CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1189|Reply: 1

Meerqeen Sudah Sedia

[Copy link]
Post time 18-1-2021 10:16 AM | Show all posts |Read mode

Tak sangka kemunculan jadi sebutan, sanggup berdepan kontroversi


Harian Metro

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my

BINTANG baharu ini wajar diberi perhatian biarpun 'masih hijau' dalam bidang seni terutama kerjaya lakonannya kerana nama Meerqeen kini semakin menjadi sebutan ramai.

Malah, pemenang tempat ketiga pada program Hero Remaja 2020 ini juga sudah menjadi rebutan stesen TV dan penerbit drama tempatan untuk menampilkannya sebagai hero dalam karya terbitan mereka.

Lebih membanggakan Meerqeen, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam adalah tahun 2020 ditutup dengan catatan indah apabila drama lakonannya sebanyak 70 episod iaitu Angkara Cinta yang ditayangkan di Astro Prima mendapat sambutan penonton.

Ia sekali gus menjadikan Meerqeen antara hero baharu yang disebut-sebut bakal bersinar sepanjang tahun ini. Malah, ramai menantikan buah tangan terbaharu jejaka kelahiran Selangor ini.

Tidak keterlaluan juga dikatakan, nama Meerqeen lebih ke depan berbanding juara. Menjawab persoalan itu, Meerqeen menganggap ia adalah hasil usaha diri sendiri.

"Secara jujur, saya tidak pernah menjangka nama naik secepat ni. Saya anggap ini adalah rezeki. Rezeki tak pernah salah alamat.

"Soal lebih dikenali daripada juara, pada saya semua ini berpunca daripada diri kita juga. Kalau kita rajin dan tak pernah mengalah dengan apa yang kita buat, Insya Allah jalan kita dalam industri akan mudah.

Mungkin disebabkan itu saya lebih dikenali," katanya.

Menyedari hakikat perjalanan menjadi anak seni bukan semudah disangka, Meerqeen berkata, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Soal populariti dan kontroversi, Meerqeen menyifatkan dua elemen itu perlu bersatu dalam bentuk yang baik sekali gus menjadikan ia cerminan diri.

"Kalau nama saya disebut-sebut sebagai hero dan pelakon yang akan menyerlah tahun ini, Insya Allah, Itu adalah matlamat saya dalam bidang lakonan. Kita tunggu dan lihat saja.

"Saya juga bersetuju jika dikatakan populariti dan kontroversi perlu seiring. Tapi, kontroversi itu biarlah yang sihat dan berlangsung dalam keadaan baik. Bagi saya, setiap apa yang kita lakukan adalah cerminan kita.

"Soal sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang, Insya Allah,

saya sentiasa bersedia," katanya.

Idam menang anugerah

Tipu jika dikatakan artis yang terjun dalam bidang seni tidak mengimpikan penghargaan atau anugerah atas usaha yang sudah dilakukan. Sama ada anugerah berbentuk terbaik atau popular, keduanya juga adalah pencapaian.

Bagi Meerqeen, memenangi anugerah juga menjadi sasaran, tapi apa yang perlu dilakukan dahulu adalah belajar dan terus belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri.

"Prinsip saya apabila masuk dalam industri hiburan ada banyak sebenarnya. Secara jujur, semua pelakon inginkan anugerah begitu juga saya. Saya memang idamkan anugerah dalam bidang ini. Jadi sekarang ini saya banyak belajar dan akan datang 'i' ll become a star'.

Selain mahu terus berjuang sebagai pelakon, Meerqeen mengakui mahu mencuba bidang nyanyian.

"Saya minat menyanyi, tapi buat masa sekarang saya memang fokus dalam bidang lakonan dulu. Tapi, Insya Allah perancangan itu ada," katanya.

Ditanya mengenai soal peribadi, Meerqeen mengakui selesa untuk berahsia tanpa berkongsi kepada umum.

"Saya lagi selesa simpan kisah peribadi, tapi ia terpulang kepada bentuk cerita. Kalau perlu dan selesa dikongsi akan kongsi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg helok... muka mlyu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.287704 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list