CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3917|Reply: 47

[Tempatan] Tiga beradik kongsi satu telefon ikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (Pd

[Copy link]
Post time 22-1-2021 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Tiga beradik kongsi satu telefon ikuti PdPR

https://www.sinarharian.com.my/a ... -telefon-ikuti-PdPR

NORAFIZA JAAFAR | | 22 Januari 2021


Tiga anak Nor Munirah berkongsi satu telefon bagi mengikuti PdPR yang bermula pada Rabu

RAWANG - Tiga beradik terpaksa berkongsi satu telefon bagi mengikuti kelas secara dalam talian bagi sesi persekolahan 2021 yang bermula pada Rabu.

Keadaan itu dikongsikan ibu mereka, Nor Munirah Mohd Nadzie, 37, yang merupakan antara golongan yang menghadapi kekangan membiasakan diri dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Nor Munirah berkata, tiga anaknya termasuk seorang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tiada pilihan terpaksa bergilir-gilir mengikuti kelas pada sesi pagi kerana mempunyai hanya satu telefon.

"Saya terpaksa maklumkan pada guru yang anak saya terpaksa keluar dari kelas online bagi memberikan anak-anak yang lain mengikuti kelas secara giliran.

"Ini menyebabkan anak-anak banyak ketinggalan pelajaran. Saya terpaksa mengharapkan bantuan guru supaya dapat kemas kini arahan selanjutnya menerusi grup WhatsApp," katanya di sini pada Rabu.

Menurutnya, PdPR itu tidak membebankan bagi kebanyakan ibu-bapa tetapi sedikit rumit untuk golongan kurang berkemampuan.


Anak-anak Aizura yang mengikuti kelas secara dalam talian di rumahnya di Rawang.

"Saya sudah mohon Yayasan YTL untuk telefon pintar percuma tetapi belum ada jawapan.

"Sementara itu, saya ada juga meninjau komputer riba terpakai, cuma tidak mudah menyediakan wang yang banyak bagi kami yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

"Saya harap kerajaan dapat membantu orang kurang kemampuan seperti saya untuk pemberian peralatan lengkap pembelajaran (laptop dan internet) bagi membolehkan semua pelajar dapat mengikuti PdPR tanpa sebarang masalah," katanya.

Seorang lagi ibu pelajar, Ainul Aizura Ahsan, 46, pula berharap pelajar-pelajar diberikan beberapa alternatif untuk mengikuti kelas selain bergantung sepenuhnya dengan aplikasi Google Classroom.

"Akibat terlupa kata laluan, anak saya tidak dapat daftar masuk untuk ikuti kelas. Sementara masalah itu diselesaikan, saya harap guru boleh kongsikan video kelas yang dihantar dalam grup WhatsApp bagi memudahkan ibu-bapa pantau dan bantu anak-anak belajar dari rumah.

"Dari segi gajet tidak terlalu bermasalah, saya dah buat persiapan awal dengan sediakan telefon pintar buat empat anak-anak yang bersekolah kerana tidak mahu mereka ketinggalan dalam pembelajaran," katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap UEL dpt bantu depa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:02 AM | Show all posts
patut kena ada ngo yg kumpulkan gajet2 terpakai yg masih berfungsi utk didermakan pada golongan kurang mampu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:04 AM | Show all posts
perkara pandemic mcm ini sebenarnya kita nak salahkan siapa??

nak saman wuhan yg jadi punca pun ko xmampu

ko nak salah siapa

kata pun hidup dalam norma baharu

fikirlah


miskin dan kaya mmg wujud dlm masyarakat tp  entah kenapa aku rasa mcm rakyat Malaysia ni mcm nak kerajaan yg bela mrk anak-beranak.

mcm cikai pun ada

dalam pandemic ni , ramai yg tanggung susah , pelbagai jenis susah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:18 AM | Show all posts
pastu apa masalahnye... bukan nya class tu 8pg-8mlm pun.... habis kuat pagi - tghari je... n ada rehat...

