CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4828|Reply: 29

Edisi Nak gelak nak kesian:Lelaki ini nyenyak’ tidur di atas tilam sambil memelu

  [Copy link]
Post time 14-1-2021 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEBAGAIMANA yang diketahui umum, beberapa negeri dilanda banjir yang teruk susulan hujan lebat berterusan sejak lebih seminggu lalu.

Negeri-negeri di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Johor antara yang terjejas teruk sehingga menyaksikan puluhan ribu mngsa terpaksa dipindahkan.

Sudah pastinya dalam situasi ini, pelbagai kesukaran dan kesulitan terpaksa dihadapi oleh mngsa banjir untuk tempoh yang lama sehingga keadaan benar-benar kembali pulih.

Jika disoroti di laman sosial, banyak perkongsian yang dimuat naik oleh pelayar bagi menggambarkan situasi banjir di kawasan masing-masing.

Namun begitu, perkongsian seorang pelayar di Twitter baru-baru ini benar-benar mencuit hati netizen, apabila dia memuat naik aksi lucu dan luar biasa ketika rumahnya turut dilanda banjir yang teruk.

Meraih lebih 14,000 retweet, video berdurasi kurang 20 saat itu memaparkan dirinya sedang ‘nyenyak’ tidur di atas tilam sambil memeluk bantal ketika dibawa arus banjir.

Kalau dah penat, dekat mana pun aku boleh tidur,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Muhamad Faris dan keluarganya kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Muhamad Faris Sulaiman berkata tindakan spontannya itu tercetus kerana mahu menghilangkan rasa kecewa selepas rumah yang siap dikemas, ditenggelami air bah semula.

“Tilam tu saya jemur untuk keringkan… tapi bila air naik, alih-alih ia terapung pula. Spontan saya pun saja naik atas tilam tersebut dan ibu rakam gelagat ketika itu.

“Salah satu sebabnya, untuk hilangkan rasa kecewa dan penat… sebab tak boleh nak buat apa-apa jadi ‘layan’ sajalah,” kata pemuda yang menetap di Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor ini.

Saya gembira bila orang lain pun terhibur. Tapi ibu marah juga, dia kata tak payah la nak viral-viral ni. Tapi apa salahnya kalau menghiburkan orang.

Pemuda itu yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bersama keluarganya berkata, kampungnya sudah dua kali dinaiki air dalam tempoh dua minggu ini.

“Banjir kali ini sama teruk seperti tahun 2006 di mana air pernah mencecah siling rumah. Sebelum ini selalu saja berlaku banjir tapi tak teruk… hanya perlu cuci lantai saja.

“Lokasi kampung kami memang mudah ditenggelami air. Sebenarnya sudah ada beberapa keluarga dah berpindah ke penempatan yang disediakan kerajaan, tapi keluarga saya belum ada rezeki. Harap-harap la perkara ini dapat perhatian pihak yang sepatutnya,” katanya.

Pemuda berusia 24 tahun yang juga peniaga char kuew teow ini berkata, ketika ini keadaan banjir di kampungnya semakin pulih namun mereka masih belum dibenarkan pulang kerana cuaca masih tidak menentu dikhuatiri mengundang bahaya.

Beginilah keadaan rumah keluarga Muhamad Faris ketika banjir surut kali pertama, awal bulan baru-baru ini.

Dalam pada itu mengulas perkongsiannya yang tular, Muhamad Faris berkata dia sedikit teruja namun gembira kerana ramai yang turut terhibur.

“Siap ada yang edit video tu macam Titanic, dekat sungailah, dan macam-macam lagi. Ini adalah perkongsian kedua saya yang viral. Sebelum itu, gambar acah-acah ‘work from home’ ketika b4njir beberapa hari lalu pun viral juga.

“Saya gembira bila orang lain pun terhibur. Tapi ibu marah juga, dia kata tak payah la nak viral-viral ni. Tapi apa salahnya kalau menghiburkan orang. Setakat ni tak ada lagi dapat komen negatif,” katanya lagi sambil turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba dan NGO yang bertungkus lumus membantu mngsa-mngsa banjir.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni viral sejak mula2 banjir. Dok atas tilam main laptop tu ramai yg kesian suruh si saddiq beli laptop utk dia igt dia student.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kampung2 pun ada mini fridge sebijik siap laptop
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kos nk bersihkan rumah + repair barang yg rosak dan beli baru mmg tinggi kesan banjir ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 06:44 AM | Show all posts
KIM.K replied at 14-1-2021 05:09 AM
Kampung2 pun ada mini fridge sebijik siap laptop

bukan water filter ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 14-1-2021 07:16 AM

Kasihannya akibat balak yang melampau..habis penduduk johor kena banjir

Banjir siap selut siap kayu balak hanyut.. Nk saman pon dorg bukan ada duit..

Yg kat klantan, ganu raja dgn mp masing2 dah turun ke.. Or masih nyenyak tidur atas katil empok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2021 07:35 AM | Show all posts

tula tengok mcm penapis air yg coway tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian, dia da kemas2 rumah, air naik balik, tu yg dia naik balik tilam yg terapung tu, sbb geram dengan kecewa. walaupun sy tak pernah kena mcm tu, sy paham rasa frust dia tu.  perasaan mcm 'ah! lantak lah! malas aku nak layan.'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 07:38 AM | Show all posts
Kesian tengok org ramai yg kerugian teruk masa banjir nie.. barang2 letrik.. kereta.. dahla musim pkp bnyak org hilang keje.. Teruk ujian tahun 2020 ~ 2021 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tapi tanah sendiri ke tanah kerajaan...duk setinggan ke? Sbb ckp nk mintak rumah pindah baru
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:54 AM | Show all posts

O ya ka..sori taktau. Tak pakai coway
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi nak viral
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 08:24 AM | Show all posts
dia nak hiburkan mak dia rasanya...

“Tilam tu saya jemur untuk keringkan… tapi bila air naik, alih-alih ia terapung pula. Spontan saya pun saja naik atas tilam tersebut dan ibu rakam gelagat ketika itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:57 AM | Show all posts
nmpk sgt dibuat2 tido atas tilam yg dh kebasahan. kot x basah x kena air tu aku percaya la betul2 tido mati.

ni dh siap kaki badan pun kena air.......tipu sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:11 PM | Show all posts
batusembilan replied at 14-1-2021 10:57 AM
nmpk sgt dibuat2 tido atas tilam yg dh kebasahan. kot x basah x kena air tu aku percaya la betul2 ti ...

aku spesies yang boleh tidur dalam hujan


tapi mmg dia buat2 tido pun dia kabo, sebab geram penat kemas, bah datang balik
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:53 PM | Show all posts
takpelah
kita bagi can kat dia

i pulak sedih
susahnya lah bila balik rumah tak ada apa yg tinggal
smua musnah terendam air
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu memg few times taman aku banjir..penat jgn cakapla nak kemas balik..bau banjir susah nak hilang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Busuknya hati porumer yg komen buruk atas2 ni
Dah dia kata buat2 tido pun
Dah la kena bah, penat kemas pstu kena bah lgi

Tu pun nak dengki ke oittt
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 06:32 PM | Show all posts
Tebalnya selut lumpur kat rumahnya tu paling cepat pun seminggu jugaklah nak kena mengemas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
penah join team rescue... mmg speechless tengok after air surut. kain baju bersepah... bau hanyir.. sampah sarap.. kang ular and apa apa je spesis... lumpur jgn kata.. so, rasa simpati kat semua yg hadapi banjir. Muga dipermudahkan and tabah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.079289 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list