CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] UPDATE Tun Salleh Abas meninggal dunia 3.20 pagi tadi 16 Jan

[Copy link]
Post time 16-1-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiuun
Salam takziah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 09:54 AM | Show all posts
Innalillahiwainna ilaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes balik kampung ker dari kl bawak virus?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 16-1-2021 08:11 AM
Innalillah.. Kes covid vvip, sop pengurusan jenazah sama ke ? Hospital uruskan sampai ke liang lahad ...

Kita tgk.. double standard ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..

salam takziah buat waris dan keluarga Allahyarham
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mahathir sempat minta maaf dgn dia tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...semoga Allah mengampuni dosa beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 02:14 PM | Show all posts
malaymail.com
Late Salleh Abas always firm, feared by delinquent civil servants, says Terengganu Speaker
Malay Mail
3-4 minutes


KUALA TERENGGANU, Jan 16 ― The late Tun Mohamed Salleh Abas had always been firm in all matters especially in taking action against state government officials involved in misconduct and mismanagement.

Terengganu state legislative assembly Speaker Datuk Yahaya Ali, in recalling his memories of the former Lord President throughout his service with the state government said, Tun Salleh could send shivers down the spine of those who have committed such offences.

Mohamed Salleh, 91, who breathed his last at 3.20am today at the Sultanah Nur Zahirah Hospital, here due to pneumonia, was the Hisbah and Special Duties Committee chairman, when Terengganu was under PAS’ rule from 1999 until 2004.

Yahaya said Salleh was tasked with the important role of ensuring that the system of checks and balances was in place in the state government’s administration.

“He was very firm, all complaints from the public related to the state government services were given serious attention. Any government official who commits a misconduct will experience intense feeling of fear when hauled up by Tun Salleh.

“As such, there was transparent administration in the state because everyone, especially state government officials and staff understand the consequences if they take their jobs lightly or are not trustworthy,” he said when contacted by Bernama today.

Meanwhile, former Kuala Terengganu MP Mohd Abdul Wahid Endut, 64, said PAS took  quite some time to persuade Salleh to contest in the Jerteh state seat in the 1999 general election.

“However, after urging that his service was needed and his vast experience in the legal field would be advantageous to the state, he finally relented and won in the election.

“Throughout my time in the executive council working alongside with Tun Salleh, he was like a father often advising us ‘young representatives’ to carry out our duties with honesty and integrity,” he said.

Mohd Abdul Wahid said despite the bitter experience having been dismissed from the Lord President post, Tun Salleh hardly complained over the matter but instead, he remained humble and was at ease mingling with the kampung folks.

“Once when I was on stage during a ceramah at Rusila, Marang, I saw him among the crowd, sitting on newspapers laid on the ground, listening intently. I informed this to Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“I went down to tell him to join us on stage as requested by Abdul Hadi, but he refused politely saying that he came to listen to the talk and if on stage he would be required to give a talk,” said Mohd Abdul Wahid who had always been in touch with Tun Salleh even after he was no longer active in politics. ― Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 02:15 PM | Show all posts



Jenazah Tun Salleh Abas selamat dikebumi
Diterbitkan 16 Jan 2021, 1:37 pm

Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, di Kuala Terengganu pukul 10.40 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Mohamed Salleh, 91, yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad tiba di tanah perkuburan tersebut pada pukul 10.15 pagi dan proses pengebumian dikendalikan kira-kira 10 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang lengkap berpakaian pelindung diri (PPE).

Bagaimanapun, ahli keluarga dan pihak media tidak dibenarkan untuk berada di dalam kawasan perkuburan tersebut.

Menantu Allahyarham, Wan Pauzi Yahya berkata Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini Khamis lepas, setelah didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 3.20 pagi tadi, akibat pneumonia.

“Ketika berada di hospital, kami anak dan menantu masih dapat bercakap dengan Allahyarham dan beliau belum lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kami juga diberitahu Allahyarham mempunyai masalah pernafasan, tekanan darah rendah dan pelbagai masalah lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan pengebumian, di Kuala Terengganu hari ini.

Wan Pauzi berkata bapa mertuanya itu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan malam tadi.

Katanya, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan kubur isteri pertamanya Allahyarhamah Toh Puan Azimah Mohd Ali yang meninggal dunia pada 2016, seperti yang pernah diwasiatkan Allahyarham.

Allahyarham Mohamed Salleh meninggalkan isteri Toh Puan Junaidah Wan Jusoh dan lima anak serta 26 cucu.

Pada 1984, Mohamed Salleh dilantik menjadi ‘Lord President’ (kini Ketua Hakim Negara) di Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan), sebelum dipecat semasa krisis Perlembagaan pada 1988.

