Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
638
View
9
Reply

[Tempatan] Bantu rakyat, berhenti berkonflik isu kuasa - Pemuda UMNO

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-1-2021 11:06 PM | Show all posts |Read mode
Bantu rakyat, berhenti berkonflik isu kuasa - Pemuda UMNO

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Januari 16, 2021 @ 2:36pmbhnews@bh.com.my


UMNO perlu kembali kepada landasan tradisinya membantu rakyat - Asyraf Wajdi. FOTO NSTP




KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menggesa pemimpin parti itu mengenepikan seketika hiruk pikuk politik serta berpolemik mengenai kuasa dan kedudukan ketika ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pemimpin UMNO sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha membela rakyat dan membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, darurat dan musibah banjir.

"Natijah pandemik kepada ekonomi semakin terasa hinggakan pelaburan makin menguncup dan kadar pengangguran kian meningkat, turut menyebabkan rakyat makin susah, resah dan gelisah memikirkan soal kelangsungan hidup mereka.

"Di tengah-tengah krisis pandemik dan keperitan rakyat ini, sudah tentu polemik politik sama ada dalaman parti dan antara parti adalah perkara terakhir yang rakyat mahu terjebak atau terheret.

Pemuda UMNO berpendirian, UMNO harus kembali kepada landasan asal dengan menjadikan mantra 'tradisi membela rakyat' sebagai teras perjuangannya ketika ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Asyraf Wajid berkata, apa yang perlu dilakukan pemimpin UMNO ketika ini sama ada di dalam atau di luar pentadbiran kerajaan adalah menuntut bagi pihak rakyat perkara yang menyentuh kebajikan mereka.

Katanya, ia termasuk menuntut dipermudahkan urusan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat dan kriteria, lanjutan moratorium tanpa syarat serta tidak dikenakan penalti atau caj tambahan.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini berbeza dengan PKP dilaksanakan pada Mac tahun lalu kerana ia berserta proklamasi darurat.

"Rakyat terpaksa menghadapinya tanpa moratorium automatik, tanpa bantuan tunai yang besar, tanpa insentif gaji pekerja dan ditambah dengan bencana alam di beberapa negeri.
"Semua ini akan memberi kesan kepada moral dan keyakinan rakyat dalam menghitung hari-hari mendatang," katanya.







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 16-1-2021 11:22 PM | Show all posts
Bagitau Datuk punya Presiden & Setiausaha Agong la.. depa dua ni yang nak sangat PRU...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:33 PM | Show all posts
stupid punya umngok........hahaha dh la stupid.....loser pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kawan2 dia yang sebok buat kecoh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu yg sibuk bantu rakyat bg ayam free tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:56 AM | Show all posts
rikiruj replied at 16-1-2021 11:22 PM
Bagitau Datuk punya Presiden & Setiausaha Agong la.. depa dua ni yang nak sangat PRU...

tu dia bgtau secara halus la tu
kn dlm teks dia tegur pemimpin parti
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang.... Puiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Negeri aku takde umno.. tp pd suatu ketika aku Tak kisah umno ambik balik pemerintahan selepas nih.. melihat perkembangan akhir2 ini, jahit, najib, mat selan. Aku Tak rasa umno sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Asrap ni takde group w/apps parti ka? Benda isu parti sendiri pun nak bagitau media
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bercakap depan cermin agaknya geng umno ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list