|
Edited by qqOfficial at 25-1-2021 05:15 AM
1st time buka benang di board MPS..huhuu
actually, lama dah meols nak tanya kpd sesiapa yg tahu mengenai 1 banglo lama ni...
actually banglo ni terletak di tepi jalan utama Segambut Dalam ke Mont Kiara, berdekatan di Bukit Segambut (umah BangNon), berhampiran masjid Ubudiah...
lama dah banglo ni ditinggalkan, rasanya belasan atau puluhan tahun...not sure... dedulu meols masa kecik dok area kampung segambut ni...dulu kawasannya tenang, berbukit, sungai mengalir jernih... sejuk jer....ada ladang getah, durian, kebun2... cuma kacau bila start projek PLUS tol jalan duta, pembangunan demi pembangunan mula tumbuh macam cendawan.,,Apartment menggila naik sampailahh laluan tembus ke Mont kiara/hartamas..
tak silap arwah nenek meols ada cerita yg banglo ni dulu kepunyaan 1 family melayu, antara yg kaya di kampung segambut ni, ade kebun getah, ladang ekar2, kilang dan macam2 bisnes lagi, banglo ni tepi jalan, (dulu jalan tak selebar sekarang), kira kalo lalu memang akan terpana laa tgk banglo ni... sekitar hujung 80an/90an ...cantik, besar, ada swimmping pool, nak masuk banglo ni, ada jambatan kecil cross sungai nak ke gate utama banglo..
then, bila masuk sekolah rendah, meols dah pindah KL.. so, bila balik raya atau ada balik rumah nenek, akan lalu depan banglo ni..masih ada penghuni... tp tak lama lepas tu, tak silap hujung 90an/awal 2000an rasanya banglo ni macam sepi, takde org dah tinggal...kosong... semak samun mula naik ..meols tanya kat arwah nenek, nenek pun tak pasti kenapa tibe2 keluarga yg dok banglo tu dah tak duduk situ, ,macam lari p dok tempat lain...tanya sedara mara lain pun diorg taktau.. tp ada jua yg cerita bila ketua family banglo ni meninggal, diorg pindah tpt lain, lagi2 bila kegawatan ekonomi circa 1997-1998, sebelum tu katanya pernah berlaku kejadian rompakan banglo tu, lps rompakan, banglo tu terbakar bahagian dapur... satu persatu kejadian malang berlaku.. lps tu diorg takde anak, hanya ada anak angkat...salah seorang nya penagih dadah....wallahualam..
sampailaa ada satu projek nak buat banglo berapa unit sebelah kwsn banglo lama ni, pemaju nak robohkan banglo ni, tapi tak dapat sbb tak dpt kesan waris... ada dengar juga rumours katanya pemaju minta robohkan jua (kira illegal) tapi tak berjaya, macama da je halangannya, sampailaa banglo ni terus kekal sampaila ke hari ni... pemaju bina juga banglo - banglo sebelah banglo lama ni...
nak jadikan cerita juga, laluan depan banglo ni agak seram, kalo chuols perhatikan gambar, kalo dr segambut luar (arah dr Jalan kuching), laluannya menurun dan berselekoh... selalu la juga dgr kes seram, mistik gangguan bagai kalo lalu area situ bila time maghrib, pepetang remang atau tgh malam... anjing2 hitam juga banyak berkeliaran kat sini, mana Ntah dtg anjing2 tu... bangunan paling hampir dgn banglo lama ni ..kira sederet laa.. kilang lama (juga ditinggalkan) dgn Klinik kesihatan segambut dalam...
makanyaa ... mana pemilik banglo ni skrg?? huhuuu...
ada sesiapa tahu mengenai banglo lama Segambut Dalam ni???
p/s : time weekend, pagi sampai tghari ada terdapat pasar lambak jual macam2 item, bundle item, car boot sales... kat area tepi bahu jalan ...sampailahh ke depan pintu utama banglo lama ni...diorg tak jual sampai petang...sbb katanyaa ada pernah kena kacau... oleh 'penghuni banglo' ni
p/s/s : sorry kalao tak serem, huhuu...cuma tepek mengenai kisah banglo ni sbb nak tau je kisah disebaliknya...
di bawah ni, meols tepek, banglo yg dimaksudkan...drpd Google Maps :
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|