CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1619|Reply: 11

[Dunia] Bekalan air dunia dijangka merudum menjelang akhir abad

[Copy link]
Post time 14-1-2021 04:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-1-2021 12:30 PM

Bekalan air dunia dijangka merudum menjelang akhir abad

Januari 13, 2021 @ 6:37pm

Gambar hiasan - NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN



PARIS: Bekalan air dijangka merosot secara drastik di dua per tiga permukaan bumi menjelang penghujung abad ini, dengan sebahagian besarnya akibat perubahan iklim.

Menurut laporan penyelidik mengenai perkara itu, bilangan penduduk yang terdedah kepada cuaca kemarau ekstrem turut berganda.
Walaupun dalam senario penurunan sederhana kadar pelepasan gas rumah hijau, kejadian kebakaran tanah akibat kemarau ekstrem hingga luar biasa meningkat daripada tiga kepada tujuh peratus.

Populasi dunia pula berisiko meningkat daripada 230 juta kepada 500 juta orang, menurut laporan mereka dalam Perubahan Iklim Alam Semula Jadi, Isnin lalu.


Kemerosotan bekalan air dijangka 'begitu membimbangkan' di lembangan Sungai Amazon, Australia, selatan Afrika, rantau Mediterranean dan sebahagian Amerika Syarikat (AS), kata penulis utama laporan itu, Yadu Pokhrel, dari Universiti Michigan State kepada AFP.


Seorang daripada setiap 12 orang di dunia dijangka berdepan masalah kekurangan bekalan air yang teruk setiap tahun menjelang 2100, berbanding purata kira-kira seorang daripada setiap 33 penduduk pada akhir abad ke-20.

"Punca utama kemerosotan bekalan air dan peningkatan cuaca kemarau pada masa depan ialah perubahan iklim, bukan aktiviti pengurusan air-tanah seperti pengairan dan pengepaman air bawah tanah," kata Pokhrel. - AFP







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
So thanos buat population control sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 14-1-2021 09:28 AM

Ww3 bukan sbb berebut minyak dah..tapi negara2 besar bperang berebut fresh water..sbb tu kat skrg china dh start bina dam byk2  kat ulu sg.mekong

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 09:36 AM | Show all posts
boleh mula reka mesin yang proses air laut yang lebih murah dan selamat.   
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 09:44 AM | Show all posts
ini mat seleh bodoh piang, asyik bawa bodoh mereka ke sana ke mari...30thn dulu cakap minyak mau habis, 20thn lepas tu cakap sumber ikan di laut akan habis...sekarang cakap pula air bersih akan habis.....

sekarang aku tengok minyak masih banyak...ikan pun melambak....mereka ini menipu manusia dgn teori mereka untuk tujuan sesuatu yg kita tidak tahu....sudah sudah lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 09:49 AM | Show all posts
tripleid replied at 13-1-2021 05:21 PM
Ww3 bukan sbb berebut minyak dah..tapi negara2 besar bperang berebut fresh water..sbb tu kat skrg ch ...

Sama kisahnya dengan sungai Nile antara ethiopia dan Egypt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-1-2021 09:49 AM
Sama kisahnya dengan sungai Nile antara ethiopia dan Egypt.

Jgn lupa Kedah dengan Penang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 14-1-2021 09:44 AM
ini mat seleh bodoh piang, asyik bawa bodoh mereka ke sana ke mari...30thn dulu cakap minyak mau hab ...

Isu nya bukan tak cukup air tapi tak reti manage.

Australia tu lagi lah kurang hujan tapi air free. Air paip pun sama kualiti bottled water.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 12:00 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 14-1-2021 12:07 PM
FOTHER-MUCKER replied at 14-1-2021 09:49 AM
Sama kisahnya dengan sungai Nile antara ethiopia dan Egypt.

silap aribulan  boleh berperang Habsyah ngn mesir..air punya pasal




Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu tandanya akan datang......??
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:25 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-1-2021 10:26 AM
Isu nya bukan tak cukup air tapi tak reti manage.

Australia tu lagi lah kurang hujan tapi air f ...

ini aku setuju..Allah sentiasa mencukupkan untuk hambanya...tapi manusia yg tak reti nak manage
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:26 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-1-2021 10:26 AM
Isu nya bukan tak cukup air tapi tak reti manage.

Australia tu lagi lah kurang hujan tapi air f ...

ini aku setuju..Allah sentiasa mencukupkan untuk hambanya...tapi manusia yg tak reti nak manage
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.069420 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list