View: 7412|Reply: 38
|
Ni bukan mee segera. Tapi kek graviti!
[Copy link]
|
|
Uniknya kek graviti mi segera
NORHASPIDA YATIM | | 26 Januari 2021
BESUT – Kek graviti bertemakan mi segera hasil kreativiti seorang pemuda dari Kampung Darang Buaya, Jerteh di sini mendapat perhatian setelah gambar kek tempahan pelanggannya yang dikongsi menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHN) pada Jumaat.
Wan Ezudin Wan Yusof, 23, berkata, kek itu ditempah khas oleh seorang pelanggan dari Jerteh yang ingin menghadiahkan kek tersebut sempena hari lahir adiknya yang gemarkan mi segera.
“Pada mulanya pelanggan saya hantar gambar mi segera untuk saya dapatkan gambaran dekorasi kek yang ingin ditempah. Selepas itu, saya terfikir untuk cipta sedikit kelainan dengan memasukkan elemen graviti pada kek tersebut.
“Apa yang unik pada kek itu ialah kayu penyepit (chopstick) yang kelihatan seolah-olah terapung. Saya bersyukur kerana pelanggan berpuas hati dengan dekorasi kek ini memandangkan agak jarang tempahan buat kek graviti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Dia berkata, kek graviti mi segera dihasilkan daripada krim segar (fresh cream) yang ditempah seminggu lebih awal itu mengambil masa selama empat jam untuk disiapkan dan dijual pada harga RM190.
Sebelum ini, dia pernah berkongsi gambar kek bertemakan makanan segera yang mendapat lebih 50,000 reaksi di platform media sosial Facebook Masak Apa Hari Ini.
“Setakat ini tempahan bagi kek yang dihasilkan paling murah dijual pada harga RM45 dan paling mahal RM1,000 iaitu kek dua tingkat bertemakan ikan duyung yang ditempah pelanggan tahun lalu.
“Sebenarnya, nilai bagi setiap kek yang dihasilkan bergantung kepada kreativiti seseorang. Semakin rumit dekorasi bagi kek yang ditempah harganya semakin tinggi dan bergantung juga kepada saiz serta bahan-bahan yang digunakan,” katanya lagi.
Wan Ezudin yang terlibat dalam pembuatan kek sejak tiga tahun lalu merupakan usahawan bimbingan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (Ketara) dan kini telah memiliki sebuah bengkel pembuatan kek iaitu Wez's Cake.
Sebelum ini, beliau menuntut di Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan dalam bidang bakeri dan pastri selama empat tahun selain pernah dijemput sebagai tenaga pengajar untuk kelas kek yang disertai peserta dalam kalangan B40.
Bercerita mengenai perkembangan perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan semula di Terengganu, katanya, tempahan masih ada namun agak perlahan.
Katanya, beliau turut menggunakan perkhidmatan 'runner' bagi kek yang ditempah dari kawasan jauh seperti Kuala Terengganu atau Kelantan serta pernah menerima tempahan kek fondant untuk dihantar ke Kuala Lumpur.
“Tempahan masih ada, paling kurang pun saya terima satu tempahan kek dalam sehari.
"Dalam seminggu mungkin ada satu atau dua hari saya tidak dapat tempahan dan waktu itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk berehat,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau cantik macam ni n sedappp, bayar beratus pun iolss pejam mata je, tak komplen apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada tengok dalam fb tu
Mmg cantiks...lawa betul..
Lagi satu iols suka yang tulis sajak n nota panjang2 atas kek tu..cantik tulisan dia |
|
|
|
|
|
|
|
ada aurora tak?
prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght |
|
|
|
|
|
|
|
Wow..sedap tak??tak semua bakers reti buat kek yang sedap n hasil yang cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Kreatif n lawaaa sgt kek nyaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Churchill replied at 26-1-2021 01:13 PM
ada aurora tak?
prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght
Abang deen dah nama baru ehhh?? |
|
|
|
|
|
|
|
saya churchill
bukan abang deen
|
|
|
|
|
|
|
|
Churchill replied at 26-1-2021 03:21 PM
saya churchill
bukan abang deen
Mod mana yang kijam sangat sampai abam deen kena buat nick baru?? Kesiannnnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sehirkedi at 26-1-2021 03:37 PM
Berbakat besar wan Aizudin ni, rupa pun helok. Gembira tengok anak belia yang berkaliber macam ni. Tadi pi singgah FB dia, memang cecantik kek yg dia buat. Kalau dekat, mau juga tempah sebiji.
Tak puas tengok gambar kecik kek mee segera, ni gambar besar.
Credit gambar FB :
https://m.facebook.com/sheh.din.35?locale2=ms_MY |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah anak muda |
|
|
|
|
|
|
|
Talented nyer dia. Semoga berjaya dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap pasal kek, siapa peminat kek secret recepi, boleh lah borong voucher kek rm6/pcs kat shopee. Berbaloi sesangat. |
|
|
|
|
|
|
|
hasil cantik
tapi kalo kek span kurang minat
|
|
|
|
|
|
|
|
oo ok thanks
dlm Shopee ada mcm2 jenis voucher
Lazada ada ka?
tak tgk pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 26-1-2021 05:18 PM
oo ok thanks
dlm Shopee ada mcm2 jenis voucher
Woii.. Apa ckp tentang lazada dan shopee ni.. Promote erk? Nanti ada forumer kayangan menyalak mengadu SMOD ang dok promote lazada dan shopee..
Opsss.. Lupa... Aku ja yg buat x boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka suka anak muda berbakat camni yg patut diviralkan. Dari yg babi air tu.. mmg patut dibabikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|