CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1905|Reply: 13

Rahsia Tanaman Hidup Subur Kembang Mewangi yachhh

[Copy link]
Post time 17-1-2021 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Sebenarnya aku hantar artikel ni dah lama tapi tak diapprove2 so aku share je la kat sini mana tau boleh dapat idea & tips yang lebih baik.




Mesti ramai di antara kita hobi suka menanam pokok kan? Pernah tak kita tengok rumah jiran ke yang ada tanam pokok.

Mesti dalam hati tertanya-tanya huh subur betul pokok pokok depa ya, macam mana la depa tanam dan jaga sambil dahi anda berkerut memikirkan baja apa yang mereka gunakan sehingga tanaman mereka hidup subur mewangi.

Sebenarnya tak payah anda nak bersusah payah dan membazir duit untuk beli baja tanaman yang kebanyakkan mahal tetapi tidak semuanya berkesan.

Ada beberapa cara semulajadi dan selamat untuk digunakan dan paling penting bebas bahan kimia supaya tanaman kita pun sihat.


1. AIR BASUHAN BERAS

Kredit Foto : Google


Air basuhan beras jangan dibuang sebaliknya boleh disiram di pokok-pokok tanaman anda.
Air cucian beras mengandungi berbagai vitamin dan mineral yang berguna bagi kesihatan, seperti vitamin A, vitamin  C, dan vitamin B1. Dalam air cucian beras juga terdapat asam amino, gammaoryzanol, dan sifat antioksidan.


2. AIR PERAMAN KULIT BAWANG MERAH / PUTIH DAN KULIT TELUR


Kredit Foto : Google


Kulit bawang merah , putih, kulit telur, sisa-sisa sayuran atau buahan jangan dibuang kerana anda boleh mengunakannya sebagai baja tanaman yang bagus.

Campurkan semua bahan-bahan tersebut dan peramkan selama lebih kurang seminggu. Boleh dicampurkan dengan gula merah jika ada.

Air campuran ini dinamakan Bokashi Tea. Bau air campuran ini baunya masam-masam sikit ya dan Bokashi Tea ini boleh disiram ke pokok seminggu sekali.

Caranya adalah ambil Bokashi Tea dan campur air nisbah 1:10 ( bokashi tea : air paip)


3. KULIT TELUR


Kredit Foto : Google




Satu lagi bahan yang berkesan untuk suburkan tanaman ialah mengunakan kulit telur.

Kulit telur yang telah digunakan hendaklah dibasuh dan dijemur sehingga betul - betul kering. Kemudian kulit telur dihancurkan dan digoreng didalam kuali sehingga garing atau keperangan.

Biarkan sejuk dan kisarkan sehingga halus dan boleh ditabur di pokok tanaman anda nanti.



4. ROTI



Kredit Foto : Google



Roti yang sudah expired jangan dibuang. Ambil 3-4 keping roti, potong kecil-kecil dan rendamkan dalam botol air. Masukkan gula merah jika ada.

Biarkan selama 7 hari. Setiap hari anda kena buka penutup botol untuk keluarkan gas ya dan simpan dikawasan gelap yang jauh dari cahaya matahari.

Bila dah cukup hari air peraman roti ini boleh digunakan. Semburkan sahaja pada daun dan batang pokok. Hasilnya pokok anda akan lebih lebat berdaun dan berbuah.


5. AIR RENDAMAN IKAN

Kredit Foto : Google


Caranya air cucian ikan kita siramkan saja ke pokok dan tanaman. Pokok - pokok cepat subur jika guna baja ini.

Selain itu, sisa-sisa isi ikan seperti insang dan perut ikan jangan dibuang. Masukkan sisa-sisa ikan ini ke dalam baldi atau tong. Isikan air sehingga menutupi sisa-sisa tersebut. Kemudian tutup tong untuk elakkan daripada lalat bertelur dan biarkan selama 2 minggu. Setelah 3 hari akan keluar bau yang harum dari tong tersebut . Biarkan saja kerana lama kelamaan bau tersebut akan hilang.

Selepas 2 minggu tong sudah boleh dibuka. Sisa-sisa ikan sudah hancur dan boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman kita.

Caranya adalah untuk satu sukatan baja tambah dengan 3 sukatan air. Gaulkan sehingga baja itu larut.

Siram dekat pokok buah kita. Sangat baik untuk tanaman pokok seperi halia, cili, serai dan limau yang kita tanam.

Senang dan menghasilkan baja yang berkhasiat untuk tanaman kita.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu guna air basuhan ikan. Memang gemuk2 pokok.
Pernah gak curah kicap cair yg dah tamat tempoh ke atas tanah. Tak berani nak curah direct kat dalam pasu walaupun dah dilute.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowww SG suka...nanti x try especially bokashi tea
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 03:28 PM | Show all posts
yelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-1-2021 02:34 PM
Selalu guna air basuhan ikan. Memang gemuk2 pokok.
Pernah gak curah kicap cair yg dah tamat tempoh  ...

Semut byk kalau guna air basuhan ikan.

Dah dekat setahun aku cuba tanam.cili...x prnh hidup:lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:04 PM | Show all posts
Good article
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2021 05:06 PM | Show all posts
Kulit pisang pun bagus jadi baja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-1-2021 02:34 PM
Selalu guna air basuhan ikan. Memang gemuk2 pokok.
Pernah gak curah kicap cair yg dah tamat tempoh  ...

Menjadi ke guna kicap cair? Baru tau nihh tanaman apo yg sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-1-2021 05:06 PM
Kulit pisang pun bagus jadi baja

Kulit pisang tu nk kena lenyek bagi hancur ke or nk kena tanam je dlm tanah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:20 AM | Show all posts
Pinokiok replied at 17-1-2021 07:02 PM
Kulit pisang tu nk kena lenyek bagi hancur ke or nk kena tanam je dlm tanah?

Boleh pilih potong2 dan tambur pada tanah atau rendam dalam air dan airnya buat siraman.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku guna telur tuh..tp aku xpernah goreng..wajib ker weh???
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:02 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 18-1-2021 09:24 AM
Aku guna telur tuh..tp aku xpernah goreng..wajib ker weh???

takyah goreng, kasi keringkan aje. kalo nak legi elok.. tumbuk/ blendkan  kasi lumat, senang akar nak serap nutrition dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
smurfetz replied at 18-1-2021 10:02 AM
takyah goreng, kasi keringkan aje. kalo nak legi elok.. tumbuk/ blendkan  kasi lumat, senang akar  ...

Oh ok...aku buat mcm tuhlah..tp pokok krismas aku mcm makin layu...bunga ros pun sama....huwaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-1-2021 03:48 PM
Semut byk kalau guna air basuhan ikan.

Dah dekat setahun aku cuba tanam.cili...x prnh hidup:lol

Adus smelah..tnam cili gak..bunga dh kluar tpi daun mcm layuuu.. Stress xtumbuh2 dh nk msuk 8bulan dahh..ke ambik mse tnam cili ni..haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.324162 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list