CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12024|Reply: 98

[Tempatan] 2,500 profesor kita tiada kualiti’ – Dr. Arshad

  [Copy link]
Post time 18-1-2021 10:13 AM | Show all posts |Read mode
KOMUNITI NASIONAL PREMIUM TERKINI

`2,500 profesor kita tiada kualiti’ – Dr. Arshad







Tun Dr. Arshad Ayub


  • Oleh NIZAM YATIM
  • 18 Januari 2021, 8:13 am

SHAH ALAM: Tokoh pendidikan mendedahkan kualiti lebih 2,500 profesor di negara ini tidak mencapai standard diharapkan. Sehubungan itu, beliau mencadangkan jumlah tenaga profesional dikerah untuk mengajar secara sambilan di universiti-universiti tempatan supaya dapat menyumbang kepakaran dan pengalaman yang diperoleh daripada industri. Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM), Tun Dr. Arshad Ayub berkata, dengan kerjasama antara kumpulan profesional dan profesor, diharapkan…





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis paste ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 10:17 AM | Show all posts

aku tak langgan utusan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yang dilantik sebagai Professor atau Professor Madya sebab politik bukan pencapaian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:31 AM | Show all posts
Well said itu realitinya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Selaku salah sorg mod kat sini, Xim tak galakkan artikel sekerat2 mcm ni....buatnya misleading cmne?

Entah2 Dr Arshad ni nak kata profesor kita tak berkualiti kalau tak buat research tiap2 tahun ke (contoh je)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2021 10:48 AM | Show all posts
Xim replied at 18-1-2021 10:40 AM
Selaku salah sorg mod kat sini, Xim tak galakkan artikel sekerat2 mcm ni....buatnya misleading cmne? ...

mungkin ada forumer yg bleh log in utusan yg mempunyai artikel penuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:01 AM | Show all posts
i think , kalau paste article kene jadi bertanggungjawab sertakan sumber dan artikel penuh lah . mana boleh komen kalau artikel sekerat sekerat , macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.  Ada satu Prof (tak yah sebut nama dan Uni)..........manjang gi main golf,  ngajar lebihkurang 4-6jam seminggu....... no research paper kecuali tenggek post grad student....Nobody refer kat dia tentang bidang yg konon dia hebat nor dia jadi head atau ahli any COE. Macam mana dapat Prof..... wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy igt kew thread  pasal andartu kita tiada kualiti,rupenye propeser jah...dislike dislike dislike...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mana link artikel penuh?

prof skrg mcm2 ada...ada yg peel tak semenggah (dlm profession) tp gah kan main dgn hasil kerja kononnye skali kerah keringat stdnt. ramai yg iols kenal camni, even kwn sendiri pun ada peel gini.tapi yg betul2 komited pun ramai smpai takdan nak menikah la
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pergi saintis saintis malaysia...silalah research alternatives utk perang covid ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:38 PM | Show all posts
Dia bercakap benar. Lantikan politik dan berdasarkan kaum. Meritokrasi tak pandang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:39 PM | Show all posts
open secret kot malaysia mmg ramai prof kangkung
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:42 PM | Show all posts
Parah dah ni bila jawatan-jawatan profesor dipolitikan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
SHAH ALAM: Tokoh pendidikan mendedahkan kualiti lebih 2,500 profesor di negara ini tidak mencapai standard diharapkan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan jumlah tenaga profesional dikerah untuk mengajar secara sambilan di universiti-universiti tempatan supaya dapat menyumbang kepakaran dan pengalaman yang diperoleh daripada industri.
Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM), Tun Dr. Arshad Ayub berkata, dengan kerjasama antara kumpulan profesional dan profesor, diharapkan ada lebih banyak artikel penyelidikan membabitkan idea di luar kotak dihasilkan seterusnya memberi sumbangan besar kepada masyarakat.
“Idea ini hendaklah sama hebat atau lebih baik daripada buah fikiran Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang mencetuskan idea penubuhan Lembaga Tabung Haji,” kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia di kediamannya di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, sumbangan golongan profesional termasuk bukan Melayu tidak boleh dipertikai kerana mereka telah banyak berjasa sebagai pensyarah sambilan pada awal penubuhan ITM yang kemudian berkembang menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM), iaitu sebuah gedung modal insan terunggul bumiputera di Malaysia.
“Saya ketika menjadi Pengarah ITM kira-kira 10 tahun, saya tidak ada ijazah doktor falsafah (PhD). Saya boleh melaksanakan tugas tanpa gelaran profesor pun. Cuma kebimbangan saya di UiTM sekarang, 95 peratus pensyarah ialah Melayu berbanding 90 peratus pensyarah bukan Melayu dahulu.
“Sama ada dia guna bahasa Melayu atau Inggeris untuk mengajar, wallahuaklam. Dulu saya tetap dengan pendirian menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar walaupun ditekan Menteri Pendidikan ketika itu.
“Cuba perhatikan perbezaan graduan Melayu yang keluar dari universiti menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Mereka dari universiti berbahasa pengantar Melayu tidak mahu bekerja di sektor swasta, suka kerja kerajaan dan mendapat gaji setiap bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Arshad mencadangkan, yuran yang dikenakan UiTM distruktur berbeza-beza mengikut kadar pendapatan ibu bapa dan bukan secara sama rata untuk semua pelajar.
“Dulu sebanyak RM625 satu semester dan saya tidak pasti kadar yuran terkini. Saya dimaklumkan ada ibu bapa bergaji RM30,000 sebulan pun menghantar anak belajar di UiTM dengan membayar yuran rendah sedangkan tempat itu adalah hak pelajar daripada keluarga miskin,” katanya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 18-1-2021 12:44 PM
SHAH ALAM: Tokoh pendidikan mendedahkan kualiti lebih 2,500 profesor di negara ini tidak mencapai st ...

But quality of students skrg pun x sama dgn students dulu..gen z ni adalah generasi yg plg mencabar utk diajar sbb mrk susah nak faham..terpaksa terangkan byk kali and communication skill pun lemah. ...diajar dgn full english lg lah mrk x faham..siap tanya..use simple english tu apa..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 12:48 PM | Show all posts
jas7512 replied at 18-1-2021 12:44 PM
SHAH ALAM: Tokoh pendidikan mendedahkan kualiti lebih 2,500 profesor di negara ini tidak mencapai st ...

“Cuba perhatikan perbezaan graduan Melayu yang keluar dari universiti menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Mereka dari universiti berbahasa pengantar Melayu tidak mahu bekerja di sektor swasta, suka kerja kerajaan dan mendapat gaji setiap bulan,” katanya.

kebergantungan melayu dgn kerajaan amat membimbangkan...patut la kerajaan melayu boleh memperbodohkan melayu aje...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 12:50 PM | Show all posts
zaman PH dulu, majlis professor negara di batalkan kerana kuat sangat makan duit...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je profesor yg btl2 buat kerja and satu lg profesor ni naik based on 3 cara...ada yg sbb research...ada yg sbb pentadbiran..satu lg p&p tapi semua nesti ada terbitkan jurnal berwasit cuma x byk hasil research profesor2 ni yg dpt dikomersilkan sbb mrk buat research becoz of their passion for the knowledge not for gaining profits cuma zaman skrg uni pun kn jana duit sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.857077 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list