|
KUCHING, 19 Jan: 13 staf di Hospital Sibu disahkan positif COVID-19 setakat hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata kesemua staf tersebut telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, kontak rapat kepada kesemua staf itu juga telah dikenal pasti dan dikaurantin serta disaring untuk mengetahui sama ada mereka dijangkiti virus tersebut atau sebaliknya.
Dr Chin menambah pihaknya juga telah memobilisasikan staf-staf dari hospital lain untuk membantu staf di Hospital Sibu.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19 di Kuching hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengingatkan orang ramai yang mengalami tanda-tanda atau gejala seperti deman, batuk, hidung berair, hilang deria rasa dan bau supaya tidak keluar bercampur dengan orang ramai sebaliknya membuat pemeriksaan di klinik dan sekiranya perlu, individu tersebut akan menjalani saringan COVID-19.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|