CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1107|Reply: 3

[Tempatan] Lelaki guna wang i-Sinar sewa lori bawa daun ketum ditahan

 Close [Copy link]
Post time 21-1-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by krustykrab at 21-1-2021 08:13 PM

Seorang lelaki yang memandu lori dengan membawa muatan 1.5 tan daun ketum ditahan di Jalan Kampung Tong Prok, Mukim Padang Kerbau, di Pendang, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata suspek ditahan kira-kira 12.45 tengah malam oleh anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu selepas mengesan lori berkenaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Selepas menahan lori ‘bonded’ tiga tan itu anggota polis telah melakukan pemeriksaan dan menemui 80 beg kanvas serta guni plastik berisi daun ketum yang semuanya seberat 1.5 tan dan dianggar bernilai RM22,000.

"Hasil siasatan suspek mengaku mengambil upah sebanyak RM2,000 bagi setiap perjalanan daripada individu lain untuk menghantar daun ketum itu dari Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, suspek yang tidak bekerja selepas diberhentikan sebagai pemandu bas ekspres pada Jun tahun lepas, juga mengaku dia menyewa lori berkenaan menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan menerusi program i-Sinar baru-baru ini.

Arriz Sham berkata, selain daun ketum, suspek menyewa lori berkenaan pada kadar RM2,500 sebulan turut menggunakan kenderaan itu untuk perkhidmatan penghantaran pelbagai barangan termasuk perabot dan makanan.

Katanya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu kini ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3), Akta Racun 1952.

“Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak memiliki rekod jenayah lampau dan kita masih menyiasat bagi mengesan individu yang memberi upah kepada suspek,” katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 08:39 PM | Show all posts
Sudah tahu benda itu menyalahi undang-undang tetapi degil mahu buat juga, sekarang siapa yang susah? Diri sendiri dan keluarga juga yang terpaksa menanggung
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kt anak dan isteri dia..berani betul bawak lori muat ketum time pkp ni SJR merata
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070400 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list