CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 7

[MELAKA] JAIM Siasat Klip Video Ritual Di Pulau Besar

[Copy link]
Post time 31-1-2021 07:13 PM | Show all posts |Read mode

Pulau Besar yang dikatakan menjadi lokasi ritual mencurigakan kumpulan tertentu. FOTO Hassan Omar


Hrian Metro

Hassan Omar
[email protected]

Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiasat klip video ritual dilakukan kumpulan tertentu dipercayai di Pulau Besar, Umbai, dekat sini.

Pengarahnya, Datuk Md Azhan Samat berkata, setakat ini pemantauan pegawai penguat kuasa JAIM di pulau berkenaan belum terjumpa kumpulan terbabit.

Katanya, kemungkinan besar kumpulan berkenaan hadir di Pulau Besar pada waktu tertentu semata-mata untuk menjalankan ritual itu.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehadiran kumpulan berkenaan yang menjalankan ritual mencurigakan supaya segera melaporkannya kepada JAIM.

"Kerjasama itu amat penting kerana pegawai penguat kuasa JAIM tidak boleh sentiasa berada di pulau itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini tular klip video berdurasi lapan minit di Facebook dan kumpulan WhatsApp memaparkan individu melakukan upacara paluan gong yang dipercayai ritual ajaran tertentu di pulau yang didakwa Pulau Besar.

Susulan itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan dilaporkan media menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dikatakan dibawa seorang individu.

Beliau dilaporkan berkata, agama yang dikenali sebagai 'Agama Melayu' itu menolak ajaran Islam yang dianggap oleh kumpulan terbabit sebagai Islam Arab.

Bagaimanapun, individu terbabit dilaporkan membuat laporan polis dan menafikan kenyataan Nasrudin selain memberi tempoh tujuh hari kepada YADIM untuk membuat memohon maaf secara terbuka kepadanya.

Pulau Besar yang boleh dikunjungi dengan menaiki bot dari beberapa jeti di Pernu dan Umbai, beberapa tahun lalu dilaporkan menjadi lokasi orang ramai membayar nazar, termasuk melakukan aktiviti pemujaan yang melanggar akidah Islam.

Satu daripada lokasi popular ialah Makam Tujuh Beradik yang dikatakan keramat hingga mendorong pihak tertentu bertapa di pulau itu.

Bagaimanapun, usaha berterusan JAIM mencegah aktiviti seumpama itu memperlihatkan kejayaan apabila aktiviti berkenaan semakin kurang sejak beberapa tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt nie dr dulu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda dah berpuluh tahun dah..Apa cilanat sampai dh ada video viral baru nak siasat..?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 08:22 PM | Show all posts
Ritual apa tu? pertama kali dengar berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 10:46 AM | Show all posts
izwan_izi replied at 31-1-2021 07:40 PM
Benda dah berpuluh tahun dah..Apa cilanat sampai dh ada video viral baru nak siasat..?

Sebenarnya selalu aje ada serbuan dari jabatan agama.  Segala colok, kain kuning selalu kena bersihkan, kubur diletakkan pagar.

Tapi nak berhentikan orang yang tak ada kesedaran memang tak mudah.  Bukan Melayu aje bernazar di situ.  India, Cina pun ada.  Dari jauh sanggup datang untuk bernazar & bertapa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 1-2-2021 10:46 AM
Sebenarnya selalu aje ada serbuan dari jabatan agama.  Segala colok, kain kuning selalu kena bersi ...

Pejabat agama takda unit undercover / mata2 gelap sendiri ke..?

menyamar ajela jd nelayan ke..guide ke..takkan itu pun nk kena ajar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 07:45 AM | Show all posts
izwan_izi replied at 1-2-2021 02:46 PM
Pejabat agama takda unit undercover / mata2 gelap sendiri ke..?

menyamar ajela jd nelayan ke.. ...

Orang kampung rajin aje report.
Hanya disebabkan satu video yang tular, jangan terus jatuh hukum pihak berwajib & orang kampung tak bertanggungjawab.

Kita yang jauh, tak berada di tempat tu boleh juga membantu dengan berdoa semoga perkara kurafat dan syirik tu dapat dihapuskan.  Kita kena ingat, yang buat pemujaan di sana terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Datang dari jauh untuk bernazar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah lama ke kes ini dah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.193828 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list