CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7961|Reply: 58

[Jenayah] Minum bir di pusat kuarantin sambil gelak gelak

  [Copy link]
Post time 17-1-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-1-2021 04:22 PM


KOTA KINABALU — Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan individu yang bertindak meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini yang tular dalam media sosial pada Sabtu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata tindakan itu tidak menghormati pengorbanan petugas barisan hadapan kerana secara jelas melakukan kesalahan di kawasan digunakan sebagai kemudahan kesihatan untuk merawat pesakit Covid-19.

Menurutnya, tindakan meminum bir itu juga boleh mengundang ketidakselesaan pesakit lain yang sedang dirawat dan mungkin boleh mencetuskan masalah lain sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal.

"Cuepacs mahu tindakan juga diambil kepada pihak terlibat yang membawa, membekal atau melepaskan minuman keras itu kepada pesakit…tindakan individu itu biadab kerana seolah-olah sedang bergembira sedangkan petugas barisan hadapan sibuk mengerah keringat menyelamatkan rakyat.

"Tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar tiada lagi pihak lain yang berani bertindak seolah-olah petugas barisan hadapan kita sedang berseronok atau berhadapan dengan satu perkara yang remeh," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Adnan berkata sekiranya ada penglibatan pihak pengawal keselamatan atau petugas kesihatan sendiri dalam kejadian itu, tindakan tatatertib wajar dikenakan kerana ia mencemarkan integriti terutamanya membabitkan penjawat awam.

"Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan pihak berkuasa tidak perlu melindungi mereka yang bersalah. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sewajarnya mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan apatah lagi ketika sedang mendapatkan rawatan daripada petugas kesihatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi ketika dihubungi berkata, kes itu masih dalam siasatan dan menegaskan meminum arak tidak dibenarkan di semua PKRC.

Video tular berdurasi lebih 10 saat itu memaparkan seorang lelaki di sebuah PKRC sedang berbual dengan individu lain sambil memegang tin bir dan turut kelihatan dua bekas berisi bir. – Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 04:13 PM | Show all posts
Eh boleh plak yamseng kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkan kerajaan abahcow da tk terima pelancong cina
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:35 PM | Show all posts
caprut replied at 17-1-2021 04:28 PM
Ingtkan kerajaan abahcow da tk terima pelancong cina

kata politikus....malaysia akan papa kendana if tak terima mereka ni as pelancong...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:37 PM | Show all posts
Perghhh dua baldi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh biarlah..dia.minum alkohol nak kasi virus kobid mampuss..kalo virus kobid x mampus tuan yg.minum tu mohon mampus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2021 04:55 PM | Show all posts
Sori nak tanya..kat kem tak payah jaga jarak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps minum, mabuk. Pastu bergado menyusahkan org rmi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 05:52 PM | Show all posts
caprut replied at 17-1-2021 04:28 PM
Ingtkan kerajaan abahcow da tk terima pelancong cina

ini geng PRC ka? Yg aku baca Pusat Rawatan Covid - PRC.
And sejak bila pelancong boleh masuk Malaysia lps Covid? Boleh bg pencerahan?
Yg aku tau expats mmg dpt kelulusan, tp ramai gak kena buat rayuan lps 1st time reject.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:56 PM | Show all posts
KIM.K replied at 17-1-2021 04:55 PM
Sori nak tanya..kat kem tak payah jaga jarak ke?

Tak payah. Tadi I baca dalam newspaper. Sorang doktor ni kata tak payah jaga jarak and pakai mask sebab semua dah dijangkiti virus yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 17-1-2021 05:52 PM
ini geng PRC ka? Yg aku baca Pusat Rawatan Covid - PRC.
And sejak bila pelancong boleh masuk Ma ...

Tk pasti la china maindland ke apa. Tp yg pasti mcm bukan warganegara. Percaya la ckp abahcow.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:58 PM | Show all posts
waaaa sedap dia org yamseng......tp biar laa dia org minum.....minum sampai mampus.....senang skit....katil dia org bole allocate kat org lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tengah quarantine boleh mixed perempuan dengan lelaki yea? Jangan pulak lepas ni ada kes sexual harrasment, negara lain dah ada kes dah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap mcm mane boleh ada bir dlm tu? Food panda ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:09 PM | Show all posts
slavehunter replied at 17-1-2021 06:07 PM
Memang tengah quarantine boleh mixed perempuan dengan lelaki yea? Jangan pulak lepas ni ada kes sexu ...

yang kat maeps tu meols nampak macam asing2...matila kan kalau campur sekali laki pompuan, nak berak pon tak senang kang tetiba ada orang skodeng
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:17 PM | Show all posts
caprut replied at 17-1-2021 05:56 PM
Tk pasti la china maindland ke apa. Tp yg pasti mcm bukan warganegara. Percaya la ckp abahcow.

hang rasa aku bodoh sgt nak percaya benda tak betul? Yg aku tanya sebab hang buat statement tak betul. Regardless kebencian hang dgn kerajaan skrg, tak perlu ckp benda hang tatau includes kemasukkan pelancong china post covid.
Sbb yg control entry approval adalah immigration. Ini mcm hang fitnah kakitangan awam jugak.
Betulkan aku kalau salah kenyataan aku ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 17-1-2021 06:09 PM
yang kat maeps tu meols nampak macam asing2...matila kan kalau campur sekali laki pompuan, nak ber ...

Yerla kan, dalam Malaysia ni ada jer nanti ambil kesempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 17-1-2021 06:17 PM
hang rasa aku bodoh sgt nak percaya benda tak betul? Yg aku tanya sebab hang buat statement tak be ...

Ko prgi la tanya imigresen btol ke tk. Yg ko nk tanya aku knp. Aku ckp brdasarkan pemerhatian aku dari video tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:29 PM | Show all posts
caprut replied at 17-1-2021 06:24 PM
Ko prgi la tanya imigresen btol ke tk. Yg ko nk tanya aku knp. Aku ckp brdasarkan pemerhatian aku  ...

Hang ckp tu pelancong PRC & suh jgn percaya kerajaan abahcow (Muhyidin). Bila aku betulkan dlm news tu clear bgtau penghuni, Pusat Rawatan Covid (PRC), regardless bahasa cina yg dickp & entry approval by immigration setakat ni tak luluskan pelancong dr china & lain2 negara masuk, hang pusing kata pemerhatian hang dlm video tu nampak mcm PRC yg baru masuk Malaysia?

Hmmm


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 17-1-2021 06:29 PM
Hang ckp tu pelancong PRC & suh jgn percaya kerajaan abahcow (Muhyidin). Bila aku betulkan dlm new ...

So, ada beza ke PRC ke foreigners dari korea je jepon ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.082536 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list