CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10274|Reply: 132

[Tempatan] Pasangan dalam tempoh berbulan madu (enam bulan baru kahwin) paling ramai dah mo

  [Copy link]
Post time 16-1-2021 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan 'bulan madu' paling tinggi mohon cerai di Terengganu
RUBIAH OMAR | | 16 Januari 2021


KUALA TERENGGANU - Pasangan dalam tempoh 'bulan madu' iaitu hanya enam bulan berkahwin yang paling tinggi direkodkan membuat permohonan cerai di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) ketika ini.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, selain kategori pasangan itu, turut direkodkan permohonan cerai daripada pasangan yang sudah 30 hingga 40 tahun bersama, malah ada yang sudah mempunyai cucu dan cicit.

"Bagaimanapun kategori kedua ini sangat jarang dan hanya melibatkan sebilangan kecil kes. Sebagaimana perkahwinan tidak mengenal usia, begitu juga dengan perceraian yang tidak mengenal usia.

"Mengikut data yang diambil daripada fail-fail kes sebelum ini, majoriti daripada mereka memohon perceraian adalah kerana tiada kesefahaman, namun jika diteliti secara mendalam, pihak terlibat tidak mahu mendedahkan alasan sebenar mereka hendak bercerai.

"Hal ini kerana ia melibatkan sensitiviti apabila melibatkan hal dalaman rumah tangga, malah kebanyakannya pula bersetuju untuk bercerai secara baik, maka soal kenapa hendak bercerai tidak dijelaskan secara terperinci.

"Berbeza pula dengan perceraian dengan tuntutan fasakh, ia melibatkan pembuktian dan keterangan maka memerlukan alasan yang kukuh untuk membubarkan perkahwinan mereka," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Wan Mohd Zakri berkata, mengikut statistik permohonan perceraian sepanjang tempoh tahun lepas, bilangan permohonan merekodkan penurunan iaitu hanya 1,939 kes didaftarkan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya sebanyak 2,090 kes; 1,896 kes (2018); 1,873 kes (2017) dan 1,786 kes (2016).

"Penurunan ini mungkin disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara ini apabila pengoperasian pejabat dihentikan semasa Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kemudian semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kemasukan orang awam ke mahkamah dihadkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Tempoh pandemik ketika itu sedikit sebanyak menyekat pergerakan orang awam untuk berurusan di kaunter setempat untuk tujuan pendaftaran sekali gus memberi kesan kepada statistik," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada tunggu lama2 baik cabut awal ye tak. Move on gitchew..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nampak lagi ka yang dorang ni kawin sebab seks
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:32 PM | Show all posts
masing2 dah test sedap ke tak sedap.....x sedap blah laa cari penyedap yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Marriage is an eye opener
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:48 PM | Show all posts
sayang betul
mesti masa nk kahwin dah berabis itu ini
ikut sgt emosi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kategori ke 2 tu, rasanya perkahwinan 30-40 tahun melingkup pasai gathering sekolah. Dok buat group FB, group wasap, jumpa reramai..
Pastu, cerita dan cinta lama berputik kembali.. masing2 mula la nak confess dulu aku suka kat hang tapi malu nak habaq...ada pula kata, nak hormati ketetapan mak ayah, terpaksa kawen dengan menantu pilihan mak ayah..

Habih gathering, pakat2 la tukaq pi, tukaq mai nomot tepon.. cucu kat rumah dok heran awat la tok aku ni dok qhenyeh saja main tepon..

Sekian drama petang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-1-2021 02:32 PM
Tak nampak lagi ka yang dorang ni kawin sebab seks

Mmg. Konon bahagia. Tp pasangan skandal sana sini gak. Atau pon sbb da jadi budaya. Smpai certain age u need to get married. Tu tk cmpor da kawen dduk rumah mak ayah. Kalau da kawen dok rumah mak ayah bertahun tak thu la nk ckp cmne. Selalu kes cmni dkt kawasan bndar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-1-2021 02:32 PM
Tak nampak lagi ka yang dorang ni kawin sebab seks

Kan. Seks dah dapat. Bila diuji benda lain tak tahan. Rupanya baru sedar seks shj bukanlah indah mana. Bbnu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 16-1-2021 04:37 PM
Kan. Seks dah dapat. Bila diuji benda lain tak tahan. Rupanya baru sedar seks shj bukanlah indah m ...

Tp zaman skrg bdk muda ramai yg potray bhagai bila kawen dkt social media. Ujung2 dok dgn mak ayah lg. Especially bdk bndar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:46 PM | Show all posts
Edited by tagas at 16-1-2021 04:48 PM

Byk faktor:

1. Masalah kewangan

2. Toksik famili mertua

3. Org ketiga

4. Tak kuat pegangan agama

5. sila listkan lg

6.

7.

tp antara byk tu faktor kewangan mmg mencabar la

di zaman perlumbaan hidup di socmed

bini hari2 megadap socmed member n retis bagai
hari2 dok berlawan tudung

baju umah make up etc hujung2 laki

jadik tempat meragam tu tak cukup ni tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:49 PM | Show all posts
yang penting kahwin, dari buat maksiat sana sini.
karang mati tak sempat bertobat, baru tau

kalau dah kawin tapi tak serasi, cerai jer lah,
bukan nya haram pun.

maksiat itu haram, cerai itu makruh (in general),
mana yang lagi mudarat?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 16-1-2021 04:38 PM
Tp zaman skrg bdk muda ramai yg potray bhagai bila kawen dkt social media. Ujung2 dok dgn mak ayah ...

Yo sis. Kena uninstall fb dan ig baru aman.
Klu tak asikla berlumba2 nak show off.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 16-1-2021 04:52 PM
Yo sis. Kena uninstall fb dan ig baru aman.
Klu tak asikla berlumba2 nak show off.

Yg gua tk paham, kawen bukan main meriah buat dkt dewan. Mne cekau duit? Kejer pon tkde utk buat loan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-1-2021 02:32 PM
Tak nampak lagi ka yang dorang ni kawin sebab seks

Itulah nampaknya. Nak elak maksiat la kunun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:53 PM | Show all posts
terengganu memang dikenali sebagai negeri sex fest di malaysia...

andartu pun paling ramai di terengganu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg baru kahwin kurang dari setahun tu, kahwin zaman covid. Semua berpusu pusu nak kahwin. Maybe partner ada yg susah zaman covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ada yg kahwin utk mengelakkan maksiat/ menghalalkan seks semata mata. Bila dah dapat apa yg dia nak dan dah bosan, terus hilang tujuan dan matlamat sebenar berkahwin. Tambah realiti covid dan ekonomi merudum yg mempengaruhi kewangan lagi. Tiada kasih sayang dan belas kasihan di antara pasangan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 16-1-2021 05:57 PM
Kalau yg baru kahwin kurang dari setahun tu, kahwin zaman covid. Semua berpusu pusu nak kahwin. Mayb ...

Tp lagi bahagia golongan tk berduit ni kawen msa covid. Jimat mmg jimat tp expenses after marriage. Kalau yg brduit kawen mada covid dgn jimat mmg xde masalah laa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Loh.. nak kawen kemain byk keluar duit alih2 tak sampai setahun je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079332 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list