak menyertai mereka.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja mengingatkan tahap integriti yang tinggi oleh pemimpin di negara lain yang akan berundur apabila tidak mendapat mandat.

“Kalau di Korea dan Jepun, Perdana Menteri seperti ini sudah meletakkan jawatan.

“Namun, di Malaysia, dia isytihar darurat pula untuk meneruskan kuasa. Tiada kena mengena pengisytiharan darurat ini dengan Covid-19,” tegasnya.



Mohamad Sabu dalam segmen Berterus Terang di NRChannelTV.Net yang dimoderatorkan Zaharin Yassin.

Bekas Menteri Pertahanan itu juga berkata, usaha menangani penularan pandemik sebenarnya boleh dilakukan dengan lebih berkesan dengan penglibatan golongan pakar kesihatan.

“Covid-19 boleh ditangani dengan cara lain melibatkan kerjasama pakar-pakar kesihatan. Kita sendiri ada bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Itu sebabnya, pelaksanaan darurat ini untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, sejak tahun lalu lagi Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu mahukan darurat selepas menerima tekanan Umno yang mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) segera diadakan.

Pada 23 Oktober 2020, Muhyiddin buat kali pertama menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang memohon perkenan pengisytiharan darurat.

Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat ketika itu.

Desakan Umno untuk PRU-15 muncul selepas portfolio kementerian strategik atau paling penting dalam kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang muncul ekoran Langkah Sheraton dibolot oleh Bersatu.

Walhal, Umno mempunyai 39 kerusi Parlimen berbanding 31 kerusi dimiliki Bersatu.

Pada 9 Januari lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada dasarnya bersetuju dengan usul menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 12-1-2021 10:28 PM
Telus habah kau

kalo telus kenapa yang lompat dari umno masuk parti dia digugurkan tuduhan

Mana2 politik memang camni. So, bagi aku, start dengan penyucian dikalangan umno dan dap dulu. Nanti diorang dah masuk penjara, next pru tukar kerajaan, umno pulak masukkan geng2 abangkaw dalam penjara yang mana terbabit dengan rasuah/salahguna kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 13-1-2021 09:07 AM
cmf_premierleag replied at 12-1-2021 03:28 PM
so best la menteri and TM semua
takyah susah2 kene bangun pagi stp hari rabu utk attend sidang parl ...


Untungg  ya jd menteri kat Msia..time darurat bleh hepi2 mengangkang kat umah makan tido berak jah kejenya..

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen
Oleh CAMELIA KJanuary 12, 2021 7:54 pm 0



Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini mempertikaikan keperluan menggantung fungsi Parlimen susulan pengumuman pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurut pemimpin veteran DAP itu, negara lain di seluruh dunia juga turut mengisytiharkan darurat dalam membendung Covid-19, tetapi masih meneruskan fungsi Parlimen atau legislatif mereka.



“Muhyiddin juga perlu beringat bahawa negara lain di seluruh dunia telah pun mengisytiharkan keadaan darurat untuk melawan Covid-19 tanpa menggantung fungsi Parlimen atau legislatif mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan mengapa tempoh darurat perlu diadakan dalam tempoh yang panjang, sehingga tujuh bulan.

“Tambahan lagi, proklamasi darurat di negara-negara lain tidak berlangsung hampir selama tujuh bulan. Mengapakah perkara ini berlangsung selama ini di Malaysia?” soalnya.

Kit Siang berkata, adakah ini bermakna Kerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai keyakinan terhadap pelaksanaan semula PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan di negeri-negeri tertentu dapat menghentikan penularan dan kematian akibat wabak Covid-19.

“Muhyiddin telah mengatakan bahawa kerajaan memerlukan sesetengah kuasa untuk melawan wabak Covid-19 yang semakin meneruk.

“Muhyiddin tidak sepatutnya bimbang dengan perkara ini, memandangkan saya yakin bahawa Parlimen tidak akan menghalang undang-undang untuk memberikan kerajaan semua kuasa yang diperlukan untuk melawan wabak Covid-19 dengan efektif, memandangkan semua rakyat Malaysia bersatu hati dalam tugas penting melawan wabak Covid-19 di Malaysia,” katanya.


