CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33167|Reply: 259

ALBUM BELAGU DAYANG NURFAIZAH NO 1 DI iTunes, Dah boleh Pre-Order Album Fizikal

  [Copy link]
Post time 13-1-2021 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Divasss at 22-2-2021 03:23 PM

KUALA LUMPUR : Penyanyi popular Dayang Nurfaizah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat kerana meletakkan album klasik terbarunya, Belagu berada di tangga nombor satu carta Itunes Apple Store dalam tempoh hanya dua jam ia diedarkan hari ini.

Jelas Dayang, dia terharu dengan sambutan hangat diberikan pendengar dan peminat muzik tempatan terhadap album klasik tersebut.

“Dayang dimaklumkan oleh pengurus, Sharina Ahmad, Belagu mula diedarkan di seluruh penstriminan muzik tepat jam 12 malam tadi dan dua jam selepas itu ia berada di tangga nombor satu di carta album paling laris jualan di Itunes Apple Store.

“Alhamdullilah! terasa segala perancangan bertahun-tahun dan kerja keras dicurahkan untuk menghasilkan album ini sangat berbaloi. Ternyata apa yang saya mahu kongsikan dengan peminat muzik tempatan diterima baik,” katanya.

Album Belagu yang menghimpunkan khazanah lagu terbaik tempatan dan nusantara dan diberikan nafas baru oleh Dayang, mula diedarkan hari ini.

Selain itu menurut Dayang, sambutan hangat diberikan peminat terhadap album Belagu juga merupakan petanda positif bahawa industri muzik tempatan masih mampu berkembang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Dayang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak membantu dalam merealisasikan impian menghasilkan Belagu terutama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Album Belagu menghimpunkan lagu klasik antaranya Tudung Periuk, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Tari Tualang Tiga.

Album ini juga adalah projek khas Dayang yang menyaksikan kerja-kerja rakaman dilakukan secara langsung dengan studio khas dibina dalam sebuah gudang, bagi membolehkan segala logistik dan kerja rakaman berlangsung dengan sempurna dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun persediaan awal dalam merancang rakaman dapat dilakukan dengan sempurna telah berlangsung sepanjang tahun lalu.

cc : Utusan Malaysia
cc : IG HHDN_central
  

  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
fans ramai request dia buat album tradisional. akhirnya dia tunaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bersesi foto dengan tok rizalman DN layan tradisional eh. Sejoli sangat DN masa tu..mesmerized kecantikan DN ni..rupanya sheol classic look
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dayang mmg nyanyi lagu classic pon Kan sblm jadi retis...jauh bertiang suara dayang lagi shedap nyanyi lagu classic banding nek ani
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
anak_bunian replied at 13-1-2021 09:58 PM
fans ramai request dia buat album tradisional. akhirnya dia tunaikan.

Akhirnya jdi kenyataan penantian peminat sheols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 13-1-2021 10:04 PM
Sejak bersesi foto dengan tok rizalman DN layan tradisional eh. Sejoli sangat DN masa tu..mesmerized ...

Yuppp konsert kesuma jiwa mmbuktikan sheols boleh nyanyi lagu klasik dgn baik, dgn penampilan classic masa tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 13-1-2021 10:07 PM
Dayang mmg nyanyi lagu classic pon Kan sblm jadi retis...jauh bertiang suara dayang lagi shedap nyan ...

Yup sheols juara bintang remaja asli Serawak dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsia2 i wish kat her insta
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan lagu rentak tradisional ciptaan baru

Rupanya lagu lama diberi nafas baru je. Moga tak dengar napas dayang yg dihembus hembus dalam lagu2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 13-1-2021 10:07 PM
Dayang mmg nyanyi lagu classic pon Kan sblm jadi retis...jauh bertiang suara dayang lagi shedap nyan ...

nek ani konon terpaling ratu irama malaysia ujung2 dayang gak yg kuar album tradisional.. nek ani abokk pun tarakkk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:58 PM | Show all posts
tu semua lagu cover ke?
iols rela MCMC bagi dana dekat dayang ni buat album tradisional daripada membazir beli akaun twitter yach
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:10 PM | Show all posts
suara dia memang sedap gilerrrr nyanyi lagu asli
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyy...live recording tu yg buat album ni extra special...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak dengar versi recorded live ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 13-1-2021 10:58 PM
tu semua lagu cover ke?
iols rela MCMC bagi dana dekat dayang ni buat album tradisional daripada me ...

Yup semua lagu cover sahaja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
orang_kampong replied at 13-1-2021 11:12 PM
Yeayyy...live recording tu yg buat album ni extra special...

Yup specialnya record secara live trmsuk MV skali kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:30 AM | Show all posts
album ni mesti jadi koleksi..
rugi tak beli.
pilihan lagu2 nya pun sesuai. mesti susah nak pilih kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 14-1-2021 07:30 AM
album ni mesti jadi koleksi..
rugi tak beli.
pilihan lagu2 nya pun sesuai. mesti susah nak pilih k ...

Tula meols ponn oldskool skit msti beli physical sbb bru puas gitew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.098850 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list