bg gadget kt budak2 ni mengarut je... tgk sikit2 sudah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun share hp bagi anak2..gilir2..
Guna 1 komputer, 2 ipad untuk google meet.
So far ok je.
Gilir-gilir guna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
syukurlah bagi parents yang berkemampuan untuk lengkapkan segalanya untuk anak. Ingat ramai sangat yang tak mampu kat luar sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:21 AM | Show all posts
iols pun gilir2 anak...bila semua serentak, iols bg handphone iols..yg lain2 dah dah ada tablet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe kat sini jkkk kampung atau penghulu mukim blh mainkan peranan..sewa cyber cafe kg...and bebudak yg xde kemudahan internet blh guna kat sini..of course perlukan pemantauan dan patuhi sop..klu semua bg kerjasama in shaa Allah blh..mcm kat tempat i..ada library ada byk komp..mhn kat authorised party utk benarkan student guna..of course ada org jaga dan kn pakai mask dan jaga jarak tapi khusus utk yg dah sek men lah..yg bdk sek rendah...blm mampu nak kawal lg sbb mrk kdg2 blm boleh sgt patuhi arahan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:45 AM | Show all posts
bagusnya kalau kwsp boleh bagi kelonggaran pada waktu ini utk beli kemudahan komputer, macam dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:51 AM | Show all posts
angara mampu dan tak mampu aku ni..tapi so far dipermudahkan.
mujur anak derajah 5 tu dah terer..eh skrg ni kalu tak celik it memang handau la belajar..tu online class online semua register pastu htr online je kerja skolah dh siap. tahap terer it budak skrg dia bole godek account google dan adjust ko punya setting. email account kena hack password kena tukar. aduiiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:11 AM | Show all posts
aku rasa kan, salah satu cara untuk menghasilkan suasana pembelajaran yg lagi efektif n win-win utk cikgu n student, ialah cikgu pre-record video, n upload video skali ng homework kt google drive ke, dropbox ke, lps tu student kene check n tgk, belajar, boleh ulang2 tgk smpi paham..
setkan validity cam dua hari ke, n suruh student tu screenshot sbg proof of attendance. .
dengan cara mcm ni, x ada issue pn kalau ada satu komputer, masing2 pun akan ada susunan masa yg lebih sistematik, n boleh lahirkan rasa tanggungjawab lebih..
parents punya monitoring pn cm less stressful xde la cm memaksa nk anak duduk (knowing kids have super short attention span) dan kita tengah cuba nk normalisasikan norma baharu yadda yadda~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ecahaha replied at 22-1-2021 10:11 AM
aku rasa kan, salah satu cara untuk menghasilkan suasana pembelajaran yg lagi efektif n win-win utk  ...

Google classroom memang ada function tu,
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
haznor replied at 22-1-2021 09:45 AM
bagusnya kalau kwsp boleh bagi kelonggaran pada waktu ini utk beli kemudahan komputer, macam dulu.

Aku setuju yg Ni.. maximum 5k
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ecahaha replied at 22-1-2021 10:11 AM
aku rasa kan, salah satu cara untuk menghasilkan suasana pembelajaran yg lagi efektif n win-win utk  ...

Ini yg sepatutnya... 2-3 tahun covid pun boleh gunakan lg atau kemaskini apa yg patut.. Ada cikgu yg buat tp berbayar la.. sy baru beli math utk tahun 4. 1 Bab rm50.. Ada 4 Bab. Lengkap dgn video, soalan2, slide dan selari dgn buku teks sekolah. Ibu bapa nak mengajar pun Ada guide berdasarkan video.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 22-1-2021 01:54 PM
Ini yg sepatutnya... 2-3 tahun covid pun boleh gunakan lg atau kemaskini apa yg patut.. Ada cikgu  ...

Haa, maksudnya dah ada lah pembelajaran mcm ni.. sepatutnya kementerian pendidikan pun aware n cuba implement perlahan2.. daripada requirement kena baju skolah depan pc bagai.. ada setengah tempat yg xde kemudahan fiber optic cable, klu buat nk buat on call video mcm x convenient, dah lah data banyak satu hal, lembab plk tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 22-1-2021 12:35 PM
Google classroom memang ada function tu,

Tapi waktu masuk kelas tu kena ikut jadual yg sekolh dh set ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ecahaha replied at 22-1-2021 08:53 PM
Haa, maksudnya dah ada lah pembelajaran mcm ni.. sepatutnya kementerian pendidikan pun aware n cub ...

Kalau sy cikgu, sy buat mcm Ni je. Sama jugak mengajar.. cuma Tak bersemuka je. Bydak2 yg lambat boleh dengar ulang2 sampai faham. Ada apa2 Tak paham baru Tanya Kat group. Cuma utk budak darjah 1-2 payah sikit la. Better la Dr Tak ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah sebenarnya kos data. Gajet dah makin murah. Data mahal servis cibai.  Kompeni telco malaysia ni semuanya tamak haloba. Buat bisnes kat malaysia bukannya pakai meritrasi dipayung kerajaan tapi cekik rakyat. Mcm cibai kan......pendapatan halal katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi baca kat fb ada orang komplen ada mak2 yg sibuk duk beli emas tuk pelaburan masa depan tp duk bising tak mampu nak belikan anak hp/laptop.
Duit bantuan semua ambil tp labur beli emas so rasanya waktu2 ini utamakan anak dulu laaa anak pun masa depan kita juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.229273 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list