CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11864|Reply: 121

[Tempatan] Diarah bekerja walaupun 100 pekerja positif Covid-19 sejak 5 Januari.

  [Copy link]
Post time 16-1-2021 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Diarah bekerja walaupun 100 pekerja positif Covid-19

https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... a-positif-covid-19/

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
16 Januari 2021, 6:16 pm


Tangkap layar asrama terbabit.

PETALING JAYA – Pekerja kilang milik sebuah syarikat di Taman Industri Integrasi Rawang didakwa untuk terus hadir bekerja seperti biasa walaupun lebih 100 pekerjanya didakwa positif wabak Covid-19 sejak 5 Januari lalu.

Satu sumber mendakwa, kilang pengeluar produk makanan ringan seperti gula-gula tersebut mempunyai hampir 1,000 orang pekerja dan baki mereka yang masih sihat perlu hadir bekerja seperti biasa.

“Syarikat enggan menghentikan operasi biarpun lebih 100 pekerja sudah diangkut Kementerian Kesihatan (KKM) ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS (PKRC), Serdang.

“Kami sangat takut. Ada daripada kes pada mulanya keputusan calitan negatif namun tiba-tiba demam, sebelum didapati positif wabak itu,” dakwanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sumber itu mendakwa, masih ramai dalam kalangan pekerja tempatan yang tidak melakukan ujian calitan kerana tidak mahu dipotong gaji.

“Jika ada pekerja yang membuat ujian calitan, syarikat akan tanggung tapi gaji pekerja akan dipotong kemudiannya,” dakwanya.

Dakwanya, arahan bekerja dari rumah sebanyak 30 peratus juga hanya diguna pakai bagi yang berjawatan penolong pengurus ke atas sahaja manakala lain-lain perlu hadir seperti biasa.

Pada masa sama, dakwanya, pihak syarikat juga tidak menggunakan khidmat profesional untuk membuat kerja-kerja sanitasi.

Sebaliknya, dia memberitahu, syarikat hanya mengarahkan pekerjanya membeli peralatan sanitasi dan melakukannya sendiri.

“Di Rawang, syarikat ini mempunyai tiga premis kilang dan sebuah gudang. Kesemuanya mempunyai kes positif Covid-19,” dakwanya.

Ahmad berkata, pekerja dimaklumkan kilang itu ditutup selama dua hari bermula semalam bagi kerja-kerja sanitasi manakala produksi dihentikan hari ini, namun akan kembali beroperasi esok.

Isu itu dimuat naik di laman Facebook oleh seorang pengguna dengan nama Shahril MunkeyInc yang memuat naik video dan gambar lokasi asrama pekerja kilang berkenaan di Taman Industri Integrasi Rawang.

Dia mempersoalkan mengapa pihak berkuasa masih belum menutup kawasan kilang tersebut walaupun sudah ramai pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, sebanyak enam bas telah digunakan untuk mengangkut pekerja kilang tersebut sejak tiga hari lalu.

“Kasihan kawan-kawan saya ke kilang itu macam tunggu giliran nak mati sahaja. Kalau tak kena, selamatlah. Kalau kena, kena angkutlah jawabnya.

“Kan berita dah masuk, Kluster Taman Integrasi pun sudah ada. Apa lagi nak? Nak jadi macam Top Glovekah?” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, semua yang didapati positif telah dibawa ke Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang sejak empat hari lalu.

“Justeru, tiada keperluan untuk menutup kilang tersebut selagi mana tiada arahan sedemikian dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Menurut Arifai, pekerja positif Covid-19 tersebut merupakan sebahagian daripada Kluster Taman Integrasi yang diumumkan baru-baru ini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, jurucakap syarikat itu menafikan hantaran di laman Facebook berkenaan dan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. – K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hail capitalist
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:13 PM | Show all posts

.... kesiannya ..... nak tak nak kena datang jugakkerja .. at least ada gaji.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:17 PM | Show all posts
tauke pikir untung je ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts

“Jika ada pekerja yang membuat ujian calitan, syarikat akan tanggung tapi gaji pekerja akan dipotong kemudiannya,” dakwanya.

Aku cadangkan ramai2 pegi batuk kat muka si bos tu. Ludah keter die ke. Celaka sangat perangai mcm ni. Ni confirm sejenis bos beli aset pakai duit company
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tauke sial ni ntah2 carum kwsp pun tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau camtu xyah la pkp darurat bgai
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena kerja uolsss  .kena beesyukur sb ada kerja
#baca dgn nada sarcastic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Beso sgtke gaji tu sampai tak bagi tutup. Mmg takla nk turun kes klu gini gaya bos2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku PM aku arahkan semua kilang dan kedai tutup. Hanya kedai runcit dan pasaraya je buka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah gula2 Lot 10* ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
company mana ni.. blh reveal senang nak boikot.. mcm amerika boikot sawit sime darby
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:07 AM | Show all posts
mesti kompeni cina bukit ni.....lugi looo.....tarak olong kelija.....mana mau dapat untong looo.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang rata2 kilang semua gitu aritu kat bangi ada frontliner tak puas ngn satu kilang ni sbb mak dia kija kilang tu gak.Pekerja ramai positif pun kilang jln cam biasa pekerja tetap kena pi.
Ni hat masa kecoh kluster Hentian tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kilang masalah betul
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:24 AM | Show all posts
company cina bukit rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik ringan je kebajikan pekerja dorg nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semua boss kilang2 kiasu serta family terkena covid 19..kitorg ssh pyh kena pkp  korang aman2 je bukak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 16-1-2021 10:27 PM
Kalau aku PM aku arahkan semua kilang dan kedai tutup. Hanya kedai runcit dan pasaraya je buka.

Mangkuk tahap gaban kau ni. Ko igt barang2 kt supermarket tu supermarket buat sndiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-1-2021 12:15 AM
Memang rata2 kilang semua gitu aritu kat bangi ada frontliner tak puas ngn satu kilang ni sbb mak di ...

Rnd pun dah kena choulz
Positif minggu ni
Aritu production
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.096012 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list