View: 7649|Reply: 36
|
[Tempatan]
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, positif Covid-19. Apa perasaan
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 20-1-2021 06:57 AM
Pengarah Pilihan Raya Umno disahkan dijangkiti Covid-19
https://www.malaysiakini.com/news/559673
Diterbitkan 20 Jan 2021, 10:01 am
Seorang lagi ahli parlimen disahkan positif Covid-19. Kali ini membabitkan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Hal itu dinyatakan pengelola media sosial Tajuddin pagi ini.
Kata hantaran itu Tajuddin menjalani ujian saringan pada 19 Jan dan keputusan mengenainya dikeluarkan hari ini.
"Kepada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau (Tajuddin), eloklah melakukan ujian saringan Covid-19," katanya.
Sebelum ini sudah ada beberapa ahli parlimen disahkan dijangkiti wabak tersebut, termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Zulkifli Mohamad; Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique; dan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.
Turut disahkan positif ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
Untuk rekod Tajuddin duduk di sebelah Nazri semasa bekas menteri di JPM itu mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusannya menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Menurut hantaran Tajuddin itu, pengarah pilihan raya Umno berkenaan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
"Beliau memohon maaf di atas sebarang kesulitan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tidak rasa apa-apa, cuma sempat sembuh seperti sedia kala sama juga doa ini ditujukan kepada kesemua pesakit yang sedang mengalaminya ini |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah.
Biarlah bagi orang berilmu dan berintigriti pegang prasarana dan jadi ahli parlimen. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajudin. Ventilator dah habis kat hosp dia warded tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
SepupuBen10 replied at 20-1-2021 12:16 PM
Tajudin. Ventilator dah habis kat hosp dia warded tu kan
Harap takde yg dikorbankan utk memberi laluan kepada beliau |
|
|
|
|
|
|
|
I meluat gila dengan orang tua ni.. Tahniah la dapat covid.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap pasni jaga mulut bila bercakap
xkira dgn sape n kat mana |
|
|
|
|
|
|
|
yehaaaaaaaaaaa.............yahoooooo adannnn mukerrr....adannn mukerrrrr......best takkkk ............tu laa sombang sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila Allah memberi penyakit, bererti Allah nak hapuskan sbhgn kecil dosa2 yg ada. Mungkin begitulah rahmat Allah kpd dia menjadi insan terpilih untuk mendapat rezeki begitu. Merasalah juga sambil memaknai apa itu covid19, sakit ke, seksa ke, atau sekadar positif tak bergejala.
"Beliau memohon maaf di atas sebarang kesulitan," katanya. Kesulitan? kesulitan apenya? |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin bertimpa2 bala menimpa PNtek dan gerombolan menteri2 mereka. Cash! |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum positif Covid-19, Tajuddin jumpa Zahid dan Najib
https://www.malaysiakini.com/news/559707
Hariz Mohd & B Nantha Kumar
Diterbitkan 20 Jan 2021, 1:40 pm
Dikemaskini 2:09 pm
Anggota parlimen Pari Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang diuji positif Covid-19 hari ini, ada bertemu dengan Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Abdul Razak di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur tiga hari lalu.
Seorang pegawai Zahid memberitahu Malaysiakini bahawa bosnya dan beberapa lagi kakitangan pejabat telah menjalani ujian calitan RT-PCR pagi ini.
Salah seorang pegawai Najib juga mengesahkan pertemuan Najib dengan Tajuddin.
Malaysiakini telah menghubungi beberapa individu lain dalam pertemuan itu termasuk beberapa ketua bahagian Umno untuk mengenal pasti sama ada mereka telah melakukan ujian Covid-19.
Tajuddin adalah pemimpin politik terbaru dalam senarai panjang wakil rakyat, menteri dan timbalannya yang diuji positif Covid-19 baru-baru ini.
Masih tidak pastikan punca Tajuddin dijangkiti virus itu, tetapi apa yang pasti dia menghadiri sidang media oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz pada 12 Januari, yang mengesahkan dia positif virus itu, semalam.
Nazri sebelum ini berkata dia memutuskan untuk menjalani ujian setelah menyedari bahawa dia pernah menemui aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin dalam sidang media yang sama.
Zaharin, di laman Facebook pada 14 Januari memaklumkan ujian calitannya positif.
Sementara, Nazri kini sedang di kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bharu, Kelantan.
Tajuddin juga mempengerusikan mesyuarat di pejabat Prasarana semalam.
Kontak rapat telah diperintah untuk menjalani ujian Covid-19 sementara individu lain yang menghadiri mesyuarat tersebut telah diarah kuarantin hingga 29 Januari. |
|
|
|
|
|
|
|
Akibat terlalu ghairah bersidang media. Wartawan pun hati-hati ya. Jalani saringan juga. |
|
|
|
|
|
|
|
ramainyaa yg dah positif covid.. tak ikut sop kerrr |
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 20-1-2021 02:52 PM
Sebelum positif Covid-19, Tajuddin jumpa Zahid dan Najib
https://www.malaysiakini.com/news/559707 ...
Semoga 3 ni positif.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|