Allahyarham juga merupakan seorang daripada tokoh yang membantu mendraf Rukun Negara pada 1970.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 1999, Allahyarham menang atas tiket PAS di Dewan Undangan Negeri Jertih, bagaimanapun atas faktor kesihatan Mohamed Salleh tidak bertanding pada PRU ke 11 pada 2004.

Dalam pada itu Wan Pauzi berkata, ahli keluarganya berharap agar mana-mana pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu mengambil inisiatif memelihara dokumen, termasuk buku-buku yang ditulisnya serta gambar-gambar peninggalan Allahyarham, dapat dijadikan khazanah untuk tatapan generasi akan datang.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:26 PM | Show all posts
sayu tgk gamba pengebumian.hanya petugas jabatan kesihatan negeri je.semoga syahid dan roh nya di rahmati Allah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 16-1-2021 08:11 AM
Innalillah.. Kes covid vvip, sop pengurusan jenazah sama ke ? Hospital uruskan sampai ke liang lahad ...

Sama.
Ada tgk gmbr kat page mana tah kat fb. Mmg kakitangan kesihatan aje in full ppe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo dia pengerusi as salihin trustee yg buat wasiat hibah bagai tu.
Aku ada ambik servis assalihin ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 16-1-2021 11:26 AM
mahathir sempat minta maaf dgn dia tak?

LOL...thread org meninggal pun kalut dok ungkit bab politik arwah jugek..sume org tau la krisis tu krisis kurang menyenangkan..dua2 ada salah silap...patut org meninggal ni cerita la mende2 yg elok ,bengapp!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 09:51 PM | Show all posts
Innalillah n takziah utk fmly arwah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 11:05 PM | Show all posts
Bekas rakan kongsi sifatkan pemikiran Tun Salleh Abas setajam pisau cukur
By
Bernama -
16 January 2021

KUALA LUMPUR – Bekas rakan kongsi firma guaman Tun Dr Mohamed Salleh Abas menyifatkan Allahyarham mempunyai pemikiran setajam pisau cukur.

Tunku Sofiah Jewa, pengasas dan pemegang amanah Yayasan Tun Suffian, menyamakan ‘otak prolifik” bekas Ketua Hakim Negara itu dengan ‘penghasilan prolifik’ sepohon limau kasturi berbuah lebat yang disemai oleh Mohamed Salleh di pekarangan rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya.
“Tun gemar berkebun. Pokok itu kini berusia 28 tahun, berbunga dan berbuah lebat seperti otak beliau yang prolifik serta tajam seperti pisau cukur.

“Bagaimanapun, seperti Tun, pokok yang cantik itu kekal rendang,” katanya sambil merujuk kepada saiz badan Mohamed Salleh yang kecil molek. Tumbuhan itu kini menjadi kenangan abadi yang manis antara beliau dan Allahyarham.

Mohamed Salleh meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 3.20 pagi tadi pada usia 91 tahun.
“Al- Fatihah. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di Jannah. Amin,” katanya.

Mengimbas kenangan lalu, Tunku Sofiah berkata tokoh perundangan itu telah menjadi rakan kongsi beliau dan suaminya, Yaacob Hussain Merican, dalam penubuhan firma guaman Tetuan Salleh Abas, Yaacob & Sofiah pada 1993 di Bangunan Dato Zainal, Jalan Melaka, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Tunku Sofiah berkata, berbekalkan pemikirannya yang tajamnya itu, Mohamed Salleh mampu mengendalikan banyak kes perundangan yang kompleks dengan mudah.

“Mohamed Salleh sudah biasa mengendalikan banyak kes sukar berkaitan pilihan raya pada peringkat awal penubuhan firma guaman itu dan pelanggan ada yang dari Sabah malah Singapura sering datang untuk mendapatkan nasihat perundangan daripada beliau.

“Beliau (Mohamed Salleh) begitu tekun dengan tugasannya dan tidak mempunyai masa untuk berlibur siang atau malam. Beliau bekerja tanpa mengenal lelah bersama dengan kami sebagai konsultan di firma guaman itu,” katanya kepada Bernama.

Tunku Sofiah, yang kini menguruskan firma guaman itu, berkata “Allahyarham (Mohamed Salleh) seorang yang amat warak dan akan ke Makkah setiap tahun untuk mengerjakan Umrah.”

“Saya menjaga beliau bak adik perempuannya dan sering menghidangkan teh kepada Allahyarham ketika hari panas,” katanya.

Mohamed Salleh diterima masuk sebagai peguam dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada 1974 serta merupakan antara 300 ahli paling kanan Majlis Peguam Malaysia sejak beberapa tahun lepas.

Beliau adalah Ketua Hakim Negara dari tahun 1984 hingga 1988. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 16-1-2021 04:34 PM
Oo dia pengerusi as salihin trustee yg buat wasiat hibah bagai tu.
Aku ada ambik servis assalihin n ...

Iols pun baru tau tp iols buat ngn wassiyyah shoppe.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060543 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list