CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1897|Reply: 2

'Siapa Kata Vaksin Pfizer Tidak Selamat?' Soal WHO

[Copy link]
Post time 16-1-2021 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, vaksin Pfizer-BioNtech memenuhi kesemua standard badan itu. (Gambar Reuters)


FMT

Robin Augustin

PETALING JAYA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengambil langkah meredakan kebimbangan berhubung keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech, dengan berkata, vaksin itu memenuhi standard keselamatan, keberkesanan dan kualiti.


Peter Doshi.


Persoalan mengenai keberkesanan vaksin itu diajukan oleh Peter Doshi, seorang profesor di University of Maryland School of Pharmacy, dan dakwaannya banyak dilaporkan oleh beberapa portal berita, termasuk Global Times China.

Doshi, dalam analisis data yang boleh didapati secara umum, merumuskan bahawa keberkesanan vaksin itu mungkin jauh lebih rendah daripada nilai ambang 50% yang ditetapkan oleh pengawal selia perubatan, termasuk WHO dan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat.

Ketua misi dan perwakilan WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Jacqueline Lo menolak dakwaan tersebut dengan berkata, vaksin berkenaan memenuhi kriteria keselamatan dan keberkesanan “wajib” pertubuhan itu.

“Pakar kawal selia yang dipanggil oleh WHO dari seluruh dunia dan pasukan WHO sendiri mengkaji data keselamatan, keberkesanan, dan kualiti vaksin Pfizer-BioNTech sebagai sebahagian daripada analisis risiko-manfaat,” katanya kepada FMT dalam satu e-mel.


Dr Jacqueline Lo.


Beliau menambah bahawa manfaat penggunaan vaksin bagi mengatasi Covid-19 melebihi potensi risikonya.

Malaysia adalah antara negara yang membeli vaksin Pfizer-BioNTech dan memesan sekitar 25 juta dos, iaitu meliputi 39% penduduk.

Lo berkata, ujian klinikal melibatkan 43,448 peserta, dengan separuh daripadanya menerima vaksin dan separuh lagi mendapat plasebo.

“Ujian mendapai calon vaksin menerimanya dengan baik dan menunjukkan keberkesanan 95% dalam mencegah Covid-19 pada mereka yang tidak mendapat jangkitan terdahulu selama tujuh hari atau lebih selepas dos kedua, dibandingkan dengan plasebo.”

Lo berkata, WHO menyenaraikan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kegunaan kecemasan, menjadikannya vaksin Covid-19 pertama yang mendapat pengesahan kecemasan daripada badan itu.

Beliau juga berkata, Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) yang merupakan penasihat WHO, memiliki proses metodologi menyeluruh untuk mengeluarkan atau mengemas kini cadangan, termasuk bagi vaksin Covid-19.

Lo mengakui bahawa terdapat kekurangan data mengenai keselamatan dan keberkesanan setelah satu dos, tempoh selang tiga minggu antara kedua-dua dos tersebut, dan dalam percubaan klinikal yang sedang berjalan.

Namun katanya, SAGE membuat peruntukan bagi negara yang berada dalam keadaan luar biasa dari segi kekangan bekalan vaksin dan pengaturan epidemiologi untuk menunda pemberian dos kedua hingga enam minggu bagi memaksimumkan jumlah individu yang mendapat manfaat daripada dos pertama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 06:14 PM | Show all posts
Bod sinun-

Pendaftaran untuk suntikan vaksin akan dibuka tak lama lagi

Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin COVID-19 di negara ini akan dibuka tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba.

Bercakap ketika menjadi tetamu program Bicara DR di RTM malam tadi, Dr Adham berkata, kerajaan mensasarkan memberi vaksin kepada 70% populasi atau 23 juta orang bagi membentuk imuniti berkelompok.

Mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa:

Fasa 1 - barisan hadapan
Fasa 2 - kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas
Fasa 3 - orang awam berumur 18 tahun ke atas

Dr Adham berkata, vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir bulan Februari ini, telah diberi kelulusan bersyarat oleh NPRA.

Selain Malaysia, 49 buah negara lain juga telah memberi kelulusan malah ada negara telah pun mengguna vaksin itu, katanya.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan WHO untuk kegunaan kecemasan.

Dr Adham berkata, 4 matlamat imunisasi COVID-19 iaitu:
1. Melindungi barisan hadapan
2. Mengurangkan kematian
3. Membentuk imuniti berkelompok
4. Memutuskan rantaian jangkitan

Mengenai penerimaan rakyat terhadap vaksin COVID-19, beliau berkata, tinjauan KKM mendapati sebahagian besar rakyat setuju.

Tinjauan dalam talian pada 21 Dis -28 Dis 2020 itu disertai 212,000 responden.

1. 67% setuju (90% yakin vaksin berkesan)
2. 17% tidak pasti
3. 16% tidak setuju.

Bagi 17% yang tidak pasti itu pula kerana  risau kesan sampingan dan keberkesanan vaksin.

KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari semasa ke semasa untuk mengetahui peneriman rakyat, katanya.

"Setakat 13 Jan,  kira-kira 32 juta orang di seluruh dunia telah disuntik vaksin COVID-19. Ini menunjukkan vaksin ini diterima masyarakat dunia.

"Namun, vaksin bukanlah penyelesaian. Selepas disuntik, kita masih perlu mempratikkan norma baharu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 07:29 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057393 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list