CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4615|Reply: 12

Ex -husband suka racun fikiran anak2 dan culas bagi nafkah

[Copy link]
Post time 25-1-2021 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by divakah at 25-1-2021 11:26 AM

Salam.. harap semuanya sihat and staying safe.

Aku ada benda nak luah dan nak minta pendapat. Mcm ni, aku dah berstatus single-mom 3 tahun..sepanjang bercerai anak2 duduk dgn aku, my ex ambik seminggu sekali..no black and white, just co-parenting dan tidak ada issue/restrictions di pihak aku if ayahnya nak ambil lebih dari sehari.
Brief background on the divorce adalah kerana mental and physical abuse..kawen for 6+years, ada 2 org anak.
Sejak dari bercerai, mahupun sejak kawen, tanggungjawab terhadap anak2 memang berat pada aku. Dari bayaran pengasuh, transportation, yuran, monthly, mostly by default under aku..zaman kawen, takpe niat nak bantu suami dgn harapan bila dia lebih mampu dia akan take over.. never happen

So aku ada 2benda yg aku nak mintak pendapat kat sini:

1) Ex masih lagi suka buruk2kan aku pada anak2, contohnya… reason cerai sebab aku yg taknak berbaik, aku yg tak dengar kata dia.. etc etc. walaupun dah bertahun2 bercerai.. baru2 ni anak aku yg besar tu tanya aku kenapa tak maafkan bapak dia.. kenapa taknak berbaik, mcm2lah. Aku tanya anak aku, ada tak bapak dia cerita apa salah bapak dia pulak..dia cakap takde, sebab tu dia nak tanya aku, apa yg bapak dia dah buat. Sayu sangat aku rasa.. kenapa lah anak aku pulak kena pikir benda2 ni. Ex aku macam suruh anak2 take side. Aku selalu ckp kat anak2 aku, yg penting both of us sayang anak2 sgt, dan kita try yg terbaik dlm apa2 jugak situation.. and aku pesan jgn fikir lagi dah benda2 ni.. So apa cara terbaik aku tackle hal ni?

2) Nafkah anak2 yg memang culas dari awal– aku dah filekan tuntutan nafkah, namun atas dasar belas dan bila aku tengok detail breakdown gaji dan expenses dia, aku setuju untuk settle dgn amount rm400 sebulan utk 2 anak2, ni termasuk byran pengasuh, makan, tmpat tinggal,dan lain2 basic necessities. Walaupun aku nampak dari segi rasa tjwb seorang bapak tu memang takde pada dia.. kenapa aku ckp mcm ni, sebab dia boleh commit loan2 lain dalam RM2k sebulan, tapi nafkah anak2 tak boleh bagi sebab takde extra. Reason aku tak panjangkan issue ni adalah sebab aku takut bila depan hakim,  most probably aku akan dapat amount yg sepatutnya diberi.. knowing dia seorang yg jenis akan buat apa sahajademi puaskan hati dia, aku takut dia lepaskan tak puas hati kat anak2. Eg. Dia tau aku sgt protective towards anak2, kalau dia bengang dgn aku, anak2 aku yg kena tempiasnya.. contoh, dia taknak jumpa anak2, etc etc. Aku rasa nak inform parents dia pasal ni, sebab kalau ikutkan, selepas ayah, parents dia adalah no 2 yg btjwb tentang nafkah anak2, but I don’t know if I should.

Sekian sahaja..luahan hari isnin.. hargai setiap nasihat, pandangan mahupun kecaman. Thank you!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 02:46 PM | Show all posts
filekan perintah hadhanah la sis..
org2 camni selalu nnti kawen lain, ada baby baru, dia akan lupa anak2 ni..
you list down apa yg you bayar, buat la resit 3 4 bulan, pastu file kes..
takyah nak co-parenting sgt, nanti jd hal lg susah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 03:39 PM | Show all posts
pertama sekali
tahniah hang tak burukkan laki hang kat anak2
anak2 boleh confuse
jumpa ayah burukkan mak
dgn mak burukkan ayah
ni boleh buat anak2 benci dgn diri sndr
hal ex tu
dia bitter la sbb hang ceraikan dia
hang kan provider
kenapa nak hidup susah
klu boleh hidup senang?
hal anak2 plk
hang boleh stat perlahan2 tunjuk dgn anak semua resit2
perbelanjaan yg hang keluarkan untuk diorg
buat diorg paham
sesekali bgtau anak hang tak dak duit
suh diorg mintak dgn ayah plk
tgk ayah bagi tidak
aku tgk anak2 la ni mmg sgt2 understanding
jgn igt diorg kanak2 yg tak tau apa
lama2 nnt diorg akan paham
apa2 pun susah kita
mintak doa selalu pd Allah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:35 PM | Show all posts
Edited by eyansss at 26-1-2021 06:36 PM

soalan 1 = for once, ko cerita kenapa korang bercerai...  tak perlu details sangat...  cakap la how u have been physically, mentally and financially abused/ tortured...  cerita dalam ayat mudah yang buat anak faham...  then ko cakap la : this is the first and i hope will be the last i tell u my stories...  cakap la ko tak suka nak cerita buruk bekas suami sebab buruk ko pun akan terbukak juga dan ko taknak anak2 hilang hormat pada korang berdua...  nanti anak akan faham n dia akan nampak sape salah...  dan aku setuju bak kata chandrahusin, ko tunjuk semua resit perbelanjaan ko dan tunjuk berapa je bekas suami bagi...

