CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5076|Reply: 27

[Tempatan] Gara-gara rokok seludup, harga rokok sah perlu diturunkan. Anda bersetuju?

  [Copy link]
Post time 21-1-2021 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Harga rokok sah perlu diturunkan

https://www.sinarharian.com.my/article/120147/BISNES/Harga-rokok-sah-perlu-diturunkan

AZMI TARMIZI | | 21 Januari 2021



PENGANALISIS pelaburan dan ekonomi serta pengulas isu semasa, Pankaj Kumar dalam satu forum bersetuju harga rokok sah yang murah dapat mengatasi masalah pasaran rokok seludup yang semakin membimbangkan.

Malah beliau turut bersetuju dengan keperluan untuk merapatkan jurang harga antara rokok sah dengan yang diseludup.

Beliau berkata, faktor harga produk adalah antara punca utama rokok seludup menjadi pilihan pengguna berbanding produk yang diedarkan secara sah pada harga lebih mahal kerana duti eksais tinggi.


Pankaj Kumar

"Demografi perokok hari ini dikuasai oleh segmen B40. Soal mampu dibeli adalah satu isu. Selepas kerajaan menaikkan duti eksais dengan begitu tinggi pada 2015, harga rokok sah meningkat sebanyak 40 peratus kepada 42 peratus," katanya.

Impak negatifnya ialah bukan sekadar kehilangan hasil cukai tetapi juga kemunculan Malaysia sebagai negara nombor satu di dunia sebagai pasaran rokok seludup.

Jika mereka merokok rokok sah pada purata 20 kotak sebulan, ia adalah antara 15 hingga 16 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan mereka. Kos itu terlalu tinggi sedangkan alternatif lebih murah tersedia ada iaitu rokok seludup.

Menganggarkan sekotak 20 batang rokok berharga RM17.40 dan jika seseorang merokok 20 kotak sebulan, ia berjumlah RM350 sebulan atau bersamaan kepada 16 peratus daripada Pendapatan Garisan Kemiskinan (PLI) sebanyak RM2,208 sebulan pada 2019.

Dengan beban perbelanjaan sebegitu tinggi, sudah tentunya perokok dalam kalangan B40 ini mahukan sesuatu yang lebih murah. Mereka tidak mampu membeli rokok sah pada masa ini

Pada sidang Dewan Rakyat yang lalu pada bulan Disember 2020, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mencadangkan agar cukai tembakau dikurangkan untuk mengekang pasaran gelap kerana 64 peratus rokok yang dijual di negara ini adalah rokok haram, hanya 36 peratus sahaja rokok sah.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan dalam program perintis dalam tempoh dua tahun untuk membolehkan syarikat tembakau menjual rokok sah pada harga RM8 sekotak, yang lebih dekat dengan harga sebungkus rokok haram dalam usaha menangani kerugian pendapatan tembakau sebanyak RM5 bilion setiap tahun.

Adakah penurunan harga rokok akan berjaya menegurangkan pasaran rokok seludup? Cadangan Ahmad itu sebenarnya sudah dipraktikkan di beberapa negara antaranya Turki.

Pada akhir Disember 2020, Turki telah menurunkan cukai penggunaan khas rokok dan produk tembakau kepada 63 peratus sebagai langkah yang dapat membantu mengurangkan tekanan inflasi.

Langkah ini berlaku hanya lima bulan selepas Turki mengenakan larangan penjualan rokok gulung tangan (hand-rolled cigarettes) setelah kenaikan harga rokok mendorong perokok ke kedai tembakau yang harganya jauh lebih murah tetapi kandungannya sukar dikesan - yang merupakan masalah yang sangat biasa berlaku di Malaysia.

Malangnya, Malaysia adalah peneraju global dalam perdagangan rokok haram. Ya, sebanyak 64.5 peratus daripada jumlah rokok yang dijual di negara ini adalah rokok haram iaitu kira-kira 12 bilion batang rokok seludup yang dijual dalam setahun.

Isu ini adalah sebahagian daripada ekonomi bayangan Malaysia yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyumbang 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau sekitar RM300 bilion setiap tahun.

Kerajaan telah mengumumkan langkah-langkah untuk menangani perdagangan rokok haram pada pembentangan Belanjawan 2021, termasuk membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu.

Kerajaan turut mengetatkan pembaharuan lesen import rokok menerusi kajian semula syarat-syarat pengimportan termasuk mengenakan kuota import dan mengehadkan aktiviti penghantaran rokok kepada pelabuhan tertentu.

Tetapi ada yang mengatakan bahawa tindakan itu tidak mencukupi.

Untuk mengatasi hal ini, Pengerusi Tricor Malaysia yang juga Presiden Institut Akauntan Malaysia, Dr Veerinderjeet Singh mengesyorkan agar syarikat tembakau diizinkan untuk memperkenalkan produk baru yang dikenakan cukai dengan kadar yang lebih rendah melalui tingkat cukai baru.


