CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 5

[Tempatan] Darurat: Kerajaan pilih selamatkan nyawa rakyat

  [Copy link]
Post time 16-1-2021 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-1-2021 07:18 AM

Darurat: Kerajaan pilih selamatkan nyawa rakyat

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Januari 16, 2021 @ 3:09pmbhnews@bh.com.my


Takiyuddin dalam program Bicara Naratif: Proklamasi Darurat Dalam Perlembagaan terbitan RTM. Gambar dari Facebook RTM




KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai dua pertimbangan sebelum mempersembahkan cadangan darurat kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
Katanya, pertimbangan mendalam yang perlu dipilih kerajaan adalah sama ada hendak menjamin nyawa rakyat atau meneruskannya untuk percaturan kuasa politik.

Beliau berkata, jika darurat digunakan sebagai jaminan untuk terus berkuasa, satu ordinan boleh diperkenalkan untuk mengambil alih pentadbiran negeri pembangkang ketika ini.

"Ada pihak mengatakan ada unsur selain COVID-19, berdasarkan Perlembagaan, saya berani nyatakan, kerajaan yang ada boleh buat satu ordinan untuk ambil alih negeri tertentu seperti yang dibuat pada tahun 1977 apabila kerajaan Kelantan diambil alih kerajaan pusat.


Namun dalam ordinan yang ada ini, tidak kira (negeri) yang bersama kerajaan atau tidak, semuanya kekal. Menteri Besar, Ketua Menteri dan barisan EXCO masih kekal.
"Ini menunjukkan darurat tidak ada motif politik, tapi fokusnya hanya untuk menguruskan penularan COVID-19 yang semakin kritikal. Kita mahu kerjasama dari semua," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Naratif : Proklamasi Darurat Dalam Perlembagaan terbitan RTM di sini, malam ini.
Beliau menjelaskan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin memberi jaminan serta komitmennya yang pilihan raya umum (PRU) akan diadakan sebaik pandemik ini reda.

Katanya, jika syor diadakan PRU segera juga dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda tidak akan bersetuju berdasarkan titahnya supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi dan Gerik serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya ditangguhkan, dengan perintah darurat.

"Apabila masalah COVID-19 selesai, lengkuk menurun dan darurat ditamatkan, saya amat yakin kerajaan yang ada tidak akan menunggu lama untuk nasihat agong supaya adakan PRU.
"Semua pihak bersabar, sekarang kita menangani COVID-19. PRU hanya isu menang kalah, kalau menang jadi kerajaan, kalah jadi pembangkang.

"COVID-19 ini soal hidup atau mati, mana lebih penting. Sudah pasti COVID-19. Agong dalam keadaan bijaksana dan ihsan serta belas kasihannya kepada rakyat perkenan isytiharkan darurat.
"Inilah tujuannya (darurat). Kita harap hentikanlah retorik yang ada ini, kita tumpu kepada COVID-19," katanya.

Beliau juga menjelaskan, Proklamasi Darurat juga tidak menggantung Perlembagaan manakala segala undang-undang yang diperkenal di bawah Ordinan tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan.

"Kita tahu fungsi Parlimen dalam keadaan biasa adalah untuk membuat undang-undang. Oleh kerana kita berdepan dengan pandemik COVID-19, kita mahu ambil tindakan berdasarkan undang-undang biasa, sedangkan kita juga mahu ia segera dilaksana.

"Maka, undang-undang yang dibenarkan oleh Perlembagaan kita, adalah boleh menggunakan undang-undang darurat tanpa bawa ke Parlimen. Ini semua apabila keadaan kritikal, yang itu kena faham," katanya


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/776940/darurat-kerajaan-pilih-selamatkan-nyawa-rakyat




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
oh...ye ke...

kalo camtu kerajaan PN patut bg bantuan Kewangan secara bulanan utk setiap warganegara msia yg terjejas sebab c0vid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pkpd aje la satu malaysia kalau bersungguh nak selamatkan nyawa rakyat, bahan makanan asas hantar ke setiap rumah. mcm roti hantar la setiap bape hari kan. pekerja essential service dormkan di tempat kerja masing2 pkpd situ. jadi takde masalah mengangkut balik kobid ke rumah. yg betul2 boleh gerak hanyalah yg melibatkan logistik, sama jugak takleh balik rumah stay je kat stesen kerja tuh. rakyat yg boleh keluar syarat ketat yg betul2 emergency melibatkan kesihatan contoh kucing sakit mesti ada bukti bawa kucing kan nak keluar gi vet, masa balik tunjuk resit vet. kalau polis nak tolong bawakkan pon takpe. pastu pihak berkuasa yg berkawal kat luar tu tolong amik alih sementara kerja2 bagi makan haiwan jalanan. kesian pulak haiwan2 tu feeders takleh datang bagi makan, kedai2 pulak tutup. laki bini yg kerja essential service dan ada anak kena diberi kelonggaran utk salah sorang dicutikan duduk rumah. nak pkpd kena hint awal, bukan utk bagi aktiviti merentas, tapi orang stokkan keperluan yg kurang termasuk pembelian online. nnt semua seller sebok minta kelonggaran nak kuar pos barang adoii bila la nak putus rantaian mcm ni. contoh bela kucing pastikan makanan pasir cukup ler utk sepanjang pkpd. jgn tergedik2 merempan kat twitter makanan habis la cam taik demand petshop buka pulokkk. darurat tak jadi ape orang berkeliaran gak kat luar tu mcm tak pkp cuma kurang sikit je la manusia dari biasa sbb limit penumpang kenderaan. tapi ade je guna trick naik kete berlainan. ada 3 kete dah 6 orang serumah boleh keluar, sape je nak check ic alamat same ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahikkkk la... kalau kisahkan rakyat xde nya gila kuasa dh jd gomen pun sibuk nk rampas kedah la nk rampas sabah smpi jd punca covid naik... again, gomen tahikk muntri pun haram jadd punya laa ramai muntri dlm kabinet sekor pun x berguna... apa motif muntri ramai2 di saat covid ni pn iols clueless dah la gaji jauh lg tggi dari gaji muntri PH yg seciput tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kencangggg
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 17-1-2021 09:07 AM
aint replied at 16-1-2021 11:42 PM
oh...ye ke...

kalo camtu kerajaan PN patut bg bantuan Kewangan secara bulanan utk setiap warganeg ...


Sebab tak nak bagi bantuan duit lah maka rakyat dibenarkan keluar bekerja walopun covid melanda gile.nak selamatkan nyawa rakyat ke ni bangang.
Sah pkp taik kucen
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.059392 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list