soalan 2 = patutnya dari awal ko tuntut semua sekali...  macamana dia nak bayar, dia yang kena fikir...  tanggungjawb nafkah anak2 pada dia...  lagipun, dengan surat mahkamah tu ko boleh jumpa parents dia untuk tuntut kalau dia bagi tak cukup/ tak bagi langsung...  apa kata pertama sekali, ko tuntut hak hadhanah then buat tuntuan untuk revised nafkah...  lelaki ni jangan diajar mengalah untuk tanggungjawab dia sebab dia akan terus culas dan culas dan culas sampai dia mampus...

kalau dia lepaskan pada anak2, kumpul bukti n boleh buat tuntutan kat mahkamah untuk tak izinkan anak bermalam dengan dia....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:54 PM | Show all posts
Sabar dik. Pelan-pelan carilah lelaki lain yg bertanggungjawab dan boleh menjadi bapa yg baik kpd anak-anak. Meluat aku baca pasal lelaki tak ada ati perut mcm ni. Kebiasaannya bila dah jadi bapa, dah ada anak, lelaki lebihkan anak dari segi keperluan berbanding isteri sendiri. Aku rasalah..tapi exlaki kau ni mcm ada dendam sbb dia 'diceraikan'. Mcm forummer lain tulis, buatlah secara undang-undang. Tuntut hak penjagaan dan nafkah supaya dia lebih bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Salaam sis. Saya simpati dengan apa yang sis jalani tapi dari apa yang saya baca, Insyaallah sis kuat & boleh get through it.
Pasal anak yang fikiran diracuni, kalau dia level-headed, you could patiently and slowly have heart to heart talk dengan dia. Mula dengan mungkin, cakap pasal ‘dalam hidup, manusia perlu untuk melihat two sides of the story, adults situation tak sama dengan childrens, cuba fahami both of your parents,’. Bila dah comfortable dengan talks like these, you can maybe proceed untuk kumpul bukti pasal apa you tulis, hutang piutang, nafkah etc dan lay it down to your child.
You tak mau anak you membesar dengan hanya dengar cerita dongeng kan? Anak2 kita patut diberi peluang untuk tahu yang benar dan buat keputusan sendiri. Kalau didiamkan, takut jadi anak derhaka hanya kerana dia cuma mengetahui cerita tak betul dari satu pihak sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2021 10:32 AM | Show all posts
rasanya tak perlu explain apa2 kat anak2, as they grow old they will understand
on nafkah pulak, rasa mcm xkan dpt apa2 pun kalau u turun naik mahkamah dengan lelaki mcm ex you too, so move on je hati pun tak sakit
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank 5 thn ke 4 ni kn
Kecik lg
Mcmn nk explains bg phm tu
Ni bkn filem umur 4, 5 thn tp matang

But idk lh kn kot ur kids ok

Tp tu lh
Fight for ur right
Ready utk deal the process

Tp Klu xnk pening kepala  
Lantakkan je laki x guna tu
Just focus on ur kids

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 31-1-2021 08:38 PM
Ank 5 thn ke 4 ni kn
Kecik lg
Mcmn nk explains bg phm tu

Janji dapat bercerai......

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 26-1-2021 06:54 PM
Sabar dik. Pelan-pelan carilah lelaki lain yg bertanggungjawab dan boleh menjadi bapa yg baik kpd an ...

bapak gayah baik kah???kalau baik awat gayah takda siblings????seketul jer????

nee musti ummi si gayah tahu kan kalau ada lebih dari satu mesti jadi hantu bapak gayah..ye kan????

hang jgn jawab blings...habis kang manak ganyah hang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 05:31 PM | Show all posts
m.a.n.a.kautau replied at 1-2-2021 02:32 PM
bapak gayah baik kah???kalau baik awat gayah takda siblings????seketul jer????

nee musti ummi s ...

Rezeki takat tu jek
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 1-2-2021 05:31 PM
Rezeki takat tu jek


Takut lebih dari satu kang, keringat hang kena perah lebih teruk lagi oleh tok laki kena ambik dua job kan???





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
As for me,
I takkan bazirkan masa i dengan turun naik mahkamah. Sebab kalau you mmg dh tahu bpk diorg mmg ada lebih byk tu sahaja. Turun naik mahkamah pun sama jelah banyak tu je. Atau myb lebih sikit dari itu.

Kalau dia culas lebih 3 bulan barulah take action. Lelaki mcm ni berisiko besar utk tak bg langsung nafkah anak once remarried. Better bincang elok2 dgn dia hal ni. Org mcm ni pantang kita ke depan tunjuk pandai. Helah dia 10langkah ke depan. Selalunya akn cari banyak alasan utk tak naik court.

Sebiji perangai my ex. Abuser. Gaduh dgn kita terus xnak ambil anak. Mcm budak2. Kalau boleh nk kita ikut setiap kali bawa anak keluar kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065323 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list