❝Kenapa pelanggan I dah tak datang kedai I?❞
Pernah tak terfikir perkara macam ni?
Dalam kegawatan ekonomi, banyak cabaran yang peniaga terpaksa hadapi untuk membina perniagaan dengan lebih baik atau sekurang-kurangnya bertahan dengan jualan yang ada.
Ada masanya, dengan perkhidmatan pelanggan yang terbaik akan bantu peniaga untuk terus menarik pelanggan atau sekurang-kurangnya mengekalkan pelanggan yang sedia ada.
Kami nak bantu anda terus berniaga dengan baik di samping menjadi peniaga ‘favourite’ di dalam industri anda. Berikut kami kongsikan 5 Tips Perkhidmatan Pelanggan Yang Terbaik.
Ramai pelanggan tak mementingkan penampilan. Walaupun anda berniaga di restoran dan penat memasak anda masih perlu menjaga penampilan.
Ada 3 jenis penampilan yang anda perlu ambil kira:
- Penampilan diri peniaga – Bersih, ceria, sentiasa tersenyum, positif
- Penampilan kedai – Berikan pengalaman terbaik dari segi bau, cahaya dan persekitaran
- Penampilan kakitangan – Menghormati dan membantu pelanggan, bersih, ceria, prihatin dan ramah mesra.
Pernah tak anda tak pergi ke sesuatu kedai kerana kedai tersebut kotor? Jika anda pun macam tu, sama juga dengan pelanggan anda. Pastikan penampilan luaran anda, kedai dan kakitangan anda sentiasa dalam keadaan terbaik.
Sikap Sabar Dan Membantu Tak kira apa sahaja jenis perniagaan anda perlu menunjukkan sikap yang terbaik. Kadang-kadang peniaga atau kakitangan kurang sabar dengan kerenah pelanggan yang macam-macam.
Cuba tanamkan sikap ingin membantu pelanggan. Ramai pelanggan sebenarnya tidak tahu apa yang mereka mahu dan juga tak tahu banyak perkara.
Jadi, peniaga yang ada sikap yang baik akan sentiasa sabar dalam menasihati dan ‘educate’ pelanggan. Sabar, prihatin, keinginan hendak membantu dan senyum merupakan dua sikap yang penting yang perlu ada dalam diri peniaga.
|