Untuk rekod, Muhyiddin telah mengumumkan pengisytiharan darurat kurang daripada dua puluh empat jam selepas beliau mengumumkan pelaksanaan PKP di lima negeri dan tiga wilayah persekutuan yang berkuatkuasa selama 14 hari bermula 13 Januari 2020.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:05 AM | Show all posts
padan muka utk org politik dan macai2 sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
lemanusopp replied at 12-1-2021 08:12 PM
Apa lg akal umno lps ni
At least negara ni stabil till aug hopefully
Yidin...u're the man

Bijak jugak yidin ni.. xkisah la org kata yidin nk selamatkan diri.. dlm masa sama, rakyat pun selamat jugak.. rakyat marhein dh cukup terbeban dgn covid ni, nk tmbah plak dgn Pru.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 13-1-2021 08:53 AM
Tolong la najib, zahid, lim guan eng dengan semua politikus yang ada kes mahkamah dijatuhkan hukum ...

Aminnnnn.. dan hilang kelayakkan untuk bertanding.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2021 09:38 AM | Show all posts
tarikh penting kot...camne lah boleh salah...cuainye
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:27 AM | Show all posts
sebelum pru buat dulu akta lompat parti...barulah mereka yang dilantik kekal sampai habis penggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
yg pastinya kalau muhyiddin jatuh, i sinar hampir pasti tanpa syarat, mora sambung2, bantuan one off banjir, tambahan bpn etc, etc

kita tunggu apa lg helah muhyiddin lps ni utk kekal kuasa

buat malu je sampai media luar pun kata darurat ni utk muhyiddin kekal kuasa

p/s : korang yg sokong pn ni tau tak tg zafrul kena bash dgn investor asing sbb sembang kencang kata pelaburan byk masuk? dah la surat sokongan menteri dah jd perkara biasa, projek rundingan terus pun main sembang dlm whatsapp je. tu belum kira lg menteri yg langgar sop tp kkm tutup mata je. byk lg la kalau nak cakap, korang tungguuuuuuuuu. jgn menyorok pulak nanti kalau ada isu kerajaan pn ni ye, bawak la backing apa yg patut





Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yg kata kerajaan muhyiddin Telus dlm kes mahkamah ke?

telus jadah apanya, najib terima duit jho low kena dakwa, family zeti terima duit jho low tak kena dakwa. mat maslan terima duit najib kena dakwa, tok la terima duit najib tak kena dakwa. tu peguam negara dok tarik blk kes2 mahkamah geng2 yg sokong muhyiddin tu telus apanya

dasar haramjadah punya telus





Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:13 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 13-1-2021 12:03 PM
ada yg kata kerajaan muhyiddin Telus dlm kes mahkamah ke?

telus jadah apanya, najib terima duit j ...

Jangan lupa geng2 lompat masuk Bunga raya ni seperti Mat Stopa ka apa kaa... mula2 nama naik terima duit 1MDB.. masok jaa bunga raya teruih suci murni tadak pendakwaan sampai laa nii... tapi dia punya sembang tanak masok campur.. paling memalukan semburit ke hulu ke hilir...
budus & munafik... harap2 Allah swt tunjuk balasan di donia manusia yang terang2 munafik .. dia ingat orang lain bodoh mcm dia laa tuu..

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 13-1-2021 08:59 AM
Mana2 politik memang camni. So, bagi aku, start dengan penyucian dikalangan umno dan dap dulu. Nan ...

Kena jelaskan dulu fungsi Richard Malanjum

tukar hakim, tak siasat zeti, pendakwaan berpilih, banyak lagi la

nak cakap rule of law, memang takde siapa percaya dah undang2 versi PH
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 11:19 AM | Show all posts
kalau darurat mcm mana dengan RMK 12? pelabur boleh lari kot....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 12-1-2021 09:41 PM
Time ni la mp menteri ada byk free time boleh turun padang..kalau x nmpk byg jugak kitaboleh tau l ...

Time ni la pulak sorang2 didapati positif.. Harap yg negatif tu semua pulun turun padang. Rumah2 yg banjir tu banyak lagi yg diaorg perlukan bantuan utk bersihkan.. Biasa banyak NGo dan badan2 sukarela yg dtg membantu. La ni dgn covid, x ramai dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.074405 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list