CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1822|Reply: 0

[JOHOR] Johor Akan Buka PKRC Kedua Selepas Stadium Pasir Gudang

[Copy link]
Post time 31-1-2021 07:04 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad mengadakan sidang media bersama wartawan secara maya. (Gambar Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor)


FMT

Fahmi Yusof

JOHOR BAHRU: Pusat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ledang di Tangkak akan dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) kedua di Johor sebagai langkah persediaan berdepan peningkatan kes di negeri itu.

Menteri Besar Hasni Mohammad berkata, pusat itu akan mengguna pakai konsep dan pelaksanaan sama seperti PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari segi kemudahan serta keperluan kepada pesakit.

Katanya, perkara dan cadangan itu sudah dibawa kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan kini dalam peringkat perbincangan.

“PKRC di Stadium Pasir Gudang mempunyai kapasiti 1,200 katil dengan kemudahan tandas, ruang mandi sementara dan turut mengambil kira keperluan atau kemudahan lain bagi mengurangkan tekanan mereka yang menetap di situ.

“PKRC di Ledang, Tangkak itu dilihat sebagai persediaan berikutan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang kita lihat berlaku di Johor,” katanya pada sidang media secara maya.

Dalam perkembangan lain, Hasni mengesahkan Setiausaha Politiknya Zulkurnain Kamisan disahkan positif Covid-19 dan menyebabkan pejabat menteri besar ditutup bermula hari ini hingga 2 Feb.

“Prosedur tidak mengecualikan saya, kita patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan sesiapa yang ada kontak rapat perlu melakukan ujian.

“Saya dan kakitangan (pejabat menteri besar) sudah menjalani ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) baru-baru ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.139544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list