View: 1770|Reply: 0
|
TheKedua Bantu Jana Pendapatan Sampingan
[Copy link]
|
|
Aplikasi mudah alih TheKedua
Berita Harian
Hazwan Faisal Mohamad
[email protected]
KUALA LUMPUR: Aplikasi mudah alih, TheKedua akan terus membantu orang ramai mencari pendapatan sampingan khususnya di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Akif Jamaludin, berkata setakat ini, aplikasi itu sudah membantu lebih 10,000 orang untuk mendapatkan kerja sambilan sejak ia mula ditubuhkan lima tahun lalu.
Malah, beliau berkata, perkhidmatan ditawarkan aplikasi itu juga mendapat sambutan baik sewaktu pandemik COVID-19 melanda negara awal tahun lalu.
"Ini kerana, apabila ekonomi negara merosot, ramai orang dibuang kerja, graduan tamat pengajian sukar mendapat pekerjaan sepenuh masa selain kadar pengangguran yang meningkat mendadak.
"Justeru, mereka melihat ekonomi gig sebagai pekerjaan alternatif untuk menampung perbelanjaan dan meneruskan kelangsungan kehidupan harian," katanya kepada BH.
Menjelaskan mengenai aplikasi itu, Akif berkata TheKedua bukan sebuah portal carian kerja, tetapi portal menjana pendapatan sampingan tambahan.
"Kelainan ini membuatkan kami berbeza dengan portal yang lain. Kandungan dalam aplikasi kami amat berguna kepada mereka yang mencari peluang pendapatan digital di luar sana," katanya.
Akif berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 baru-baru menyaksikan TheKedua lebih diperlukan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
"Selain itu, kami cuba menolong seramai mungkin menerusi media sosial, Twitter untuk menyebarkan info mengenai peluang pekerjaan gig di Malaysia.
"Semua jenis pekerjaan ini sudah pun ada di dalam aplikasi mudah alih TheKedua. Namun, kami kongsikan info yang sama di laman akaun Twitter dan ciapan itu dikongsikan semula kepada lebih sejuta orang di laman sosial.
"Ini menunjukkan, permintaan terhadap pekerjaan alternatif ini amat tinggi pada waktu PKP 2.0 ini," katanya.
Untuk perancangan masa depan, Akif berkata, TheKedua akan terus menambahbaik ciri-ciri aplikasi mudah alih itu berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna.
"Kami juga merancang untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan strategik korporat, institusi pengajian tinggi dan entiti penting lain.
"Malah, terdapat juga perancangan untuk mendapatkan dana daripada pelabur berpotensi supaya kami boleh meningkatkan lagi mutu perkhidmatan," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|