CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5111|Reply: 21

Pok Soh Wali Meninggal Dunia. Pernah Tular Kisahnya "Yang Daif" Sebelu

  [Copy link]
Post time 26-1-2021 12:11 AM | Show all posts |Read mode







Innalillahi wainna ilaihiroojiuun ..



Nama sebenar wali Allah yang mastur ini ialah Jusoh Bin Salleh dan dilahirkan pada tahun 1946. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pok Soh Wali berasal dari Terengganu.







Pernah suatu ketika dahulu, tular satu kisah di mana ada seorang pak cik tua yang nampak dhaif sungguh masuk ke sebuah kedai makan. Ramai orang di kedai tersebut pandang serong padanya. Akhirnya pak cik tua tersebut belanja habis semua orang dalam kedai tu. Inilah pak cik yang dimaksudkan di dalam kisah itu.









Sememangnya beliau seorang yang berperwatakan sangat zuhud dan dhaif. Orang-orang sekitar Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuantan mungkin kenal dengan wali Allah ni. Pok Soh Wali suka beriktiqaf di masjid dan surau. Dikisahkan oleh mereka yang pernah bertemunya, saban tahun Pok Soh dizinkan Allah Taala bertemu malam Lailatul Qadar.


Beliau tinggal di Bukit Bauk, Dungun. Sebuah kawasan yang penuh dengan kisah- kisah misteri alam ghaib seperti jin dan seumpamanya. Dikisahkan juga jin dikawasan tersebut takut dan hormat pada Pok Soh.


Kadang-kadang beliau ada di Kuala Terengganu dan kadang-kadang ada yang melihat beliau di Kemaman. Saya percaya beliau seorang yang dikurniakan Allah Taala karomah yang besar.


Pok Soh Wali merupakan seorang ahli dalam ilmu tasawuf. Sesiapa yang berjumpa beliau pasti akan mendapat kata-kata nasihat yang berbentuk penyucian hati. Antara nasihatnya ialah :


● Orang mukmin yang hebat itu ialah :
1. Dia meninggalkan dunia, sebelum meninggal dunia,
2. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah,
3. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah,
4. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.


● Tubuh itu dari tanah, maka penawarnya ialah apa yang datang dari tanah. Roh itu dari Allah, maka penawarnya juga adalah apa yang datang daripada Allah.







Diceritakan oleh Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah – Mudir Madrasah al-Hidayah, Batu Burok yang selalu mendapat nasihat dan tunjuk ajar Pok Soh Wali :


“Pok Soh Wali ialah seorang wali Allah yang Allah Taala sembunyikan. Siapa-siapa yang nak cari atau jumpa beliau pasti tak kan jumpa. Tapi kalau kita tak berhajat pun nak jumpa beliau. InsyaAllah kita akan jumpa”


Al-faqir pernah hampir bertemunya dalam 10 meter sahaja pada tahun 2014, tapi itulah kehendak Allah Taala. Benar sungguh kata Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal, Jumpa bila tak berhajat, Hilang bila ia berhajat.







Pernah dikisahkan seorang pemuda yang sedang berfikir panjang di sebuah kedai makan tentang bagaimana nak selesaikan hutang yang berjumlah ribuan ringgit. Tiba-tiba Pok Soh Wali datang ke kedai tersebut. Pemuda ni kasihan tengok Pok Soh dengan keadaan yang dhaif lalu dijemputnya duduk semeja dengan dia. Selesai makan, Pok Soh tanya kenapa muram. Pemuda itu beritahu tengah fikir macam mana nak bayar hutang. Dengar penjelasan itu, Pok Soh pun berlalu pergi.


Malam itu, tiba-tiba pintu rumah pemuda tersebut diketuk dan ternyata Pok Soh datang dengan menghulurkan sepucuk sampul. Dalam sampul surat tu ada jumlah wang yang cukup, serupa dengan hutangnya. Yang menghairankan bagaimana Pok Soh tahu jumlah tersebut sedangkan pemuda itu tak beritahu pun dan bagaimana juga Pok Soh mengetahui rumahnya. Wallahualam.


Pok Soh meninggal dunia pada 7 Januari 2021 ketika berusia 75 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.


Moga Allah Taala merahmati roh para auliaNya. Amin. Al Fatihah buat buat arwah Pok Soh.






*Oleh – Tengku Yusuff
*Sumber – Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal & Maklumat awam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah.. semoga syurga menanti pak soh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 05:53 AM | Show all posts

Innalillahhiwainnailaihirojiun...salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

Takpernah dengar orang cerita pasal wali Allah yang ni. Ingatkan ada sorang je wali Allah yang masih hidup, ulama yang dah tak larat berjalan di Kelantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Misteri juga arwah ni buatkan iol nak google lebih maklumat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu...

innalillahiwainnailaihirojiun

Sedihnya baca Msia hilang permatanya satu demi satu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:09 AM | Show all posts
sayu pulak baca news ni. moga Allah ampuni segala salah silapnya dan dimasukkannya ke syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:45 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga beliau
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 04:03 PM | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza tul..org lain google jer,semua info pasal dia ada sangkut.arwah nie Tak jumpa di google
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

Dia meninggal pada besday iols
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah hiwainnailaihirojiun

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 05:49 PM | Show all posts
Innalillah... hilang lagi 1 'permata' kat dunia nie Allah ambil..sayunya rasa.. untung sape yg penah dapat nasihat & tunjuk ajar dari pok soh nie
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.086831 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list