Dr Veerinderjeet Singh

Beliau mengatakan ini akan mewujudkan segmen rokok sah yang lebih rendah yang dapat bersaing dengan rokok haram berdasarkan harga.

Veerinderjeet berkata, apabila cukai bagi produk itu terlalu mahal, memang semula jadi untuk orang ramai memilih yang lebih murah.

"Kita menyaksikan cukai eksais dikenakan ke atas produk dan cukai tinggi jelas bukan penyelesaiannya. Penyelesaiannya patut menurunkan cukai eksais ke atas rokok bersama-sama langkah penguatkuasaan lebih tegas dan pendidikan kesedaran kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata, sekiranya menurunkan keseluruhan struktur cukai tidak boleh dilakukan, maka kerajaan patut mempertimbangkan untuk membenarkan syarikat rokok memperkenalkan produk baharu, dicukaikan pada kadar lebih rendah menerusi tahap percukaian baharu.

"Ia akan mewujudkan segmen rokok sah berharga lebih berdaya saing dengan rokok seludup, berdasarkan harga," katanya.

Single Polls, Total 26 Users voted View Voters
69.23% (18)
23.08% (6)
7.69% (2)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
yg penting...asap rokok tak perlu dikongsi dgn ore yg x merokok....hokey!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:20 AM | Show all posts
rokok seludup adalah kelemahan penguatkuasaan bangsa melayu yg lemah dan suka makan daging babi i.e. rasuah walaupun mereka ini mengucap dua kalimah syahadah...

cukai rokok perlu dinaikkan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:24 AM | Show all posts
We Shall Prevail
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:26 AM | Show all posts
dijangka 97% netijin pengundi nak pkp akan undi taknak harga turun
dont care... either way we will win kita tetap meneeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong ahmad maslan.hidup pontiannnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2021 01:13 PM | Show all posts
iols tak merokok
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:25 PM | Show all posts
sy setuju..skrg nmpk org Indon kaya raya hasil seludup rokok seludup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Marlboro rm17..era biru baru rm3.50..kalau beli sekarton kadang dpt la rm30 or rm28..pengguna yg bijak n perokok tegar akan go to era biru..rasa pun lebih kurg jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:55 PM | Show all posts
zaman bila nk isap2 rokok ni. org sekrng isap powerbeng dengan thumbdrive laaa mcm2 perisa ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:59 PM | Show all posts
udah2 le merokok tu. baik berhenti je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
fazzrules replied at 21-1-2021 01:33 PM
Marlboro rm17..era biru baru rm3.50..kalau beli sekarton kadang dpt la rm30 or rm28..pengguna yg bij ...

ERA..rokok borneo..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 05:28 PM | Show all posts
tak merokok sebab rokok mahal

kalau murah why not la kan nikmat dunia... so ofkos sangat setuju

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Erwin43Diamond at 21-1-2021 10:08 PM

jauh sangat bezanaya..roko seludup rm3.50..roko halal cukai paling murah pun jenama LD yang harga rm11..dunhill kalau turun pg rm5 pun akau lebih prefer premium seludup yang rm6..pasal dunhill keras sangat..hahah..so ni bukan solution yang terbaik..kembalikan nikmat dunhill tahun 90an.. kehkehkh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke rokok 3.50?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman mahathir tiap tahun cukai eksais rokok dan minuman keras naik.lepas tu menteri dok ketuk meja bang bang bang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
X setuju. Tujuan naikkan harga rokok tu sbb xnk org merokok. Kalau turunkan, baik turunkan sama mcm harga rokok seludup
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Berhenti merokok pun perlu campur tgn gov hanat sekor2 ni
Drpd fikirkan individu,
I vote turunkan harga rokok utk tujuan membanteras penyeludupan demi negara,
Tokeh2 hanat bangsa asing ramai sangat kaya sebb rokok ni 1 hal,
Penyeludupan rokok ni pun boleh akibatkan jenayah berantai
Cukai rokok dh byk tahun asyik dinaikkan tapi berapa kerat yg betul2 berhenti sebb rokok mahal. Lebih ramai yg berhenti sebb kesedaran sendiri.
Tapi mmg ramai golongan miskin yg merokok
Tak sedar diri langsung
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb harga rokok mahal la depa p bli rokok seludup. Ape pun merokok tu umpama bakar duit bg iols.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Haramkan terus rokok. Perbuatan sia2 lagi membazir, mencemar udara, puntung buang merata, membuatkan orang bukan perokok jadi sakit dan penyakit.

Apa kelebihan rokok?

Selain menyebabkan tokey2 rokok kaya raya. Even theyol sendiri pun tak isap rokok walaupun owner kilang rokok.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.081210 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list