CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2722|Reply: 2

[PULAU PINANG] Kerajaan Pulau Pinang Atasi Isu Liputan Internet Di Pulau Aman

[Copy link]
Post time 24-1-2021 05:08 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur Pulau Pinang, Zairil Khir Johari mengadakan tinjauan untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu liputan internet di Pulau Aman. - Foto ihsan Pembaca


Berita Harian

Nur Izzati Mohamad
bhnews@bh.com.my

BATU KAWAN: Kerajaan Pulau Pinang menyediakan cadangan jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah capaian internet di Pulau Aman, di sini, hingga menyukarkan pelajar mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari, berkata kerajaan negeri mengambil maklum permasalahan itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

"Melalui tinjauan semalam bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), terdapat cadangan jangka pendek dan panjang dikemukakan untuk membantu menyelesaikan isu ini.

"Antara cadangan jangka pendek yang boleh diambil adalah pengoptimuman infrastruktur telekomunikasi sedia ada di kawasan terbabit serta pemasangan peranti seperti 'repeater' yang dapat meluaskan kawasan liputan.

"Bagi penyelesaian jangka panjang pula, SKMM akan mempertimbangkan pemasangan infrastruktur telekomunikasi baharu di kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Zairil berkata, bagaimanapun, sebarang tindakan yang akan diambil perlu dibincangkan dengan lebih teliti bersama syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan internet di kawasan terbabit.

Kelmarin, media melaporkan sebahagian pelajar sekolah di pulau terbabit terpaksa merayau-rayau sehingga ke Hujung Tanjung, kawasan paling hujung di pulau berkenaan bagi mencari liputan internet untuk mengikuti PdPR.

Ada di antara mereka juga menggunakan lebih daripada satu telefon pintar supaya tidak ketinggalan menyertai sesi berkenaan sejak sesi persekolahan bermula kelmarin.

Ia berikutan masalah capaian internet yang lemah dan kerap terputus hingga menyukarkan pelajar di pulau itu belajar secara dalam talian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulau Aman ni kt belah mana ya ( sy bukan org penang)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2021 03:17 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 24-1-2021 09:35 PM
Pulau Aman ni kt belah mana ya ( sy bukan org penang)

Aq pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058908 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list